Billionaire's First Love | Malay Version |
Billionaire's First Love | Malay Version |"Mana kelas aku ni ? Asal tak jumpa ?" bebel Chorong perlahan sambil matanya liar mencari kelasnya . Hatinya menyumpah nyumpah kerana tidak mendengar alarm telefon .
"Mana ni ? Tanya budak dalam kelas ni lah ." putus Chorong lalu menapak masuk ke dalam kelas yang agak bising itu dengan langkah yang perlahan . Matanya sempat memandang nama kelas itu . 3-A
"Maafkan saya ." ucap Chorong perlahan . Namun kelas itu terus senyap bagaikan Chorong seorang guru yang kejam dan ganas masuk .
"Nak apa ?" tanya seorang gadis yang duduk dihadapan kelas .
"Saya nak tanya yang kelas 1-A kat mana ?" balas Chorong sambil tersenyum nipis .
"Oh , junior lah ni ? Kamu kena naik tingkat atas and belok kiri . Kelas tu hujung bangunan ." terang pelajar perempuan itu . Chorong mengangguk faham .
"Eh , ni siapa ni ?" tanya seorang lelaki lalu berdiri lebih dekat dengan Chorong . Pantas Chorong memusingkan kepalanya .
Bagai hendak tercabut nyawa apabila melihat lelaki yang dijumpainya semalam , Suho ada dihadapannya .
"Awak ." terkejut Chorong sehingga tidak terkeluar suaranya .
"Jangan lah terkejut sangat . Kami bukan hantu . Betul tak Chanyeol ?" tanya Suho sambil menyiku tangan kawannya itu .
Chanyeol hanya tersenyum nipis .
"Awak pelajar baru kelas ni ke ?" tanya Suho sambil memandang ke arah Chorong yang manis memakai skirt pendek .
"Ah ? Tak . Saya baru junior ." jelas Chorong perlahan .
"Oh ? Really ? Ni nak pergi kelas lah ni ?" tanya Suho lagi . Chorong hanya mengangguk lemah .
"Okay . Jom saya hantar . Bro , aku nak hantar dia dulu tau ." ujar Suho lalu menarik tangan Chorong .
'Aishh , kenapalah aku angguk tadi .'
"Nama awak apa ?" tanya Suho memecahkan kesunyian .
"Ah ? Chorong . Park Chorong . Nama awak Suho kan ?" ujar Chorong sambil memandang lelaki itu .
Lelaki itu hanya memakai kemeja dan jeans tapi ia amat kemas .
'Anak orang kaya mungkin .'
Suho mengangguk perlahan sambil tersenyum .
"Okay , kita dah sampai . Nanti kita jumpa lagi . Bye ." ucap Suho lalu berjalan pergi .
"Chorong-ah ." jerit Bomi apabila melihat Chorong masuk ke dalam kelas . Chorong hanya tersenyum nipis .
"Kenapa kau lambat sangat ni ?" tanya Eunji setelah Chorong duduk di tempatnya .
"Ah ? Aku tak dengar alarm lah ." balas Chorong sambil ternseyum kambing .
"Ish . Dari dulu sampai sekarang kau tak berubah ." ujar Bomi lalu menyiku tangan Chorong .
"Dah lah . Aku lapar gila ni . Nanti kita ada orentasi lagi . And then , aku ada story nak bagi tahu korang ." ucap Eunji teruja .
"Apa ? Bagi tahu lah sekarang ." pinta Bomi sambil memandang ke arah Eunji .
"Nanti lah . Tak best kalau aku cakap kat sini . Jom pergi kafe ." arah Eunji lalu bangun nak menarik tangan Chorong dan Bomi .
"Girls , kau tengok lelaki 2 orang yang tengah ambik makanan tu ." tunjuk Eunji ke arah 2 orang pelajar lelaki yang sedang beratur itu .
"Why ?" tanya Bomi . Matanya masih memandang ke arah lelaki itu . Chorong hanya memandang sekilas dan meneruskan makan .
"Yang sebelah kiri tu , anak kepada pemilik sekolah ni tau nad dia bakal pewaris Syarikat Shinhwa tahun depan . Gila kan ? He's seems lilke macam orang biasa je . Tapi tidak . Dia anak billionaire and bakal jadi billonaire ." terang Eunji panjang lebar .
"Gila lah . Untung siapa yang couple dengan dia . Ah , jealousnya ." balas Bomi sambil memeluk sudunya . Chorong hanya ketawa kecil melihat gelagat 2 kawannya .
"Korang ni . Asyik bergosip je ." bebel Chorong bagai seorang kakak .
"Alah . Sekali sekala . And then , one more fact . Yang lelaki itu tak pernah couple ." ujar Eunji sambil tersenyum sinis .
"What ? Tipu lah . Dari muka dia , kita dapat tahu yang dia ni playboy ." pintas Bomi .
Eunji hanya mengangguk setuju denga pendapat Bomi .
Tiba-tiba ,
"Hai ." ada satu suara lelaki di sebelah kanan Chorong . Pantas dia menoleh .
"Awak ." jerit kecil Chorong . Terkejut melihat Suho dan Chanyeol berada di sebelahnya .
"Sunbae ." Eunji dan Bomi terkejut melihat lelaki yang mereka perkatakan tadi berada di depan mata mereka .
Comments