Marry You

Please Subscribe to read further chapters

Description

MARRY YOU : CINTA + MELODRAMA + FANFICTION

Menyimpan perasaan suka dan cinta terhadap seseorang telah menyebabkan nasib seorang gadis bernama Imna Safira seringkali ditimpa malang. Bermula dengan tiga kali pertemuan sahaja, perasaan kecewa mula meresap ke seluruh jiwa dan raga. Dia langsung tidak tahu tentang lelaki yang sering dipuja telah pun menjadi tunangan orang.

"Kau dah gila ke apa? Sejak bila aku jadi tunang kau, ha? Kau lupa ingatan ke tunang kau ada dekat rumah dan tunang kau tu Aisha Hana! Bukan Aku!" - Imna Safira.

"Cuba kau dengar dulu apa aku nak cakap. Aku cuma nak selamatkan kau dari orang yang kau tak kenal siapa. Salah ke?" - Khairul Adam.

"Selamatkan aku untuk apa? Sedangkan perbuatan kau tadi tu tak menandakan yang kau nak selamatkan aku. Tapi kau nak pijak maruah aku!" - Imna Safira.

Dari sebuah perasaan suka telah bertukar menjadi benci. Imna sanggup melakukan bermacam cara untuk melupakan Khairul Adam, tetapi lelaki itu sentiasa ada di mana-mana saja dia berada seolah-olah mahu menjadi pengawal peribadinya. Sehinggakan ketika dia bergelut untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan sepupu sendiri, Adam tetap ada untuk memberi bantuan sehingga mereka terpaksa dikahwinkan atas dasar untuk menyelamatkan maruah keluarga.

Walaupun begitu Adam tetap bersetuju untuk mengahwini dia dalam keadaan status diri masih lagi sebagai tunang kepada Aisha Hana. Bagaimana mereka mahu hadapi cabaran hidup berumah tangga dengan tenang jika Adam masih terikat dengan tunangnya?

Mampukah Imna mencari kebahagiaan dalam perkahwinan dia bersama Adam?Adakah Imna akan bertahan dalam hubungan yang dibina atau pun menarik diri meninggalkan cinta yang tulus buat suaminya?

Foreword

WATAK-WATAK

.

.

.

 

Imna Safira Binti Arman Sufi

.

.

.

 

Khairul Adam Bin Abdullah

.

.

.

 

Aisha Hana Binti Rashid

.

.

.

 

Jung Wooyoung

.

.

.

 

Jung Wookyung

.

.

.

 

Jeon Jungkook

.

.

.

 

Aira Hani Binti Rashid

.

.

.

 


Author Note : Hai, Assalamualaikum semua sahabat dan rakan-rakan pembaca semua. Saya kembali dengan membawa sebuah karya fan-fiction ala-ala Novel Melayu. Harapnya, ada yang sudi support saya di sini memandangkan saya cuba nak aktif semula menulis di sini. Sekarang saya masih aktif juga menulis, tetapi lebih kepada nak menyiapkan manuskrip-manuskrip novel yang hendak diterbitkan. Insya-Allah kalau tak ada apa-apa halangan, anda semua akan dapat lihat novel-novel saya di pasaran online shopee dan laman website rasmi penerbitan swaterbit yang diusahakan saya sendiri. Apa-apa pun terima kasih semua yang masih setia di sini. Oh ya, selain di sini saya juga aktif di wattpad yakni @iamlucyanaf username saya di sana dan juga Goodnovel. 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet