My damn ing morning

OMG! (HIATUS)

Sung Young's POV

"Will you marry me?" soal lelaki yang berdiri di belakangku. 

Ni siapa pulak yang melamar aku dalam hutan nih? Tarzan ker? Aku menoleh. Ingin melihat siapa yang bertanya. 

Mak aih! Biar Betul?! Harap sangat ni bukan mimpi... Edward Cullen dalam filem Twilight tengah melamar aku kahwin tu! Dah confirm-confirm aku nih Bella Swan!

Aku berpaling ke depan semula. Malu siot kena tenung dengan vampire hensem tahap peluntur iman ni!

Hu hu hu... seronoknya! Rasa nak tarik-tarik aje rambut sampai botak dek kerana teruja dengan lamaran vampire handsome, panas baran tapi caring dan protective macam Edward!

Nak terima ke tak, terima ke tak, ekk? Kalau aku terima, dia ni vampire, aku pulak manusia. Eh, tapi okey apa kalau dia ni vampire. Dah tentu aku tak payah masak sebab vampire tak makan nasi. Bertaring pun bertaring la. Janji dia tak gigit aku.

Ish, tapi nanti aku tua berkedut... dia pulak maintain muda aje nanti. Mana boleh jadi! Makan hati aku nanti bila tengok dia dok tackle perempuan lain! 

"Oit! Bangun lar!" Sayup-sayup aku terdengar bisikan halus di telingaku. Pandai pulak Si Edward ni cakap Korea. Caya la! Nak pikat aku punya pasal sampai sanggup belajar cakap Korea! Markah bonus tu! 

Tapi... kenapa suara dia lain macam aje? Macam suara... aku toleh ke belakang. Muka Edward Cullen dah jadi berbayang-bayang dan semakin menghilang. Takkan sebab kabus kat hutan Forks ni kut?

"EDWARD!!" Aku menjerit sekuat hati. Sampai hati kau tinggalkan aku kat dalam hutan ni.

"Edward kepala otak kau! Woit! Bangunlah!" Ah Neul menjerit di telinga.

Aku pantas mencelikkan mata. Neul Ah ketawa berdekah sehingga membuatkan rumah yang aku diami bergegar.

Entah apa yang lucu bermain di fikirannya. "Nampaknya our Sleeping Ugly dah bangun", ucap Ah Neul sambil tersenyum sinis diikuti gelak ketawa Neul Ah yang semakin bergema kuat.

"Kau pergi basuh muka, lepas tu kau turun bawah.. buat sarapan kat kitorang. Kitorang lapar, mama dengan papa dah pergi kerja. Terpaksa lah kitorang duduk terperap dengan beruk" kata Ah Neul. *Sudah semestinya lah beruk tu aku* bisik hati kecilku.

Sememangnya, beginilah kehidupan aku seharian, selalu diperlakukan seperti orang gaji oleh ibu dan dua orang kakakku yang kembar. Aku hanyalah anak angkat, hanya bapa angkatku seorang sahaja yang melayani ku dengan baik. Ibu dan kedua kakakku berpura-pura baik denganku dihadapan ayahku.

Aku cepat-cepat pergi ke bilik air untuk membasuh mukaku yang penuh dengan air liur yang dah tamat tempoh.

"Hahahaha.. patut la Neul Ah gelak kat aku. Rupa aku macam singa yang pakai rambut palsu gaya 'afro' ", ngomel aku sendirian. *comel juga rupaku* aku memerli diriku sendirian. Ish.. takkan diri sendiri pun nak perli, Sung Young? 

"SUNG YOUNG!!" jerit Ah Neul dan Neul Ah serentak. Sekali lagi, rumahku bergegar. Terasa bagaikan berada di kawasan gempa bumi.
 

"KAU BUAT APA LAGI TU?! TAKKAN NAK BASUH MUKA PUN SAMPAI SEJAM?!" huh? sejam? bukan ke baru 2 minit?

----------

"Nak makan apa?" tanyaku.

"Nak telur separuh masak" , " Nak roti yang disapu mentega" ucap mereka sambil membaca majalah.

Aku bergegas melakukan tugas yang diarahkan. *Roti disapu mentega? tak boleh ke kalau buat sendiri?* Aku merungut sendirian.

"Nah, dah siap!" Aku cuba membuat muka manis.

"Euwww! Kenapa telur ni separuh masak?" "Bukan ke unnie nak yang separuh masak?" tanyaku.

"Hey! jangan sesekali panggil aku unnie, aku bukannya unnie kau!" marah Neul Ah dalam nada yang nyaring. Hampir pekak telingaku dibuatnya.

"Pergi masak lain, dengar cakap aku baik-baik, aku nak telur yang dimasak perfect! taknak separuh masak or terlebih masak or whatever" bebelnya lagi.

"BAIK BOSS!"ucapku. Aku terus memasak seperti yang disuruhnya. Jikalau sekali lagi dia membebel pasal masakan aku, aku akan 'karate' dia!

Perutku sudah berkeroncong menyanyikan lagu dangdut yang terkini. *Sabarlah perut, aku akan masak burger daging bersalut telur. Mmmm,yummy*. Memikirkannya saja sudah membuatkan perutku bertambah agresif.

Baru sahaja kakiku ingin melangkah ke dapur... "Sung Young, pergi basuh baju. Lepas tu, pergi cuci bilik air. Mop lantai. Bersihkan bilik kami... bla..bla...bla.. " Neul Ah dan Ah Neul memberikan taklimat selama 15 minit.

"Tapi.. " "Tak ada tapi-tapi, pergi buat sekarang!" tersenyum sinis kembar tersebut.  

-------------

"Betapa sadisnya hidupku~" aku menyanyi sambil membasuh baju.

"Hey! Sung Young! Kau tak sepatutnya membasuh dengan mesin basuh. Kau kena basuh ikut cara tradisional"

"Cara tradisional?" aku menyoal kehairanan.

"Oppss, lupa pulak aku yang kau ni lembab. Basuh pakai tangan"

"Beginilah nasib,diriku yang malang ~" aku meneruskan nynyian dan kerjaku. 

"And one more thing, tolonglah berhenti nyanyi. Suara kau tu tak sedap. Nanti tak sempat kau nak jemur baju kat luar sebab hujan" Neul Ah ketawa sambil mengia-iakan kata-kata kakak kembarnya itu.

Hu... lebih baik aku buat kerja cepat-cepat, nanti tak pasal-pasal cacing dalam perut aku buat konsert rock pulak.

 

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk yang agak keterlaluan bagi chapter yang pertama :3
hahahaha xDD
so, sorry .. chapter ni pendek..
x ada masa nak update sebab tadi tengok cerita MEN IN BLACK 3 in 3D !!
wohooo !! giler gempak !!
BTW, happy birthday to AJ U-KISS ~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ze_oshem_vampire
lalalala~ mls nak update :P hahaha xD jht bebenor aq nih

Comments

You must be logged in to comment
JeonAra #1
Chapter 16: palli update !! best gile2 ff ni!! Update soon!! im waiting !! ^^
Amira5
#2
Chapter 16: Cangkan eah? Ermm ape kata B.A.P or MBLAQ?! Sbb diorang nampak
Mcm vampire pun ade gengster pown ade... Kalau tak pun Teen Top
Amira5
#3
Chapter 16: Update update!~~ Hahaha... Best lar
woonicorn_syah
#4
Chapter 16: Nk lay exo tapi macam pelik lak haha dongwoo dah ade, B.A.P ok kot
Nichkhun_Horvejkul #5
Chapter 8: Nichkhun_Horvejkul??
houkigumo
#6
Chapter 14: Sulhu~ My bias~ //Le spazz//

You: 1998 = 155 cm (Good)
Me: 1997 = 151 (Bad) XD LOL
Update more. btw awk dh tinggi dh tu. keke..xmcm sy nie. T^T
houkigumo
#7
Chapter 13: Aish~ Wat suspens jer. XD
littlemrstaro97
#8
Wae so cute? x dpt bygkn kalau L muncul tiba2 haha... :) I love your story!
houkigumo
#9
Chapter 12: OMG~ Myungsoo muncul tba2~ Tehee~
Loike ur story! :D
Lysa3Kyu #10
Chapter 8: annyeong awk....cite awk mmg best!
sye dh bce smpi chapter last awk^^