part 2

The nerd assassin

 

“D.O, waktu kita berlanggar haritu, macam mana kau boleh tahu nama aku?”
“Arrrr.. aku teka jer..? hehehe”

Nama aku Lee Hyemi. Aku nerd pada hari sekolah tetapi seorang assassin pada waktu malam. Aku selalu dibuli ketika di sekolah. Tetapi kehidupanku berubah setelah bertemu si dia, Do Kyungsoo, kekasihku. Walaupun dia salah seorang kingkas di sekolahku, tapi dia tetap melindungiku dari para pembuli. Pada waktu malam, aku mengajarnya cara-cara menjadi assassin yang handal. Aku agak terkejut kerana dia cepat belajar. Aku rasakan seolah-olah dia pernah buat semua ni. Banyak kali. Rasanya sebab itulah pertama kali dia masuk organisasi TS, dia berkata “Saya masuk bahagian assassin sebab rasanya bahagian ni jer yang saya mahir”…

Hari ini, sudah genap setahun kami bercinta tapi aku masih curiga mengenai dirinya. Kenapa aku merasakan bahawa dia cuba menyembunyikan sesuatu dariku?

“AYYYEEE~ Hyemi-ah~ jagiya (sayang)~~” D.O cuba mengacauku ketika aku sibuk membuat kerja sekolah. “Yah! D.O! pergi main jauh-jauh!” aku cuba mengusirnya. “Shiro! (taknak)” D.O memuncungkan mulutnya sambil memeluk tubuh, langsung tak berganjak dari tempat duduknya. “tsk!” aku bangun dari tempat dudukku. “Hyemi!! nak pergi mana?” D.O turut bangun dari tempat duduknya. “Nak pergi tandas. Kenapa? Nak ikut?” Aku menjelirkan lidahku. “NAK!!” Mata D.O bersinar-sinar mendengar pelawaanku. “YAH!” Aku memarahinya.

Beginilah kehidupanku setiap hari. Pelajar perempuan akan berasa cemburu bila melihat keakraban aku dan D.O… B2st dan 4minute pula sudah berhenti membuli aku, semuanya disebabkan D.O <3

-D.O’s POV-

“Yah! D.O, bila kau nak selesaikan tugas kau?” soal Suho. “Relax dulu. Jangan kalut” aku mengukir senyuman sinis. “Pastikan kau selesaikan tugas kau secepat mungkin. Ingat! Perempuan tu kunci utama kita untuk menguasai TS” Kai berleter.

“Kita tak boleh terburu-buru. Hyemi sekarang ni tengah curiga dengan diri aku” aku menumbuk punching bag di hadapanku. “D.O hyung, kau tak jatuh cinta dengan dia, kan?” soalan Sehun telah membuatkan Chanyeol tersedak ketika minum air. Baekhyun menepuk-nepuk belakang Chanyeol. “Kenapa pulak aku nak jatuh dengan budak nerd tu?” Aku menumbuk punching bag dengan lebih kuat lagi.

“Hyung sepatutnya dah bunuh dia 5 bulan yang lepas! Tapi kenapa tangguh? Nak tangguh sampai bila lagi?! Hyung kena ingat, SM takkan berdiam diri lagi kalau hyung selalu tangguh ja! Kita semua akan dibunuh!” kali pertama aku tengok maknae meletus. “Kau ingat senang ker aku nak bunuh dia??!! Hyemi orang yang terkuat sekali dalam organisasi tu! Aku dah banyak kali saksikan dia bunuh orang depan mata aku!” giliran aku pula untuk meletus.

“Tsk! Tapi dia tak sekuat aku” Chanyeol menunjukkan ototnya sambil tersengih. Baekhyun thumbs up pada Chanyeol. Aku menggelengkan kepalaku melihat telatah Baekhyeol couple.  “D.O, aku baru terima arahan dari SM, mereka nak kita selesaikan tugas esok” ucap Suho. “Eh! nanti dulu! KITA?! Bukan ker yang ni tugas D.O?” Baekhyun memandang aku dan Suho bersilih ganti. “Kekuatan dan ketangkasan Hyemi semakin bertambah kerana D.O selalu tangguh. Spy dari SM dah mengintip dia selama 5 bulan. Mereka kata mustahil untuk D.O membunuhnya seorang. Dengan gabungan kekuatan kita ber-6, kita boleh membunuhnya dengan mudah sekali.” Suho tersenyum sinis diikuti dengan ahli Exo-k yang lain.

*Hyemi-ah, mianhei….* tanpa aku sedari, aku memang sudah jatuh cinta dengan si nerd assassin.

-Hyemi’s POV-

“Kita nak pergi mana ni?” soalku. “Kita nak pergi ke Lotte World” D.O tersenyum riang tapi aku boleh nampak kesedihan di dalam matanya. “Kenapa ni D.O?” soalku lagi. “Kenapa apa?” D.O menyoal balik. “D.O, ada sesuatu yang tak kena ke?”Aku memandang tepat kearah anak matanya. “Tak ada apa-apa lah” D.O cuba untuk memberikan senyuman seiklhas yang boleh. *haish.. tak apa lah kalau dia taknak bagi tahu. Tak boleh nak paksa sangat dia ni, nanti merajuk pulak*

…di Lotte World…

“Jom naik tu!” aku menarik D.O ke bahagian rollercoaster. D.O mengikutku kemana sahaja aku pergi. Pelik. Selalunya D.O tak gemar bermain permain yang sebegini. Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“Hyemi-ah.. hari ini hari terakhir kita dapat bergembira bersama. Mianhei. Saranghae” D.O berlari meninggalkan aku yang terpinga-terpinga. *Dia… pergi.. meninggalkan.. aku..*

Aku terduduk sambil melutut. Sudahku agak ada perkara buruk yang bakal berlaku. Air mata mula mengalir buat pertama kalinya selama setahun kami bercinta. Selama ini D.O melindungi aku. Jikalau aku sedih, dia akan membuatku gembira. Dia tidak suka melihat aku menangis. Katanya, hatinya bagai ditikam beribu kali jikalau aku mengalirkan air mata walau setitis.

~*~*~*~*~*~

Aku melangkah setapak demi setapak. Terasa berat sungguh untuk kakiku melangkah. Aku mendongak ke langit yang mendung. “Hari nampaknya nak hujan..” aku bercakap seorang diri. Aku cepat-cepat mencari tempat berlindung. Sambilku berjalan, aku terjumpa  sebuah banggunan terbiar. Aku mempercepatkan langkahku ke dalam banggunan tersebut.

“Annyeong Hyemi” kedengaran seseorang menyebut namaku. Aku mengalih kepalaku kearah suara tersebut.

Lima orang lelaki berdiri dengan gah dibelakangku. “Erm.. annyeong?” aku menjawab acuh tak acuh. Muka ku menunjukkan riak pelik. “Tentu awak rasa pelik macam mana kami boleh tahu nama awak kan?” ucap seorang lelaki yang agak tinggi. “Kami Exo-K. Dari organisasi SM” sebaik sahaja lelaki tersebut menghabiskan ayatnya. Muka ku mulai pucat. *Oh tidak! Assassin dari SM! Kenapalah aku mesti bertembung dengan mereka hari ni?!*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Overdose_Kpopers
#1
Chapter 3: best best best giler ff ni!!! yehet yehet d.o buat pegerakan ninja!! huhu buat la sequel
KUROBARAHIME
#2
Chapter 3: MEMANG BESTLAH FF NI!
AhnChanByul #3
Chapter 3: best lah!! buat story macam ni lagi >_<
KayKyuQ
#4
Chapter 3: Woooooooooo so sweet. tapi masa part 2 tu ada nak cepuk D.O tu pun ada gak. haha Xp
Hollowgirl98
#5
Chapter 3: Niceeeessuuueee -w- *thumbs up* Ma bebeeeh D.O ish osheemm
channiewifey #6
omo!!! nice siot story ^^ meh la baca story kita lak kalau rajin ^^ [newbie yg x tahu sebenda ni XD]
Lysa3Kyu #7
Chapter 3: wah~! ohsthem cite awk xDD gile thaye bce xDD
-natsukim #8
Chapter 1: eh, malay?
haha
and d.o that bad? pfft...
nice btw~