New Student

I Choose To Love You

Hara Pov

 

          Hari ini, hari pertama aku di sekolah baru aku.Tak silap aku, nama sekolah tu, Kirin Art School.Aku baru pindah dari Amerika Syarikat dan kena bersekolah di Korea.Aku tak suka sekolah disini, aku lebih suka bersekolah di sana.Dekat sana ramai kawan, dekat sini, aku pun tak pasti.Ahh tak sukanya kena pindah.


"Kamu bertiga dah bersedia hendak pergi sekolah baru?,"tanya appa.Aku mengambil roti kemudian menyapunya dengan Nutella. 

 

"Sedia! Tak sabarnya,"kata Hana dengan ceria. Aku dan Jong Hyun berlagak biasa.Kami berdua sudah bosan berpindah. Jepun, Malaysia, Arab , semua negara kami pernah duduki.Kalau boleh setiap tahun kami pindah, paling lama tinggal pun di Amerika Syarikat, selama lima tahun. 

 

"Bagus.Cepat makan breakfast, nanti appa hantar kamu ke sekolah,"kata appa sambil mengusap-usap kepala Hana.Selepas makan,kami semua bersiap sedia memasuki kereta.Aku dan Jong Hyun oppa duduk dibelakang manakala Hana dan appa mengambil seat dihadapan. 

 

"Kajaaa,"Appa menekan minyak dan berlalu dari rumah.Hana ketawa kegembiraan.

 

"Appa, hantar unnie dengan oppa kamu dulu. Baru hantar kamu ya sayang?,"kata appa kepada Hana.Hana memuncung mulut. 

 

"Lahh, nanti unnie dengan oppa tak leh lah tengok sekolah Hana lah,"kata Hana.Hana merajuk.

 

"Ala, sekolah unnie dengan oppa kamu tu dekat ja lah Hana.Nanti diorang tahulah sekolah Hana,"pujuk appa dengan sabar.Hana kembali senyum.Honda CR-V milik appa meluncur laju memasuki perkarangan sekolah itu. 

 

"Yeahh, kita dah sampai sekolah Jong Hyun dengan Hara,"kata appa dengan ceria.Hana gembira. Hara dan Hyun Joong sekali lagi berlagak biasa.Setelah meletak kereta di tempat parking, kami berempat keluar dari kereta.

 

"Unnie, sekolah unnie cantik dan besar,"kata Hana menarik-narik tangan aku.Aku hanya tersenyum.Sekolah aku ni, boleh tahan besarlah. Tapi, rasanya aku lagi suka sekolah di A.S. Muktamad. 

 

"Jom, kita pergi pejabat.Daftar nama kamu berdua,"ajak appa memegang tangan Hana. Aku dan oppa mengikut sahaja.Ketika kami lalui di sepanjang laluan berbumbung, semua pelajar disitu memerhati kami. 

 

"Weh, budak barulah.Handsomenya yang lelaki tu," 

 

"Fewwit, cun gila,"

 

Itulah antara kata-kata yang aku dengar sewaktu kami lalu disitu, ahh tak pernah tengok perempuan cun dengan lelaki handsome ke?Aku masih berlagak biasa.Tiba-tiba , appa berhenti. 

 

"Appa?Waeyo?,"tanya Jong Hyun oppa.Appa menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu. 

 

"Appa tak tahu kat mana pejabat,"jawab appa.Aku mengeluh perlahan.

 

"Hmm, jom tanya budak rambut blonde tu,"cadang Yong Jun.Appa setuju. 

 

"Tumpang tanya, pejabat dekat mana eh?,"tanya appa.Lelaki itu menoleh ke arah kami. 

 

Siapa lelaki nih?Comelnya diaa! Macam Jeremy dalam He's Beautiful!Mata aku bercahaya melihat mukanya yang bersinar-sinar itu. Dia seperti sunshine yang sentiasa memancar kepadaku. Eh, mengayat pula aku. Aku kembali ke realiti. 


"Ohh, uncle straight kemudian belok kanan, nanti adalah pejabat,"jawab lelaki itu sambil tersenyum ceria.Appa tersenyum mendengar jawapan lelaki itu. Sopan. 


"Terima kasih ya,"kata appa.


"Ya sama-sama,"jawab lelaki itu.Kami sekeluarga mengikut jalan yang budak lelaki tadi beritahu.Ya, memang betul pun kata budak lelaki itu.Pejabat disini.Kaki kami mula melangkah masuk ke dalam pejabat tersebut.Seorang kerani perempuan datang menghampiri kami.

 

“Nak daftar pelajar ya encik?,”Tanya kerani tersebut.

 

“Ya, saya nak daftar dua orang anak,”jawab appa.Kerani itu mengangguk-angguk.

 

“Harap tuan bersabar, pengetua masih belum sampai, selalunya waktu begini dia sudah tiba, tetapi hari ini lewat pula,”ujar perempuan yang tinggi lampai itu.

 

“Oh takpa, saya tunggu,”kata appa dengan senyuman.Tidak lama kemudian, pengetua sekolah itu masuk ke dalam pejabat tersebut.

 

“Tuan, ada waris nak daftar pelajar,”ujar kerani tersebut.

 

“Oh mana waris tersebut?,”tanya Tuan Park Jinyoung.

 

“Itu dia,”jari telunjuk menunjuk ke arah appa.Mata pengetua tersebut terbeliak.

 

“My friend,”jerit pengetua tersebut.Ayahku dan pengetua tersebut berpelukan.Aku,Jong hun oppa, Hana dan kerani tersebut terkejut.Lama mereka berpelukan.

 

“Ehem,”kerani tersebut yang bernama Marie berdehem, barulah mereka meleraikan pelukan.

 

“Aaa , jomlah masuk pejabat saya,”ajak pengetua tersebut.Appa mengangguk.Appa menuruti pengetua tersebut ke biliknya.Kami juga begitu.Pengetua yang dikenali sebagai Tuan JYP menolak daun pintu kemudian dia duduk dikerusinya.

 

“Eh, kau bila balik sini?,”tanya Tuan JYP

 

“Aku baru balik khamis lepas,”jawab appa.Tuan JYP itu mengangguk-angguk.Matanya beralih ke arah Jong Hun oppa.

 

"Dah besar dah anak-anak kau ya,"kata tuan JYP.Appa tersenyum

 

“Jong Hun, Hara, Hana, nilah kawan lama appa.Pergi salam uncle cepat,”arah appa.Kami bertiga menyalam kawan lama appa atau akan menjadi guru besar sekolah aku.

 

“Nama apa?,”tanya Tuan JYP kepada Hana.  

 

“Goo Hana,”jawab Hana dengan suara comel.Tuan JYP tersenyum melihat kecomelan Hana.

 

“Umur berapa nih?,”tanya Tuan JYP lagi.

 

“Tujuh tahun,”jawab Hana lagi.

 

"Alolo, comelnya Hana ni,"kata Tuan JYP. 

 

“Ohh, haa. Tadi kau cakap nak daftar anak kau kan?,”tanya Tuan JYP.Appa mengangguk.Tuan JYP berdiri kemudian dia pergi ke almari dan mengambil satu fail hitam.

 

“Dua orang eh?,”tanya Tuan JYP kepastian.Appa mengangguk lalu Tuan JYP memberikan dua helai borang untuk diisikan.Aku membuka beg aku dan mengeluarkan kotak pensil.

 

“Pinjam pen,”kata Jong hun oppa lalu terus mengambil pen favourite aku.

 

“Aish,ambillah pen nih,”marahku lalu terus merampas pen favourite aku.Aku menjeling. Tak dak siapa yang boleh ambik pen nih. Arasso.Huh!Selesai mengisi borang, aku dan oppa menyerahkan borang itu ke Tuan JYP.

 

“Hmm, Goo Hara, awak kelas, 4 Melody,”kata Tuan JYP.4 Melody?Nama dia not bad lah.

 

“Jong Hun kelas 5 Harmony,”ujar tuan JYP.Ceh, Harmony konon.Belah larh.

 

“Okay, kamu berdua boleh masuk ke kelas kamu sekarang,”ujar Tuan JYP.Aku dan Jong hun oppa berdiri serentak.Setelah bersalam dengan Tuan JYP, appa dan Hana, kami keluar dari bilik itu.

 

“Belajar elok-elok tau!,”pesan appa.

 

“Bye Hara unnie! Bye Jong Hun oppa!,”Hana melambai-lambai tangan ke arah aku dan Jong Hun oppa. Kami membalas lambaiannya.

 

 

Hey there, visit my blog here http://yanafanfiction.blogspot.com/2012/11/i-choose-to-love-you-part-1.html . 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LovelyHara #1
woah!! i will read this fanfic for sure!
Who's the main girl here? Jiyeon or Hara. I hope it's Hara ;~;
bimriean
#2
English pls..i don't understand
i want to read you're story..