Billionaire's First Love | Malay Version |

Billionaire's First Love | Malay Version |

(http://www.youtube.com/watch?v=0Fv5ccPazQQ) 

Harap anda memasang lagu ini ketika membaca fanfic ini :D

 

"Chorong , ni gaji awak bagi bulan lepas ." Hulur Encik Kim sambil tersenyum lebar . Lantas Chorong mengambilnya lalu memberikan senyuman yang manis kepadanya .

"Terima kasih Encik ." Ucap Chorong pendek dan menundukkan kepalanya tanda hormat  .

"Ehm , kamu boleh balik lah . Dah lewat sungguh ni ." Ujar isterinya pula .

"Baiklah . Jumpa esok ."

Chorong meninggalkan tempat kerjanya setelah mengambil beg . 

 

Semasa dalam perjalanan , anak mata Chorong terpandang ke arah padang bola keranjang , terlihat di situ , seorang remaja lelaki sedang bermain bola .

"Gila ke apa ? Dah pukul 12 tengah malam ni . Boleh pulak dia main bola . " Mulutnya lincah membebel sambil berjalan perlahan melintasi padang itu .

Tiba-tiba , sebiji bola tergolek di hadapan kaki Chorong dan menyebabkan langkahnya mati .

"Girl , bagi balik bola itu ."Pinta lelaki itu tanpa beradab . Lantas Chorong mengambil bola itu , lalu  dipeluknya .

"Minta tolong tu boleh beradab tak ?" Marah Chorong sambil memandang ke arahnya . Ketinggiannya agak tinggi dan kulitnya putih . 

'Anak orang kaya kut .' Getus hatinya yang kecil itu .

"Yah , cepatlah ." Suaranya agak tinggi berbanding dengan tadi . Cepat Chorong membaling bola itu ke arahnya . Namun , balingannya tidak tepat , ia terkena tepat dengan mukanya .

"Argh ." Jeritnya kuat menahan kesakitan . Pantas Chorong berlari ke arahnya yang sudah terduduk di atas lantai .

"Awak okay tak ? Maafkan saya . Saya tak sengaja ." Maaf Chorong sambil mengeluarkan sapu tangan dari beg dan mengelap darah yang keluar dari batang hidung mancungnya itu .

"Suho !" Tiba - tiba ada suara garau yang kuat dari hujung taman itu . Lelaki itu laju berlari ke arah kawannya itu .

"Asal ni ?" Tanya dia cemas memandang muka lelaki yang dipanggil Suho itu .

"Kau tanya dengan budak perempuan ni ." Balas Suho lemah . Tangannya masih memegang hidungnya .

"Kenapa saya pulak ? Saya tak sengaja lah . Saya mana tahu ." Ucap Chorong perlahan dan takut .

"Dah lah . Jom balik . Sini aku tolong kau bangun ." Pintas lelaki itu lalu menolong kawannya untuk bangun .

"Saya minta maaf ." Ujar Chorong sambil menundukkan kepala .

"Tak apa lah ." Balas Suho lalu tersenyum nipis . 

"Tapi , awak punya sapu tangan ni ?" Tambahnya lagi .

"Tak apa . Awak ambik je ." Ucap Chorong laju . Suho mengganguk perlahan dan berjalan bergandingan dengan Chanyeol .

"Nasib baik dia okay ." Hati kecil Chorong tersenyum riang .

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mirzaemyly #1
Chapter 2: Chapter 2:bestlah citer nih...updatelh lg!!
Suho_Chorong #2
Chapter 2: Update ... Please ..
LovelyPurple96
#3
Chapter 2: please update next chapter???
^_^
JTW_CSC_Bae
#4
Chapter 1: Akak !!! updateee laaa !! bestt niii !!
93Hanafayana #5
Chapter 2: Best la...tambah la lagi....~_.
luhanihyun #6
Chapter 2: Sokong..... Tmbah lgi.
NinaNaz
#7
Chapter 1: teroskan!!!!!!!!!!