Billionaire's First Love | Malay Version |
Billionaire's First Love | Malay Version |(http://www.youtube.com/watch?v=0Fv5ccPazQQ)
Harap anda memasang lagu ini ketika membaca fanfic ini :D
"Chorong , ni gaji awak bagi bulan lepas ." Hulur Encik Kim sambil tersenyum lebar . Lantas Chorong mengambilnya lalu memberikan senyuman yang manis kepadanya .
"Terima kasih Encik ." Ucap Chorong pendek dan menundukkan kepalanya tanda hormat .
"Ehm , kamu boleh balik lah . Dah lewat sungguh ni ." Ujar isterinya pula .
"Baiklah . Jumpa esok ."
Chorong meninggalkan tempat kerjanya setelah mengambil beg .
Semasa dalam perjalanan , anak mata Chorong terpandang ke arah padang bola keranjang , terlihat di situ , seorang remaja lelaki sedang bermain bola .
"Gila ke apa ? Dah pukul 12 tengah malam ni . Boleh pulak dia main bola . " Mulutnya lincah membebel sambil berjalan perlahan melintasi padang itu .
Tiba-tiba , sebiji bola tergolek di hadapan kaki Chorong dan menyebabkan langkahnya mati .
"Girl , bagi balik bola itu ."Pinta lelaki itu tanpa beradab . Lantas Chorong mengambil bola itu , lalu dipeluknya .
"Minta tolong tu boleh beradab tak ?" Marah Chorong sambil memandang ke arahnya . Ketinggiannya agak tinggi dan kulitnya putih .
'Anak orang kaya kut .' Getus hatinya yang kecil itu .
"Yah , cepatlah ." Suaranya agak tinggi berbanding dengan tadi . Cepat Chorong membaling bola itu ke arahnya . Namun , balingannya tidak tepat , ia terkena tepat dengan mukanya .
"Argh ." Jeritnya kuat menahan kesakitan . Pantas Chorong berlari ke arahnya yang sudah terduduk di atas lantai .
"Awak okay tak ? Maafkan saya . Saya tak sengaja ." Maaf Chorong sambil mengeluarkan sapu tangan dari beg dan mengelap darah yang keluar dari batang hidung mancungnya itu .
"Suho !" Tiba - tiba ada suara garau yang kuat dari hujung taman itu . Lelaki itu laju berlari ke arah kawannya itu .
"Asal ni ?" Tanya dia cemas memandang muka lelaki yang dipanggil Suho itu .
"Kau tanya dengan budak perempuan ni ." Balas Suho lemah . Tangannya masih memegang hidungnya .
"Kenapa saya pulak ? Saya tak sengaja lah . Saya mana tahu ." Ucap Chorong perlahan dan takut .
"Dah lah . Jom balik . Sini aku tolong kau bangun ." Pintas lelaki itu lalu menolong kawannya untuk bangun .
"Saya minta maaf ." Ujar Chorong sambil menundukkan kepala .
"Tak apa lah ." Balas Suho lalu tersenyum nipis .
"Tapi , awak punya sapu tangan ni ?" Tambahnya lagi .
"Tak apa . Awak ambik je ." Ucap Chorong laju . Suho mengganguk perlahan dan berjalan bergandingan dengan Chanyeol .
"Nasib baik dia okay ." Hati kecil Chorong tersenyum riang .
Comments