ONESHOT ONLY

POLAROID
Please Subscribe to read the full chapter

 

sambungan dari Description:

 

Semua itu hanyalah salah faham. Hyunjae sedar dia perlu memperjelaskan semuanya sekarang atau semuanya musnah. Dia menghampiri Juyeon, lalu dia memegang lengan Juyeon.

 

"Juy, saya boleh jelaskan. Ini bukan macam yang awak fikirkan. Please, dengar penjelasan saya dulu." Hyunjae merayu dengan berlinangan air mata. Dia begitu takut Juyeon akan meninggalkannya, dan dia tak sanggup hidup tanpa Juyeon kerana dia amat menyayangi suaminya itu. "Juy..." bibir Hyunjae bergetar.

 

"Sudah!" Juyeon menepis kasar tangan Hyunjae sehingga Hyunjae hampir sahaja terjatuh disebabkan itu. "Aku taknak dengar apa-apa dah dari kau! Bukti dah ada depan mata, so tak guna kau jelaskan."

 

Hati Hyunjae begitu sakit. Orang yang dicintai tidak percaya kepadanya lagi. Apalagi yang boleh dibuat? Hanya satu.

 

"Baiklah, kalau awak dah tak percayakan saya lagi...untuk apa kita bersama lagi?" Hyunjae beredar ke bilik perkongsian mereka untuk mengemas pakaiannya.

 

Beberapa minit kemudian, Hyunjae melangkah keluar daripada bilik dengan bagasinya. Dia melihat Juyeon yang masih berdiri di ruang tamu, tempat mereka bergaduh tadi. Hatinya semakin terluka melihat si suami tidak menghiraukannya langsung. Seolah-olah Juyeon memang menunggu untuk dia pergi. Air matanya dikesat kasar, seiring hatinya yang terluka.

 

"Juy..." Hyunjae menahan sebak, kerana dia perlu menjelaskan juga salah faham itu sebelum dia pergi, walaupun dia tahu Juyeon tidak mahu mendengarnya. Dia perlahan menghampiri Juyeon yang berdiri membelakanginya. "Juy...cinta saya hanya untuk awak, dan saya takkan pernah curangi awak. Gambar tu..."

 

Belum sempat Hyunjae menghabiskan ayatnya, telefon bimbitnya berdering dengan nama Younghoon tertera di skrin. Juyeon yang curi-curi tengok skrin phone Hyunjae, semakin yakin bahawa Hyunjae mencuranginya dan gambar-gambar polaroid itu adalah benar. Juyeon tersenyum sinis. Ternyata, Hyunjae membohonginya.

 

"Jawab la telefon tu. Buah hati awak, kan? Nanti terasa plak dia." Juyeon menyindir.

 

Hyunjae mengetap bibir menahan geram. Kesabarannya semakin tercabar. Panggilan daripada kawan baiknya itu ditolak kerana dia ada hal yang lebih penting yang perlu diselesaikan.

 

"Ikut awak la, Juy. Penjelasan saya, awak taknak dengar. Teruskan la dengan syak wasangka awak tu. Yang penting, saya tau diri saya macam mana." tegas Hyunjae. Air mata yang mengalir, dikesat buat kesekian kalinya.

 

"Syak? Bukti dah ada. Saya nak syak apa lagi? Awak..." Juyeon hampir sahaja meninggikan suara, namun dikawalnya kerana dia juga masih mencintai pasangannya itu walaupun dikhianati sebegitu. Dan kemarahannya hampir memuncak apabila Hyunjae masih lagi cuba berdalih.

 

"Saya dengan Younghoon hanya kawan baik. Kami memang ada berjumpa. Dan dalam gambar tu, kami..."

 

"Sudah! Cukup! Saya taknak dengar apa-apa lagi daripada awak. Awak dah mengaku yang awak memang jumpa dia, so takda apa yang perlu dijelaskan lagi. Semua dah jelas." tegas Juyeon.

 

"Ya, kami memang berjumpa, tapi kebetulan, Juy. Bukan dirancang. Dan apa yang awak tengok dalam gambar tu sebenarnya..."

 

"Saya kata CUKUP!" Juyeon menengking, mengejutkan Hyunjae.

 

Selama perkahwinan mereka, Juyeon tidak pernah langsung meninggikan suara, inikan pula menengkingnya seperti itu. Hyunjae betul-betul terasa. Dia merasakan orang di hadapannya itu bukanlah Juyeon yang dia kenal. Dia perlahan mengundur. Hatinya semakin sebak.

 

Loceng rumah mereka dibunyikan dari luar. Juyeon membuka pintu itu dan tersenyum melihat orang yang datang itu. Hyunjae hanya memandang dari jauh.

 

"Maya!" Juyeon memeluk orang yang dipanggil 'Maya' itu. "Awak macam tau-tau jer saya tengah fikirkan awak. Mari la masuk."

 

Maya yang masih terkejut dengan kemesraan Juyeon yang tiba-tiba itu, mula memahami situasi itu apabila dia melihat Hyunjae berdiri tidak jauh dari mereka, dengan bagasi di sebelahnya. 

 

'Akhirnya...nampaknya plan aku untuk pisahkan diorang dah berjaya. Sekarang Juyeon akan jadi milik aku buat selamanya.' Maya tersenyum sinis sebelum dia mencium pipi Juyeon untuk membuat Hyunjae cemburu. Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam rumah itu, menghampiri Hyunjae bersama Juyeon.

 

"Eh, awak nak ke mana dengan bagasi ni?" Maya berpura-pura tidak faham akan situasi itu.

 

"Dia nak balik kampung. Rindu family kat kampung katanya. Sebab tu la saya gembira awak kat sini. Boleh awak temankan saya bila dia takda." Juyeon memaut pinggang Maya supaya rapat ke sisinya.

 

Hyunjae begitu terluka melihat situasi di hadapannya itu. Namun, dia merasakan bahawa Juyeon sengaja buat begitu untuk membalas kecemburuan yang dirasai kerana setahunya, Juyeon tidak akan mesra seperti itu dengan orang lain selain dirinya sahaja. Tangannya digenggam erat, bibirnya diketap kuat kerana menahan sakit yang teramat sangat. Air matanya mengalir tanpa henti.

 

Sebenarnya, Juyeon juga sakit hati melihat pasangannya seperti itu, tapi dia perlu buat sesuatu juga agar Hyunjae merasai apa yang dia rasa.

 

"Sampai hati awak, Juy..." ucap Hyunjae, penuh sebak.

 

'Kejam sangat ke aku buat dia macam ni? Tapi dengan cara ni saja dia akan faham apa yang aku rasa. Tapi, aku tak boleh tengok dia menangis macam ni. Aish...' fikir Juyeon yang mulai rasa bersalah melihat kesayangannya seperti itu.

 

"Nampaknya, awak dah tak perlukan saya. So, untuk apa saya di sini lagi, kan?" Hyunjae berpaling ke arah muka pintu rumah.

 

Tapi sebelum dia melangkah keluar dari situ, dia sempat meletakkan sekeping sampul berwarna perang di atas meja berdekatan. "Sampul ni, saya nak bagi kat awak tadi, sebelum semua ni jadi. Dan saya tak sangka, saya akan bagi dalam keadaan seperti ni."

 

"Sampul apa?" soal Juyeon, namun Hyunjae tidak menjawab.

 

Hyunjae hanya tersenyum pahit, sebelum dia mula melangkah keluar daripada rumah itu dengan hati yang terluka dan hatinya semakin hancur kerana Juyeon tidak menghalangnya.

 

'Nampaknya, ini la pengakhiran kita.' getus hati Hyunjae.

 

Dia berjalan menuju ke perhentian bas yang tidak j

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Funny95
#1
Chapter 1: wow bbngric la.. saya baru dalam deobi so tak berapa tau shipper mereka. tpi sejak tgk kat TT tntang bbangric saya suka...
dan utk cerita nie..kenapa begitu mudh jae memaafkan juy? kalo saya la..mungkin sukar utk memaafkan..apa2 best citer nie..
mpreggoland
#2
Chapter 1: wow tak sangka BbangRic, tapi ok la hehe
mudahnya Jae maafkan Juy..patutnya majuk lama sikit, padan muka Juy hahaha
btw, love this story ^^