MY | 1

Marry You
Please Subscribe to read the full chapter

SUASANA dini di pagi hari tidak menganggu Puan Isma Sofia memeriksa bagasi pakaian serta barangan di dalam beg tangan. Jam tepat menunjukkan pukul 6:30 pagi dan dia sudah bersiap sedia untuk berangkat keluar dari rumah. Tetapi ada sesuatu yang menghalang dirinya daripada terus bergerak meninggalkan ruang dalaman rumah itu. Pandangan menoleh ke arah sebuah pintu bilik yang masih tertutup rapat, perlahan-lahan dia menghampiri pintu tersebut.

“Imna! Kenapa lambat sangat nak bangun ni? Mama dah kata kan semalam jangan tidur lambat. Esok nak bangun susah.” Laungan Puan Isma di hadapan pintu bilik anak gadisnya yang bernama Imna Safira tiada sahutan. Dia mula melekapkan telinga ke daun pintu sambil tangan mengetuk-getuk daun itu menantikan jawapan. Namun sudah beberapa minit berlalu tetap juga sama.

“Terlepas pesawat nanti. Imna! Ya Tuhan, budak ini.” Puan Isma mula mahu membuka bebelan sehingga bernanah telinga. Baju blouse di bahagian tangan turut ditarik sehingga ke lengan. Bersiap sedia untuk menghamburkan bebelan sehingga boleh menyebabkan telinga anaknya bernanah sakit.

“Mama kira sampai tiga! Kamu tak bangun juga mama tinggal kamu! Biar kamu tinggal sorang,” ugut Puan Isma. Sudah berbuih mulutnya memberi amaran kepada anak gadis seorang itu. Namun satu pun tak diambil endah. Sakit kepala dia dibuatnya!

“Imna Safira!”

“Ya....” Baru terdengar suara gadis itu menyahut sambil pintu bilik di kuak seluas alam dari dalam.

“Kenapa lambat sangat nak buka pintu? Mama dah cakap kan jangan tidur lambat?” Terus peluru berpandu daripada Puan Isma menjengah halwa telinga. Sakit! Tetapi, Imna hanya menayang muka toya.

“Imna dah bangunlah ma. Sakit perut, duduk dalam toilet. Itu sebab Imna lambat buka pintu.”

“Kamu makan apa semalam sampai sakit-sakit perut ni? Jangan nak buat hal Imna, mama nak kejar masa ni. Kalau kita terlepas flight. Kamu ganti balik duit mama beli tiket baru.”

Imna masih menayang muka toya, dia tahu ibunya itu perangai bagaimana. Lebih suka membebel sambil kerja tetap bergerak. Sambil berjalan pun mulutnya boleh membebel sampai ke hujung dunia, inikan pula kalau berdiri statik tanpa buat apa-apa. Bahkan, sikap ibunya sangat bertegas dalam urusan menepati masa. Kalau lambat seminit, terus ditinggal tanpa rasa bersalah. Apabila merungut mulalah ayat bebelan menjengah halwa telinga.

Beg baju ditarik keluar dari bilik, malas hendak mendengar bebelan Puan Isma atau lebih tepat sudah lali dengan omelan wanita 40-an yang berkerjaya sepenuh masa itu.

“Dahlah ma, tadi mama juga yang cakap nanti terlepas flight.” Jelas kelihatan Imna bersikap acuh tidak acuh dengan bebelan ibunya. Bertambah jelingan Puan Isma selepas dengar jawapan anak tunggalnya itu.

“Bawa beg mama tu keluar sekali. Mama nak kunci pintu,” arah Puan Isma sebelum dia bergerak ke tepi pintu untuk mengapai mangga berserta anak kunci. Rumah teres satu tingkat yang menjadi kediaman mereka di Malaysia ini akan ditinggalkan agak lama, jadi sebelum keluar dia perlu cek banyak perkara dan pastikan tiada apa-apa yang tertinggal termasuklah kepala gas serta barangan elektrik di bahagian dapur.

Imna hanya menurut sambil melepaskan keluhan berat sebelum menarik beg pakaian mereka keluar dari rumah dan mendekati sebuah teksi yang sudah pun menunggu mereka sejak tadi.

 

 

 

MEREKA tiba di lapangan terbang tepat jam 8:00 pagi dan terus bergegas masuk ke laluan menuju ke pintu gerbang untuk menaiki pesawat. Sejak dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang Imna hanya mendiamkan diri. Dia tidak suka dengan perkara yang sedang dia hadapi ketika ini. Tiada angin dan tiada ribut tiba-tiba saja ibunya dikhabarkan dapat berkhidmat semula di Korea Selatan sebaik saja dia berjaya menamatkan pembelajaran STPM di sebuah sekolah menengah swasta.

Mujur saja dia sudah menamatkan pengajian. Tidak perlu dia mengisi borang untuk perpindahan tempat belajar pula. Dia baru juga selesai menjawab peperiksaan akhir bagi tahun terakhir belajar di sekolah menengah tersebut. Hanya perlu tunggu masa untuk mendapatkan keputusan dan melangkah masuk ke alam universiti pula.

“Kenapa diam aje?” tanya Puan Isma selepas pulang dari tandas dalam pesawat.

Imna yang duduk di tepi tingkap pesawat hanya memandang ibunya sekilas sebelum beralih pandang ke luar tingkap sambil memeluk tubuh. Bibirnya perlahan-lahan berubah muncung sedepa.

“Marahkan mama ke sebab mama bagi tahu last mi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet