CHAPTER 1

WHO'S CJ?

 

Setibanya aku di rumah, aku bergegas menuju ke bilikku yang terletak di tingkat atas. Aku mengikut jadual kelas hari esok, supaya tidak kelam kabut. Aku mengosongkan beg sekolahku dan aku terpandang sebuah diari yang berwarna pink. Baru aku teringat, diari itu aku jumpa di bawah meja di perpustakaan sekolah. Oleh kerana tidak tahu siapa pemiliknya, aku berkeputusan untuk membawanya pulang.

 

Aku berbaring di katilku dan bersedia untuk melihat nama pemilik diari itu supaya aku boleh memulangkannya semula (Bukan untuk curi-curi baca, walaupun aku sebenarnya memang ingin mengetahui isi kandungannya). 'Yoo Changhyun a.k.a Ricky?' Omo! Diariini milik 'flower boy' yang aku minati selama ini. Entah apa yang membuatku berfikiran tidak waras? Hatiku berdebar dan aku beria-ia ingin membaca isi kandungannya.

 

Muka surat pertama ku buka. Wah! Begitu kemas dan kreatif. Seperti buku cerita kanak-kanak. Aku mula membaca. Hatiku begitu terguris apabila membaca rangkap pertama diari itu.

 

'Dear diari,

Hari ini aku gembira sangat apabila ditegur budak lelaki yang aku minati selama ini. Ramai orang kata dia sombong, tapi bagi aku, dia tak macam tu. Dia sangat mesra dan peramah. Saranghae, CJ!'

 

'CJ?' Siapa si CJ ni? Nampaknya kebisuan aku selama ini dah buatkan aku kehilangan dia. Sepatutnya dari awal aku buat pengakuan kat Ricky, tapi tak. Aku fikir dia bukan gay seperti aku, tapi ternyata diapun seperti aku.

 

    Diari itu, aku simpan dalam laci meja bacaanku. Aku akan siasat si 'CJ' yang dah rampas Ricky daripada aku. Aku juga tak berniat untuk kembalikan diari ini kepada Ricky. Untuk apa? Kalau aku pulangkannya, tentu dia akan menulis tentang 'CJ' dan ia amat menyakitkan hati bila orang yang kita suka, menulis cerita tentang orang lain. Right? Mianei, Ricky ah... you're mine...

 

Keesokannya di sekolah, aku melihat Ricky seperti mencari sesuatu di merata tempat.  Wah! Cutenya dia, walaupun serius. Aku tahu, pasti diari itu yang dicarinya. Aku merenungnya tanpa berkelip. Dia menyedari aku asyik memandangnya lalu dia menghampiriku.

 

"Changjo, why are you staring at me like that? Is there something on my face?" soalnya dengan suara yang lembut dan reaksi yang manja.

 

"Uh?" Aku tersedar dari lamunanku. "Awak cari apa?" soalku.

 

Ricky mencebik kerana aku tidak menjawab soalannya tadi. "Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Orang tanya dia, dia tanya kita balik." Rungut Ricky. "Apa yang awak mengelamun, ni? Teringat kat girlfriend la tu." ucap Ricky yang kelihatan cemburu. Aku hanya terpana memandangnya.

 

"Saranghae, Ricky ah..." ucapku perlahan tanpa didengarinya.

 

Ricky melambai-lambaikan tangannya di hadapan mukaku. "Hello! Anybody there?" Aku segera mencapai pergelangan tangannya. Aku berdiri dan kini kami berhadapan. Aku perlahan merapatinya dan bibir kami bertemu. Ricky membesarkan matanya kerana terkejut, namun dengan perlahan matanya dipejam. Agak lama juga kami begini.

 

Sedang kami begitu asyik dalam dunia sendiri, muncul seorang pemuda berdiri di muka pintu kelas kami, sambil merenung tajam ke arah kami. "Ricky!" Teriak pemuda itu sambil menghampiri kami lalu menarik Ricky mengikutnya dengan kasar. "Chunji hiong, let me go!" Ricky menyentap tangan pemuda yang dipanggil Chunji itu. "Sakitlah!" Ricky mengurut-urut pergelangan tangannya sambil merenung tajam ke arah Chunji.

 

Chunji? CJ? Sah, memang dia inilah yang Ricky maksudkan dalam diarinya itu. Tapi, dalam diari katanya si Chunji ini seorang yang mesra dan peramah. Aku tengok tak peramahpun, pemarah adalah. Berani-beraninya dia sakiti Ricky aku! Aku menghampirinya lalu menumbuknya.

 

"Jangan kau berani sakiti Ricky macam ni lagi!" marahku. 

 

"Chunji hiong!" Ricky segera memapah Chunji berdiri dan merenung tajam ke arahku. "Jangan kau berani sakiti dia!" Ricky menengkingku dan aku tersentak. Dan tanpa mempedulikan perasaanku, dia segera beredar bersama Chunji. Aku bingung.

 

'Aku cuba lindungi dia. Why aku yang dipersalahkan? Memang betul kata orang yang cinta itu buta. Dia sanggup disakiti orang yang dicintainya.' ngomelku lalu mengeluh.

 

Setibanya di rumah, aku berbaring di katilku. Aku memikirkan tentang kejadian tadi. Ricky marahkan aku. Adakah dia akan terus membenciku dan mengelak dariku? Please don't. I can't live without you, Ricky ah...

 

Baik aku terus baca diari tu. Entah apa yang istimewa sangat dengan 'CJ' tu sampai Ricky sanggup disakitinya. Aku segera mengeluarkan diari itu dari dalam laci meja bacaanku.

 

'Dear diari,

Hari ini CJ dan aku pergi ke cafe ais krim. Kami di situ untuk sambut birthday aku. Aku gembira sangat sebab orang yang aku suka, ingat hari yang penting bagi aku. Dia memang prihatin. Aku rasa dia sukakan aku juga sebab itu dia boleh ingat birthday aku. Kan? Entah bila dia berani luahkan perasaan dia padaku. Aku akan tetap menanti. Saranghae, CJ ah!'

 

"Ceh!" Aku melempar diari itu ke lantai. Akupun pernah buat macam tu juga. Aku ingat lagi, aku yang belanja dia makan ais krim di kafe untuk sambut birthday dia. Akupun prihatin juga apa.

 


 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rapchangjung
#1
Chapter 2: err....its a bit weird
KJNYeol
#2
Chapter 2: sweet chanrick <3
I like this couple