chapter 8

OMG! (HIATUS)

Sung Young melangkah masuk ke dalam pusat latihan. Dia berpakaian seperti budak skema kerana ingin melihat jikalau Kibum benar-benar menyukainya ataupun sekadar main-main..

“Siapa budak nerd tu? Dia tersalah tempat ke? Dia mesti ingat tempat ni library” Kedengaran suara sumbang yang sedap sesedap orange juice jer mengutuk Sung Young.

“Kau ada dengar tak?”
“Dengar apa?”
“Hish kau ni! Bagi la aku habis cakap dulu!”
“Hehe.. maaf-maaf. Ha, apa tunggu lagi, cepat la cerita”
“Aku dengar Key nak ambil Sung Young jadi girlfriend dia”
“HAH! Betul ke apa yang kau cakap nih? Dah la Sung Young tu macam lelaki, langsung tak ada sifat keayuan seorang wanita, muka dia pun bukannya cantik sangat”
“Ya! Betul tu! Aku sokong cakap kau. Dia tu dah la ganas. Macam mana la Key boleh terpikat dengan dia? Pastu pulak kan, aku ada dengar khabar angin yang cukup panas, kelmarin,... Key tumbuk Sulhu”
“Hah! Wae?”
“Sebab Sulhu cium Sung Young depan mata dia sendiri”
“Takkan la Sulhu pun syok kat Sung Young jugak? Haishh.. susah lah aku nak percaya cerita kau nih.”

Suara sumbang yang sama masih lagi sedap mengutuk Sung Young. Hati Sung Young membara. *Kalau nak diikutkan, mahunya aku nak tumbuk dua orang makcik cleaner tu. Tapi, nanti habis rosaklah reputasi aku sebagai budak baik. Hu.. lebih baik aku melepak kat cafeteria. Boleh la aku baca buku sambil makan* Sung Young bergegas ke cafeteria.

Sung Young mengeluarkan buku untuk dibaca ataupun mungkin hanya tengok gambar dalam buku tu kerana Sung Young ni bukannya suka membaca sangat. Sambil Sung Young asyik mengusha gambar ulzzang lelaki yang macho, kedengaran satu suara memanggil namanya. “Sung Young?”

“Hoh?” Sung Young mendongakkan kepalanya.

“Eip! Kibum! Apa yang kau buat kat sini?” tanya Sung Young yang agak terkejut dengan kehadiran Kibum di hadapan matanya.

“Aku kan selalu bersenam kat sini. Takkan dah lupa? Ke.. kau amnesia?” ujar Kibum berseloroh. 

Kibum merenung Sung Young. Langsung tidak disangka bahawa gadis nerd di hadapannya ini adalah Sung Young si peninju. Kibum sudah dapat mengagak bahawa Sung Young akan memakai seperti budak nerd, tetapi.. tidak pernah menyangka bahawa Sung Young begitu comel apabila memakai cermin mata besar dan berambut panjang.

“Pfft.. aku tak amnesia lar. Lagipun, macam mana kau boleh tau aku kat sini? And.. macam mana kau boleh kenal aku? Aku rasa tak ada seorang pun kat sini yang kenal aku sebagai Sung Young.”

“ Haha. Aku kan pakwe kau. Mestilah aku tau kau kat mana. And.. aku boleh kenal kau dari jauh berdasarkan bentuk badan kau yang berotot tu. By the way, macam mana rambut kau boleh panjang cepat sangat? Bukan ke kelmarin rambut kau pendek?” giliran Kibum pula untuk bertanya.

“Correction! Pembetulan-pembetulan! Kau bukannya pakwe aku and aku ni bukannya berotot sangat. Rambut aku panjang sebab aku pakai rambut sambung.” Sung Young menjawab soalan Kibum.
“Heh, memanglah aku bukan pakwe kau. Tapi aku bakal jadi pakwe kau” Kibum tersengih seperti kerang busuk.
“In your dream, Kibum” ujar Sung Young sambil menjelirkan lidah.
“And there’s you in my dream” Kibum mengenyitkan matanya.
“Cheesy lar kau nih. Hahahaha” Sung Young menumbuk perlahan bahu Kibum.

“Kenapa kau duduk melepak kat sini? Kenapa tak pergi berlatih? Kau baca buku apa tu? Best tak buku tu? Buku cerita fiksyen ke buku pelajaran?” Kibum menanyakan soalan bertubi-tubi lalu merampas buku tersebut dari Sung Young.
“Wei! Bagi balik!” Sung Young merampas buku tersebut dari Kibum. Dia terus memasukkan buku tersebut ke dalam beg sandangnya.
“Aku tak pergi berlatih sebab aku tak ada mood. Malas la nak berlatih sebab tu la aku melepak kat sini. Soalan tentang buku tu aku malas nak jawab” Sung Young memasamkan mukanya apabila dia terfirkan semula tentang makcik cleaner yang mengumpatnya.
“Kau ni asyik malas jer. Jom ikut aku”
“Nak pergi mana?”
“Alah kau nih, banyak tanya la pulak. Ikut saja la”

---------- Di hadapan SM BUILDING------

 

“Ni tempat apa la pulak kau bawak aku nih?” SungYoung merungut sambil memerhatikan bangunan yang indah tersergam dihadapannya.
“Yang ni lah bangunan SM Entertainment” ujar Kibum tersenyum puas.
“Hoh? SN apa? Kenapa kau bawak aku kat sini? Kau nak culik aku ke?” Sung Young masih lagi kebingungan.
“SM lar.. bukannya SN. Lagipun, kalau aku nak culik kau, mestilah aku tutup mulut kau dengan kain pastu pulak ikat tangan dan kaki kau. Hish, kau nih, banyak tanya betul la. Dah, jom masuk” Kibum menarik tangan Sung Young.

 

*Wah! Cantiknya kat dalam ni* Sung Young tersenyum sendirian.

“Kibum, kau tak jawab lagi soalan aku. Kenapa kau bawak aku kat sini?” Sung Young menanyakan soalan yang sama.
“Sebab aku nak memperkenalkan kau dengan kawan-kawan aku” Kibum tersenyum melihat gelagat Sung Young yang gelisah tak tentu pasal. “Ha ! Tu salah seorang daripadanya. Heechul-hyung!!” Kibum memanggil seorang lelaki yang sedang leka bermain komputer.


*Eh, laki ni... macam pernah tengok* bisik hati kecil Sung Young.

 

 

 

----------------------

Huwaaa! dah lama x update ;A; .. mianhei all :( ..  Btw, Hope you enjoy this chapter :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ze_oshem_vampire
lalalala~ mls nak update :P hahaha xD jht bebenor aq nih

Comments

You must be logged in to comment
JeonAra #1
Chapter 16: palli update !! best gile2 ff ni!! Update soon!! im waiting !! ^^
Amira5
#2
Chapter 16: Cangkan eah? Ermm ape kata B.A.P or MBLAQ?! Sbb diorang nampak
Mcm vampire pun ade gengster pown ade... Kalau tak pun Teen Top
Amira5
#3
Chapter 16: Update update!~~ Hahaha... Best lar
woonicorn_syah
#4
Chapter 16: Nk lay exo tapi macam pelik lak haha dongwoo dah ade, B.A.P ok kot
Nichkhun_Horvejkul #5
Chapter 8: Nichkhun_Horvejkul??
houkigumo
#6
Chapter 14: Sulhu~ My bias~ //Le spazz//

You: 1998 = 155 cm (Good)
Me: 1997 = 151 (Bad) XD LOL
Update more. btw awk dh tinggi dh tu. keke..xmcm sy nie. T^T
houkigumo
#7
Chapter 13: Aish~ Wat suspens jer. XD
littlemrstaro97
#8
Wae so cute? x dpt bygkn kalau L muncul tiba2 haha... :) I love your story!
houkigumo
#9
Chapter 12: OMG~ Myungsoo muncul tba2~ Tehee~
Loike ur story! :D
Lysa3Kyu #10
Chapter 8: annyeong awk....cite awk mmg best!
sye dh bce smpi chapter last awk^^