part 1

The nerd assassin

 

Aku seorang nerd di sekolahku. Selalu dibuli oleh queenkas dan kingkas. Dijadikan bahan ejekan selalu. Aku langsung tiada kawan. Walaupun kehidupan aku teruk, aku tidak kisah kerana aku mempunyai dua kehidupan. Pada hari sekolah aku hanyalah seorang nerd yang tidak reti berfesyen tetapi pada waktu malam, aku dikenali sebagai salah seorang assassin upahan yang digeruni. Jadi, boleh dikatakan aku melepaskan perasan geramku dengan membunuh orang.

“Hey! Nerd! Kau nak pergi mana hah?!” jerit Hyuna, salah seorang queenkas kat sekolah aku.

“Nak pergi library” aku menjawab perlahan sambil menundukkan kepala ku. Tidak sanggup memandang muka ahli sihir tersebut.

“Nah! Buat kerja sekolah aku” Hyuna membaling buku latihannya tepat ke muka aku. Nasib baik buku tu tak tebal, kalau tak, boleh lebam muka aku ni. “Nae…” aku menjawab perlahan. Doojoon tetiba muncul dibelakangku.

“Hyuna sayang, aku tak tahu pulak standard kau dah jatuh sampai sanggup bercakap dengan budak nerd” Doojoon salah seorang kingkas, memandangku atas bawah sambil memberikan pandangan jijiknya.

“Aku tak cakap dengan dia lar.. aku cuma suruh dia buat kerja sekolah aku jar” Hyuna memaut leher Doojoon sambil memberikannya French-kiss. Doojoon membalas ciuman Hyuna. *Diorang ni memang tak tahu malu ker?* bisik hati kecilku sambil perlahan-lahan memblahkan diriku dari sana.

Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku terlanggar seseorang.

“AH! Mianhae!” aku menunduk kepalaku laju-laju. Lelaki tersebut hanya tergelak kecil pabila melihat telatahku. Tak tahu lah sama ada dia gelak menyindir atau gelak tak menyindir(?).. heh..
“Tak apa Hyemi-ah” Lelaki tersebut memberikanku senyuman ikhlasnya. *Hmm… peliknya, aku tak pernah tengok dia pun kat sekolah ni…… AIK?!! Macam mana dia boleh tahu nama aku pulak?!!*

…waktu malam di pejabat rahsia underground….

“Semua dah berkumpul disini?” soal Mr Lee, ketua kepada organisasi rahsia a.k.a ayahku. Kesemua perisik rahsia, assassins, mafia & lain-lain berkumpul pada malam ni kerana dikatakan ada sesuatu penting. Kami semua mengangguk terhadap soalan yang ditujukan.

“Bagus.. malam ini, saya nak perkenalkan ahli baru dalam pasukan assassin. Silakan masuk, D.O”

*EIH?!!! Tu kan lelaki yang aku langgar pagi tadi* aku menjerit didalam hati. Sungguh tak sangka lelaki yang nampak seperti ANGEL ni rupa-rupanya pembunuh upahan macam aku jugak.

 “Annyeong haseyo.. nama saya Do Kyungsoo. Panggil D.O jer. Saya masuk bahagian assassin sebab rasanya bahagian ni jer yang saya mahir. Hehehehe” D.O tergelak kecil. *apa yang dia maksudkan dengan ‘bahagian ni jer yang saya mahir’? (=_=).. sungguh menakutkan*

“Lee Hyemi, kamu akan melatih D.O mulai sekarang” Mr Lee memandang tepat kearah mukaku.

“Wae?! Kenapa mesti Hyemi?! Hyemi tanak! Kan ada banyak lagi assassin” aku menunjuk kearah group BAP yang nampaknya sedang tersengih seperti kerang busuk kearahku. *Best lar tu sebab tak kena kat korang*

“Hyemi, kamulah satu-satunya anak perempuan ayah yang paling ganas dan paling terlatih sekali. Jadi, rasanya takda masalahkan kalau ayah tugaskan D.O kat kamu?” Mr Lee memandang aku dengan penuh harapan. “ok.. baiklah” aku mengaku kalah. BAP bersorak. Aku membaling cawan plastik yang berada dihadapanku kearah mereka tapi mereka sempat mengelak. Hampeh!

……ke esokkan harinya di sebuah banggunan terbiar……

Aku diberikan tugasan untuk membunuh penjenayah yang dikehendaki oleh polis. Organisasi yang ayahku bina ini sebenarnya bukanlah yang jenis jahat tapi baik. Kami bantu polis buru penjenayah, kami juga kekadang tolong jadi bodyguard untuk artis. Best woooo dapat jumpa SuJu depan mata (=w=)v.

Kembali kepada tajuk asal, aku dan D.O menjejak penjenayah tersebut sehingga ke banggunan terbiar ni. Aku menganalisa keadaan sekeliling. Nampaknya penjenayah tersebut masih lagi berada di dalam banggunan ni. Aku tersenyum sinis. “D.O, tengok dan belajar” aku berbisik perlahan. Aku memegang pistol sambil berjalan perlahan-lahan ke dalam sebuah bilik kosong. D.O mengekoriku dibelakang.

 Pang! Tiba-tiba satu tembakan dilepaskan. ! Penjenayah tersebut berjaya menembak tanganku. Aku melepaskan beberapa das tembakan di kaki, tangan dan perutnya. “VAVI!” dia mencarut sambil berlari terhinjut-hinjut. Dengan kecederaan yang dia alami, dia tak mungkin mampu berlari jauh, berkemungkinan dia akan menyorok di sekitar sini.

“Come out come out where ever you are~” aku menyanyi sambil membawa kayu sepanjang 1.3 meter. “Here you are~~” aku ketawa bila melihat dia terkumat-kamit menahan kesakitan hasil dari tembakan aku tadi. “Park Taejun, pernah membunuh 47 orang kanak-kanak, merompak 7 buah bank, dan merogol 29 wanita. WANTED:DEAD OR ALIVE. Pihak polis memburu kau selama 3 tahun. Kau rasa aku patut bagi kau DEAD atau ALIVE?” aku tersenyum sinis. “Aku rasa kita semua dah tahu keputusannya” Aku menghayunkan kayu lalu menghentam kepalanya sekuat hati. D.O yang berada disebelahku terkejut melihat aksiku seperti orang gila.

…..ke esokkan harinya di sekolah…..

“Yah! Hyemi!” Hyuna menarik rambutku. “OWW! Wae?!!” aku menjerit dengan penuh kesakitan. “Boleh pulak kau tanya?! Kenapa kau tak siapkan kerja sekolah aku?!” semakin aku mengaduh, semakin kuat jugalah dia tarik rambut aku. Pelajar-pelajar yang lalu lalang langsung tidak mempedulikan aku, malah dorang tolong gelak bila tengok aku diseksa. Ahli 4minute dan B2st yang lainnya tengok aku diseksa oleh Hyuna sambil makan popcorn. Hyuna memijak tanganku, tepat-tepat mengenai bekas tembakan yang aku kena. Air mataku mula mengalir setitik demi setitik..

“WOI! Korang buat apa dengan makwe aku hah?!!” D.O tetiba muncul. Dia menarik Hyuna jauh dari ku. “Kau ingat yang kau ni Queenka kau boleh buat apa saja yang kau nak?!” D.O memegang pergelangan tangan Hyuna dengan kuat. “Hoi bro! kau jangan nak berkasar dengan perempuan lak. Meh cari yang sama saiz lar” Doojoon memegang kolar D.O. “Aku on jer” D.O tersenyum sinis. Dengan sekelip mata sahaja, Doojon dikalahkan dengan teruk sekali. “Jangan sesekali ganggu makwe aku, kalau tak nahas korang semua!” D.O memberikan jelingan mautnya kearah 4minute dan B2st. Mereka bertempiaran lari meninggalkan kami berdua.

“Hyemi kau ok tak?” D.O kelihatan risau sekali. “Aku ok.. tapi bila masa pulak aku makwe kau?” aku tersenyum nakal. “Arrrr… Hyemi, would you be my girlfriend?” muka D.O kemerah-merahan. Dia melutut dihadapanku. “Nae ^^” aku membalas. “Tapi,.. kenapa? Aku kan hodoh,nerd.. ganas pulak tu..” aku menundukkan kepala. “Hyemi-ah, aku tak kisah semua tu, apa yang aku kisah kau akan menjadi milikku selamanya.. lagipun kau cantik lar” bisik D.O  sambil memelukku erat. “D.O, waktu kita berlanggar haritu, macam mana kau boleh tahu nama aku?”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Overdose_Kpopers
#1
Chapter 3: best best best giler ff ni!!! yehet yehet d.o buat pegerakan ninja!! huhu buat la sequel
KUROBARAHIME
#2
Chapter 3: MEMANG BESTLAH FF NI!
AhnChanByul #3
Chapter 3: best lah!! buat story macam ni lagi >_<
KayKyuQ
#4
Chapter 3: Woooooooooo so sweet. tapi masa part 2 tu ada nak cepuk D.O tu pun ada gak. haha Xp
Hollowgirl98
#5
Chapter 3: Niceeeessuuueee -w- *thumbs up* Ma bebeeeh D.O ish osheemm
channiewifey #6
omo!!! nice siot story ^^ meh la baca story kita lak kalau rajin ^^ [newbie yg x tahu sebenda ni XD]
Lysa3Kyu #7
Chapter 3: wah~! ohsthem cite awk xDD gile thaye bce xDD
-natsukim #8
Chapter 1: eh, malay?
haha
and d.o that bad? pfft...
nice btw~