Decent Date

Skipping Scene To Decent Date (with Junhee from A.C.E)
Please Subscribe to read the full chapter

-

One eternity week later.

TOK! TOK! TOK! WOI! Pintu rumah diketuk ganas. Hampir roboh.

“Dah kenap…” GEDUSH!

Adui… apahal bangun tidur je dah kena makan penumbuk. Junhee mengelap darah dihujung bibirnya.

“Duit kau mana? Hutang belum settle bro.” Junhee senyum sinis. Taguna betul. Dia berdiri semula.

“Bila masa pula aku pinjam along. Angah pun aku takde pinjam.” jawab Junhee sambil melihat pintu rumahnya tidak jauh dari situ.

“Ni! Habis tu ni siapa?!” Junhee memandang ke arah gambar yang ditunjuk oleh orang itu. Damn.

“Aku tak kira! Kau kena bayar juga, kalau tak, nasib kau sekarang…” Orang itu memegang kolar baju Junhee dan hentaknya ke dinding. Pada masa yang sama, Junhee memandang ke arah pintu.

Ternyata ada chance untuk dia. Junhee langsung menendang pinggang orang itu dan berlari keluar dari rumah. Akibat yang datang minta hutang pun bersaiz besar, mengambil masa untuk dia bangun langsung jerit.

"WOI! Jangan lari! Botak! Dia dah lari.” Si botak yang muncul dari dapur kini melangkah keluar. Junhee nampaknya telah jauh berlari keluar ke jalan utama. Taguna, asal aku pula yang kena sedekah nyawa ni. Patut la ayah… ARGH!

"Gyehyeon! Awak langgar apa tadi?”

“S-saya tak tahu, o-orang kot.” Gosh. Chaesoo langsung turun dari kereta.

“Gyehyeon cepat!” Chaesoo dan Gyehyeon menghampiri yang dilanggar tadi.

“Sabar Gyehyeon, awak jangan panic dulu.” Budak ni pula ada asthma, pantang panic.

“Dia pengsan je ni. Kita bawa dia pergi hospital.” kata Chaesoo.

“Baik Cik Chaesoo.”

“Okay Gyehyeon awak duduk je dekat backseat, biar saya drive.” Langsung Chaesoo menekan button handsfree nya sambil memandu ke hospital.

“Hello, Siyeon! Aku on the way hospital ni.”

“What! Dah kenapa lagi dengan kau ni beb?”

“Relax relax. Bukan aku tapi nanti aku cerita, so aku tak masuk petang ni okay.”

“Alright takpe. Nanti biar aku je closing. Kau tu hati-hati, pape bagitahu aku.”

“Okay thank you Siyeon.”

“Gyehyeon dia ada sedar tak tu?” tanya Chaesoo sambil melihat ke belakang melalui cermin.

“Takde cik tapi cik Chaesoo, nafas dia makin lama makin perlahan ni.” Chaesoo menekan pedal minyak lebih deras sehingga selamat sampai ke destinasi.

-

“C-cik Chaesoo, saya minta maaf...”

“Gyehyeon. Apa awak ni, bukan salah awak pun. Orang tu yang lari keluar tiba-tiba tadi kan, kalau saya, saya pun tak perasan. Untung kereta kita tak laju tadi.” kata Chaesoo sambil memandang ke arah lelaki itu. Thanks God luka dia tak serious.

“Baik cik Chaesoo.” Balas Gyehyeon sambil dia mengeluarkan inhaler dari poket jacketnya. Chaesoo memandang ke arah jam di dinding menyatakan pukul 6.56 petang.

“Gyehyeon, apa kata awak balik dulu, pucat je saya tengok muka awak tu.”

“Eh takpe cik. Saya okay. Saya nak tunggu dia sedar dulu.”

“Okay baik then nanti awak terus…” Zitt.. zitt.. Nama Sunghoon tertera di skrin.

“Gyehyeon, saya angkat call sekejap.” Hello. Gyehyeon berjalan masuk ke dalam wad.

 

“Argh.” Junhee menekap kepalanya menahan sakit selepas sedar. Wuish aku dekat mana ni? Aku dah kena tangkap dengan si botak tadi ke. Junhee memandang sekeliling namun masih kabur. Tiba seseorang muncul disebelahnya sambil memegang lengan Junhee. “Encik?” Junhee menarik dirinya terkejut dek sapaan itu. Takut la kalau di sapa oleh si botak yang mengejarnya tadi.

"Jap aku dekat mana ni?” Junhee memandang ke tangan lagi sebelah, baru dia perasan wayar yang terpasang pada dirinya.

"Encik dekat hospital ni, saya bawa encik pergi hospital sebab saya langgar. S-saya betul-betul minta maaf.” Ujar Gyehyeon.

“Okay takpe takpe. Aku nak balik. Thanks.” Junhee mencabut wayar pada tangannya.

"Eh awak nak pergi mana? Awak tak sihat lagi…” Chaesoo yang baru saja habis bual dalam telefon ternampak Junhee berjalan keluar. Namun soalan dibiar berterbangan. Junhee menggelengkan kepalanya yang masih pusing dan berjalan keluar. Eh Eh si rambut rumpai laut ni. Blah cemtu je.

Lebih kurang macam ni la rambut rumpai laut tu.

-

“Gyehyeon, awak balik dulu ye.” Chaesoo langsung keluar mengikut Junhee. Tak salah lagi, dia ni memang mamat yang dekat lorong malam tu. Patut tengok tadi sebelum ke sini, macam familiar.

“Cik ikut kenapa?” Bunyi kereta lalu lalang di jalan raya dan angin kuat pada senja itu menyebabkan soalan Junhee tak sampai ke Chaesoo. Lalu Junhee berhenti langkahnya dan pusing ke belakang.

Langkah Chaesoo turut terhenti emergency apabila Junhee memandang ke arahnya.

“Cik nak apa?”

“Saya nak make sure awak selamat sampai rumah.”

“Cik, ni bukan darjah lima nak kena pimpin balik rumah. Okay je ni haa. Tak nampak ke?” Ujar Junhee lalu dia pusing semula dan sambung jalan di kaki lima. “Suka hati saya la.” Jawab Chaesoo taknak kalah dengan balasan Junhee.

Beberapa langkah ke depan, Junhee terperasan sesuatu. Aduh tu geng si botak tadi. Asal dia ada dekat… la patut la. Aku ambil jalan dekat area bar rupanya. Eyy ni semua minah ni punya pasal.

“By the way, saya macam pernah nampak awak sebelum… EHHm!”

“Shhh... cik diam sekejap boleh. Ni antara hidup dan mati.” Junhee menarik Chaesoo ke satu lorong.

“Dean, jom la kita pekena butter beer malam ni. Takpe, budak tu pun dah mati kena langgar. Duit pun dah dapat. Jom la apa lagi.” Fuhh sebaik dorang ingat aku dah mati.

Damn mesti dorang jumpa cek dalam bilik ayah. Mangkuk ayun betul. Junhee meninjau keluar kepalanya untuk awasi.

“Awak berhutang ke?” Chaesoo menepuk bahu Junhee di depannya.

“Eh cik, baik sikit cakap tu. Bukan sini yang berhutang, tapi ma… ish takde apa la. Buat apa nak cerita.” Junhee meraup muka dan rambutnya ke belakang.

“Dah la cik better pergi balik, bahaya kalau lama-lama dekat kawasan ni.”

“Rumah saya tak jauh pun dari sini.”

“Tak tanya pula.” Jawab Junhee selamba. Chaesoo langsung mengeluarkan sesuatu dari begnya. “Eh dah la pergi balik. By the way… t-thanks.” Tersentak Junhee apabila Chaesoo menepuk kuat dibahagian dada berdekatan bahunya sambil diselit sekeping kad.

“Saya balik dulu.” Junhee menyambut kad yang tertera card bisnes milik Chaesoo.

Ceh, dia ingat aku nak gi spa ke. Saat saat sengkek gini.  

-

“Baiklah. Kita akan launch kan produk ni bulan depan ye. Jadi untuk kali ni itu saje dari saya, kita sambung perkara lain pada perjumpaan seterusnya. Thank you.” Siyeon menamatkan talian meeting tersebut, langsung menutup lid laptopnya.

“Chaes? Chaesoo? Wui! Shin Chaesoo.” Siyeon mengintai ke tempat duduk Chaesoo disebalik penghadang.

"Eh Siyeon sorry… tak perasan.”

“Kau okay tak ni? Murung je tengok. Nak lunch tak?”

“Hm okay je cuma aku terfikir-fikir. Dia macam ada something stuck dalam kepala aku ni.”

"Apa dia? Muka mamat tu?”

“Eh macam mana kau tahu?” Chaesoo langsung memandang ke arah Siyeon.

“Come on, ni Siyeon la. Seorang wanita bekerjaya yang bercita-cita untuk jadi witch dan…”

“Siyeon please, stob it.”

“Kk beb, aku stop. So, macam mana muka dia yang kau fikirkan sangat tu.”

“Mana aku tahu nama facebook dia apa Siyeon. Ish aku pun tak pasti kenapa dengan aku ni.” Ke sebab aku ni dah dua kali terjumpa dengan orang yang aku tak kenal macam dia tu. Bisik hati Chaesoo.

“Kadang tu aku takut juga, asal la dia macam menghantui aku.” Sambung Chaesoo.

“Beb aku rasa, kau dah jatuh…” Siyeon juga menjadi mangsa ayat dipintas.

“Please Monica, stob it 2.0. Jangan merepek la.” Monica, nama pertama Siyeon kenalkan pada Chaesoo 5 tahun dulu di Sydney.

“Chaes, kau tak pernah tau macam ni, sejak kau jumpa mamat… jap apa nama mamat tu?” Begitu juga dengan Chaes, nama Chaesoo yang diguna pakai ketika belajar di sana.

“Nama? Nama dia pun aku tak tahu Siyeon.”

“Eh masa kau uruskan hospital hari tu?”

“Gyehyeon yang uruskan, aku tak perasan la pula nama dia sebab aku tak masuk area wad.”

“Okay then… kau tak tanya Gyehyeon?”

“Em biar je la. For what Monica and kalau kau nak tahu sebenarnya aku dah pernah terjumpa dia dah sebelum ni. Seingat aku dia yang tolong pulangkan barang tercicir time kes ragut tu.”

“WOW! Fuhh this is fate Chaes! Aku rasa sebab ni kot kau asyik terfikir pasal dia.”

Ish dah kenapa pula. Banyak lagi benda boleh terfikir tapi tah kenapa muka dia juga nak muncul.

Zitt. Zitt.. Chaesoo melihat nombor yang tertera di skrin.

“Haaa kumbang dah call, angkat la. Aku nak pergi kedai roti depan tu jap.” sempat lagi Siyeon membahan sebelum keluar membeli.

“Memandai je kau.” Chaesoo memandang ke arah nombor yang tidak dikenali sebelum mengangkat panggilan.

“… hello.”

-

“Sorry late, tadi ada urusan sikit.”

“Sabtu pun kerja ke?”

“Eh tak, dengan family.”

“Okay.”

“So kenapa ajak jumpa malam ni?”

“Saje, by the way nah.” Junhee menghulur satu beg kertas berserta isi.

“U-untuk apa ni? Tiba-tiba…”

“Kalau tak nak, kucing tepi jalan ni boleh je nak…”

"Okay! Okay. Ye saya ambil. Tapi untuk apa?” Beg kertas tadi bertukar tangan.

“Amal sedekah.” Main main la mamat ni.

“S-serious?” soal Chaesoo. It’s kinda sus tho.

“Eh takde la gurau je. Dah gi balik! Takyah nak sus sus la. Ambil je. Ikhlas nak belanja.” Junhee membetulkan jacketnya dan melangkah pergi.

“Eh jap!” Lahh dia ni. Chaesoo menahan lengan Junhee. Tak sampai 5 minit pun aku berdiri dekat sini, tadi punya la aku bersiap bukan main lama. Last-last…

“Cik bebel apa?” tanya Junhee. Junhee memandang ke arah Chaesoo pada masa yang sama dia memandang juga ke arah lengannya yang dipegang dari tadi.

“Em tak… teman saya makan. Boleh?”

“Ajak makan? Oh ingat ajak apa la tadi, muka tu tak payah kerut sangat.” Junhee menarik lengannya dari tangan Chaesoo dan menepuk perlahan dahi gadis didepan matanya itu. Wattaef mamat ni kang. Chaesoo, jantung ni kenapa laju sangat. Relax please.

“Hm saya nak tanya satu soalan boleh?”

“Silakan.”

“Nama aw…”

“Junhee. Park Junhee.” Soalan belum habis, jawapan menyusul dahulu.

“Oh… okay Junhee.” Keadaan diam seketika. Dan dan kedai makan tu pun tak ramai orang.

“Hm awak tinggal area mana eh?”

“Dia ni tadi kata satu soalan.” Junhee mengangkat kepala dan meman

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syaleese28
Thank you readers for enjoying with them! <3 <3 <3

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet