FINAL

WHO'S CJ?

 

Ricky masih lagi mencari diarinya. Banyak peristiwa yang ingin dicatat. Diari itu juga merupakan pemberian daripada orang yang dicintainya. Ricky duduk di taman sains bersendirian. "Mana ni? Dah merata tempat aku cari, tapi masih tak jumpa. Dia kata kalau diari itu hilang maknanya aku dan dia tak mungkin bersama lagi..." Ricky mulai sebak. Air matanya perlahan mengalir ke pipinya. Dia menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya lalu menangis teresak-esak.

 

Loceng yang menandakan tamatnya waktu rehat telah berbunyi. Changjo tercari-cari Ricky yang masih belum kelihatan. 'Mana Ricky? Cikgu dah nak masuk, ni.' Changjo yang merasa tidak sedap hati, segera melangkah keluar dari kelas untuk mencari Ricky.

 

    Sementara itu, di koridor tingkat 2 di bangunan terbiar, kelihatan 3 orang pelajar lelaki sedang mengepung Ricky. Mereka yang menjumpai Ricky bersendirian di taman sains tadi, segera mengheret Ricky ke situ. Salah seorang daripada mereka, menolak Ricky ke dinding dan menggenggam kuat pergelangan tangan Ricky.

 

"Let me go!" Teriak Ricky. Dia cuba melawan, namun gagal.

 

"Diamlah, budak!" tengking pelajar itu lalu mula mengucup leher Ricky.

 

"Help me!" teriak Ricky sambil meronta-ronta. Air matanya mula membasahi pipinya. Matanya dipejam rapat. 'Changjo, help me...' getus hati Ricky.

 

Beberapa minit kemudian, Changjo tiba di situ. Entah mengapa, Changjo begitu yakin bahawa Ricky berada di situ, dan dia betul. "Lepaskan dia!" teriak Changjo, namun mereka tidak mengendahkannya. Changjo yang mulai hilang sabar, terus membelasah mereka seorang demi seorang. Disebabkan Changjo pemegang 'blackbelt', mereka bukan tandingannya. Mereka bertiga segera beredar dari situ dengan lemahnya.

 

Changjo segera menghampiri Ricky yang terduduk bersandar di dinding koridor itu. "Awak ok?" soal Changjo dengan penuh prihatin. Ricky tidak menjawab, dia segera memeluk Changjo seeratnya. "Saya ingat takkan jumpa awak lagi lepas saya hilangkan diari,tu." ucap Ricky dan Changjo kurang mengerti. Dia meleraikan pelukan dan memandang Ricky. "What do you mean?" soalnya.

 

"Awak hadiahkan sebuah diari pink masa birthday saya tahun lepas. Awak cakap, kalau saya hilangkannya, maknanya kita tak mungkin bersama lagi. Dan sekarang... diari tu dah hilang." Ricky menundukkan kepalanya.

 

Changjo tersentak mendengar kata-kata Ricky itu. 'Aku yang hadiahkan diari itu? Sekarang baru aku ingat. Hmm...patutlah aku rasa macam pernah tengok diari itu.'

 

"Ya, saya hadiahkan diari itu pada awak untuk awak tulis tentang kisah kita. Tapi, awak tulis pasal orang lain. Memang patutlah ia hilang." Laju ayat itu keluar dari mulut Changjo.

 

Ricky membulatkan matanya memandang Changjo. "Tentang orang lain? Mana awak tau? Awak baca diari saya, ya? So, selama ini diari saya ada pada awaklah?" duga Ricky dan Changjo tercengang. 'Hebat! Walaupun aku tak cakap perkara sebenar, dia dah tau semuanya.'

 

"So, who's CJ? Chunji hiong, kan?" Changjo tidak menjawab pertanyaan Ricky, malah dia yang menyoal semula.

 

"Chunji hiong? Awak ingat saya ni gila ke, nak tulis kisah cinta saya dengan abang kandung sendiri?" perli Ricky. Dia sedikit marah kerana Changjo menyerkap jarang.

 

"Abang kandung?" Changjo kelihatan keliru.

 

"Maaf, saya tak pernah sebut pasal dia, sebab dia tak suka saya bersama awak. Saya takut awak menjauhi saya dengan alasan, taknak kitorang adik-beradik gaduh." jelas Ricky manja.

 

"So, who's CJ?" soal Changjo semula.

 

"Betul awak tak boleh teka?" duga Ricky dan Changjo hanya menggeleng. "Apa nama awak?" soal Ricky.

 

"Chang-Jo." jawab Changjo dan dia terdiam. Kini baru dia sedar yang CJ itu ialah dirinya sendiri. 'Jadi maknanya, Ricky menyukai aku seperti aku menyukainya.' fikir Changjo dan dia tersenyum memandang Ricky.

 

"Changie, nado saranghaeyo!" Ucap Ricky lalu mengucup pipi Changjo.

 

"I love you too!" Changjo mengucup bibir Ricky dan ia membuatkan muka Ricky kemerah-merahan.

 

'Finally, Changjo buat pengakuan cintanya terhadap Ricky'.

 

~TAMAT~


 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rapchangjung
#1
Chapter 2: err....its a bit weird
KJNYeol
#2
Chapter 2: sweet chanrick <3
I like this couple