Permintaan gadis itu???

Detik-detik Perjalanan Yang Tidak Ku Duga

 

Irene melirik sekali lagi ke arah lelaki di sebelahnya. Dan jadi semakin lega apabila melihat lelaki itu masih begitu fokus dengan urusannya. Lalu dengan gerakan sangat berhati-hati untuk tidak menarik perhatian, Irene menjulurkan tangannya dengan pantas dia mengambil kertas itu. Dia masih belum memahami apa sebenarnya yang telah berlaku di antara gadis dan lelaki itu? Namun sikap gadis itu dan gerak-gerinya yang bagai penuh rahsia menimbulkan perasaan tegang di hati Irene. Irene menyembunyikan tangannya di balik bukunya. Setelah melirik sekali lagi ke arah lelaki di depannya dia menguraikan lipatan kertas itu dan mulai membacanya.

 

 

"Mahukah kamu menolong saya? Saya dalam bahaya. Kalau mahu, anggukan kepala dan tunggu saya dekat toilet. Tapi hati-hati dengan lelaki di sebelah saya. Begitu juga dengan lelaki yang duduk di sebelah kamu."

 

 

Dug! Jantung Irene bagai berhenti berdetak beberapa saat. Irene mendengus keras. Tubuhnya tegak kaku di bangku. Cuma matanya sahaja yang berputar cepat memandang ketiga orang yang duduk di sekitarnya dengan perasaan yang bercampur aduk- cemas, gelisah dan juga penasaran.

 

 

Sejenak itu juga muncul keraguan di hatinya tak percaya pada apa yang telah ditulis oleh gadis itu. Tapi sikap gadis itu dan ketakutannya jelas terpancar di wajah dan matanya menghapus keraguan Irene. Dia yakin, sangat yakin bahawa gadis itu benar-benar dalam bahaya. Tapi bahaya seperti apa? Dan - kenapa gadis itu meminta pertolongan darinya? Dan pertolongan yang bagaimana? Perlukah dia menolongnya? Dan...

 

 

Irene menundukkan kepalanya berpura-pura membaca lalu berusaha menenangkan perasaannya dengan menarik nafas dalam-dalam dan cuba memikirkan apa yang harus dilakukan. Seluruh kegembiraannya dalam perjalanan ini sudah lenyap. Ketenangannya betul-betul terganggu. Irene kembali mengangkat pandangannya menatap wajah gadis itu. Pada saat yang sama, gadis itu juga menoleh dan menatapnya dengan pandangan memohon simpati. Sekali lagi Irene berasa nafasnya tersekat dan dia terus berpaling ke luar jendela. Ada berasa bersalah di hatinya apabila melihat wajah gadis itu yang kelihatan begitu sedih dan sayu. Dari pandangan itu dia dapat merasakan betapa gadis itu memerlukan pertolongan darinya. Tapi apa yang harus dilakukannya? Dan jika benar gadis itu berada dalam bahaya, tidakkah ia akan membuatkan dirinya juga terbabit dalam situasi keadaan bahaya?

 

 

Kini kegelisahan itu benar-benar telah merasuk hatinya nyaris membuatkannya tidak tahan untuk berdiam lebih lama lagi di tempatnya. Memang perasaan ingin menolong itu terbit di hatinya namun rasa risau akan keselamatannya lebih kuat mempengaruhi dirinya. Tiba-tiba sahaja Irene jadi menyesal kerana pergi sendirian. Menyesal tidak menuruti kata Omma agar menunda perjalanannya ke hari Sabtu agar Omma dapat menemaninya.

 

 

 

Tiba-tiba Irene terasa dia begitu memerlukan kehadiran Omma di sisinya pada saat ini... Irene terus memandang ke luar meskipun perhatiannya sama sekali tidak pada apa yang sedang dilihatnya. Setengah mati Irene berusaha menguasai perasaannya berusaha untuk bersikap tenang dan berfikir positif mengambil keputusan yang cepat untuk mengatasi masalah itu. Dia mahu lebih gembira dan seronok melewati musim percutian ini. Dan kerana itulah dia sengaja memilih bercuti ke rumah Auntie Moon Hera di sebuah kota kecil yang jauh di kaki gunung yang damai dan sejuk agar dia dapat berehat dengan tenang dan selesa. Tapi entah setan mana yang telah menjerumuskannya ke dalam keadaan yang kacau bilau seperti ini fikirnya penuh sesal.

 

 

 

 

Tapi apakah dia akan terus membiarkan detik-detik perjalanan ini  berlalu dalam keadaan seperti ini? Persoalannya sangat jelas patutkah dia menolong atau tidak. Cuma itu sahaja. Yang jelas ianya tidak akan selesai dengan hanya rasa kesal dan gelisah sepanjang waktu. Aku harus menghindari dahulu dari tempat ini agar dapat memikirkan keputusan yang harus aku buat dengan tenang. Irene masih berasa ragu-ragu setelah memutuskan untuk tidak mempedulikan gadis itu.

 

 

 

 

Pandangannya beradu lagi dengan tatapan penuh simpati dari gadis itu namun Irene menahan hatinya dan terus melangkah pergi. Dapat dirasakan suaranya sedikit gementar ketika dia meminta untuk berundur dari lelaki tua darinya yang berada di sebelahnya. Dia berasa lega seketika setelah melangkah  pergi dari situ. "Tapi, ke mana?", fikirnya sambil melangkah terus. Restoran! Ya... rasanya itulah tempat yang agak tersorok di tepi sudut. Irene memesan segelas kecil air Horlicks tarik dan dua ketul ayam goreng pedas ala korea serta mi cawan segera dan onigiri tuna mayonis sambil duduk rapat ke jendela. Perasaannya jauh lebih tenang kini memandang luas pepohon menghijau di kejauhan memberi ketenangan padanya.

 

 

 

 

Pelayan baru sahaja meletakkan pesanannya dan secara mengejut tiba-tiba sahaja gadis itu muncul dan duduk di depannya. "Kamu tak sudi nak menolong saya?" tanya gadis itu cepat dengan suara yang agak mendesah penuh permintaan dan juga rasa cemas. Irene terperanjat dengan mata yang terbeliak menghadapi kejutan yang tak diduga itu. Dia diam terpaku tidak mampu untuk menjawab. ​​​​​​"Saya betul-betul perlukan pertolongan. Mereka memaksa saya ikut. Mereka orang jahat. Saya takut! Mereka..." Suara gadis itu putus seketika. Matanya bulat menatap ke arah belakang Irene dan wajahnya kelihatan begitu pucat sekali. Tanpa disuruh Irene ikut menoleh ke belakang dan perasaan takut kembali lagi di saat  dia melihat lelaki yang tadinya duduk di sebelah gadis itu berdiri di pintu masuk restoran. Pandangan tajam lelaki itu menatap ke arahnya membuat darahnya seolah-olah berhenti mengalir.

 

 

Irene terpaku. Tidak tahu bagaimanakah  sikap yang harus dipamerkan. Irene pantas mengalihkan pandangannya ke luar jendela. Tidak lama selepas itu dia terdengar gadis itu bangun dari duduknya dan terus berlalu pergi. Di saat itu Irene masih lagi menarik nafasnya yang tersekat sehinggalah dia benar-benar yakin segalanya sudah pulih.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
skytempo97
Minta maaf andainya cerita saya kali ni kurang mantap/ x menarik mana....apepon semoga korang sihat-sihat belaka

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet