Satu.

JUST YOU?
Please Subscribe to read the full chapter
JUST YOU?

 

H

ari ini sudah genap sebulan aku bekerja di sebuah kafe dan dapat menikmati gaji pertamaku. Hari ini juga, aku harus berjumpa dengan Mino. Lelaki yang telah aku anggap sebagai sebahagian keluargaku - abang. Aku mahu membelanja lelaki itu dengan menggunakan wang gaji pertamaku bekerja sebagai seorang pelayan. Kerana lelaki itu juga, aku diterima kerja disini. Maklumlah, pemilik kafe ini adalah sahabat Mino nama dia Kim Jin Woo. Pemilik kafe itu seorang baik hati, tegas dan prihatin terhadap pekerja-pekerjanya. Single? No way! Lelaki itu sudah punyai tunangan. Nama tunangnya aku pun kurang pasti. Baru sebulan menyesuaikan diri disini, ini juga perkerjaan pertamaku selepas tamat belajar. Baik! Aku mahu ceritakan bagaimana cara aku berkerja di kafe ni. Dipersilakan masuk!

 

Ting~!

 

"Annyeonghaseyo~" Aku menunduk hormat apabila terserempak dengan pemilik kafe tersebut, Kim Jinwoo dengan satu senyuman yang sentiasa terukir di bibir. Memang kebiasaan lelaki itu berada di sini sebelum kafe ini dibuka.

 

"Hah! Hanri, boleh masuk bilik saya sekarang?" Aku memandang kearah pemilik suara itu yang juga pemilik kafe ini. Dia memanggil aku? Pasti ada hal penting ingin dibicarakan.

 

"Nae! Arasso!" Aku segera meletakkan beg sandangku ke dalam lokar pekerja.

 

Tidak jauh dari tempat lokar tu, kelihatan Lisa memandang tajam kearahku. Siapa Lisa? Manusia yang tidak menyenangi kehadiranku disini sejak hari pertama aku bekerja. Mengapa? Aku sendiri pun tak pasti. Aku membiarkan sahaja matanya yang dari tadi asyik menjeling kearah aku. Mungkin dia mempunyai masalah mata? Tanpa mempedulikan matanya itu, aku terus menuju ke bilik office pemilik kafe atau bos, Jinwoo. Aku mengetuk pintu untuk meminta izin masuk. Ada suara berkata 'masuk' lalu, aku masuk kamar itu.

 

"Hanri. Tahniah, ini adalah gaji pertama awak. Sejujurnya saya suka layanan awak kepada pelanggan, ramai pelanggan kita yang memuji sikap awak. Teruskan dengan sikap ini, saya sentiasa akan memerhatikan setiap tingkah laku para pekerja saya." Dia menyerahkan sampul putih berisi duit, aku tersenyum apabila Bos terus-menerus memuji sikap aku. Jika kita bersifat baik pasti akan disenangi ramai bukan? Itu adalah ungkapan yang seringkali akan aku terapkan didalam minda dan hati.

 

"Terima kasih, Bos~!" Gaji pertama. Pasti akan aku ingati sampai ke hari tua, walaupun pekerjaan ini mungkin sementara sebelum aku memulakan pekerjaan yang bersesuaian denganku. Ini hanya sebahagian daripada pengalaman hidup untuk aku.

 

"Ok! Kamu bolehlah teruskan kerja kamu. Good Job and Good Luck, Miss Hanri!" Aku menunduk hormat sebelum keluar dari bilik itu. Yes! Aku perlu simpan gaji ni elok-elok! Aku ternampak Miyeon yang sedang mengira duit di kaunter pembayaran. Siapa Miyeon? Dia sahabat dari awal aku berkhidmat di kafe ini. Dia seorang peramah, comel dan pandai tetapi suka memberikan kata-kata motivasi dengan ceramahnya!

 

"Hai! Miyeon-ah! Kau tengah buat apa tu hah?" Aku menegurnya dari belakang ketika dia ralit mengira di bahagian yang ditugaskan untuk dirinya iaitu di bahagian cashier.

 

"Kau ni, Hanri! Kalau satu hari kalau tak kasi aku sakit jantung tak boleh ke? Yelah, aku tengah kira bintang kat langit!" Miyeon berkerut menahan amarah kerana itu adalah rutin harian aku untuk menaikkan mood untuk pagi ini lalu, dia mengira kembali wang ditangannya untuk kesekian kalinya apabila aku telah menganggu kiraannya.

 

"Kau rasa kenapa Lisa suka jeling aku? Apa salah aku dekat dia ek? Kacau boyfriend dia pun tidak, ni pula hidup dia. Jauh sekali.” Aku menghela nafas sambil memerhatikan Miyeon meletakkan wang kembali kedalam laci berkunci.

 

“Hanri, kau sendiri kata kau tak suka nak pedulikan orang lainkan? Tak semua orang dapat puaskan hati mereka. Biarlah mereka nak bencikan kau ke sukakan kau ke, asalkan kau dapat cari rezeki di sini. Kita bukan nak kacau rezeki sesiapa pun, bos masih lagi beri gaji untuk kita dengan adil.” Aku sengih kambing apabila gadis itu telah memberi ceramah motivasi, salah sendiri yang mengeluh lebih-lebih namun, inilah sikap yang aku gemari dalam diri gadis disebelahnya. Aura positif!

 

“Baik, Cik Miyeon! Saya akan memotivasikan diri saya dengan kata-kata cik sebentar tadi! Terima kasih! Saya mahu undur diri sebelum cik berikan lebih lagi kata-kata motivasi nanti!” Miyeon hanya membeliakkan matanya selepas aku melangkah pergi ke arah ruang dapur namun, aku masih terdengar sungutan gadis itu. Aku tergelak kecil membayangkan reaksi yang tidak aku lihat.

 

“Hai dan selamat pagi! Chanyeol oppa, Kyungsoo oppa! Apa makanan special untuk hari ini?" Kini, aku menyibukkan diri di dapur. Ini juga termasuk dalam rutin harianku setiap pagi sebelum kafe dibuka, melihat keadaan dapur sebelum pelanggan berkerumum masuk sebelum mereka ke tempat kerja.

 

"Selamat pagi, Hanri! Hari ini, seperti biasa sahaja kami akan masak." Chanyeol yang menjawab. Kyungsoo hanya diam dan sibuk menyediakan bahan-bahan masakkan yang diperlukan untuk memasak. Chanyeol dikhaskan untuk bahagian manisan di kafe itu seperti pastri, kek dan pelbagai manisan. Itu juga salah satu tarikan untuk kafe ini dengan hasil tangan Chanyeol.

 

"Oh- Baik, Hanri tak nak ganggu para chef terhebat kita memasak! Fighting, our chef!" Aku beredar dari situ kerana tidak mahu menganggu mereka menyiapkan persiapan makanan. Aku mengambil tempat di satu meja yang berdekatan dengan kaunter pembayaran. Mudah untuk berborak dengan Miyeon sambil menunggu pelanggan datang. Tapi Miyeon ini masih mengira duit, takut berkurang. Aku mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarku lalu, mencari nama seseorang dan aku menghantar pesanan ringkas untuknya.

 

To : HugeBoy Mino oppa!

 

Mino oppa, mohae? [what are you doing?]

 

Sent!

 

Okay! Tiada tanda mesej akan masuk. Sebaiknya aku bersedia untuk bersiap menyambut pelanggan yang bakal melangkah ke kafe ini. Mino mungkin sibuk dengan kerjaya dan kerjanya. Biasalah Mino bekerja sebagai pembantu pengurus pemasaran di salah sebuah syarikat besar di bandar Seoul, Kim Corps. Nama pun sahaja syarikat ternama pasti akan kesibukkan dari pagi hingga tamat waktu kerja, malam.

 

"Woi! Makcik! Apa hal termenung? Berangan dah naik pelamin dengan cik abang kesayangan kau tu ke?" Miyeon entah dari mana tiba-tiba sahaja menyampuk, pasti sudah selesai mengira wang kesayangannya itu.

 

"Hish! Kau ni! Mana ada!" Aku segera menidakkan. Gila! Mana ada sampai naik pelamin! Belum sejauh itu aku memikirkannya, baru sahaja dapat gaji pertama. Masih panjang lagi perjalanan dia, inikan pula memikirkan soal masa hadapannya dengan orang lain.

 

"Tengok tu! Tersengih-sengih! Kerang busuk pun tak macam kau tau? Sudah! Pergi bersedia untuk menghadap pelanggan kau." Miyeon menolak aku ke tepi, menghalau aku dari zon cashier kesayangannya itu. Gayanya memberi arahan lagaknya seperti seorang komander perang.

 

"Yelah!" Aku melihat kejap telefon di dalam poket, menghiburkan diri sementara menunggu pelanggan tiba

 

"Hanri! Menu!" Miyeon memanggilku dan menjeling tajam, aku tersengih . Kantoi terleka dengan media sosial dan segala, jangan lalai! Fokus pada kerja kau seperti biasa!

 

"Encik ini menu."Aku menyerahkan menu kepada lelaki yang mungkin berumur lingkungan antara 25-30 tahun. Boleh tahan rupa parasnya, bergaya seperti orang yang mempunyai perniagaan sendiri.

 

"Waiter!" Dengan tegas lelaki sebentar tadi memanggil pelayan. Aku terus pergi ke arahnya dan bertanya lalu mencatat kemahuan pelanggannya itu.

 

"A cup of Latte and Eggs Benedict. That's all." Pintanya lalu, pelanggan tersebut menyerahkan balik menu itu. Aku mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi bahagian dapur.

 

"Eggs Benedict."Aku membunyikan loceng untuk mendapat perhatian dari pihak yang berada di bahagian dapur kafe itu.

 

"Ok!" Suara garau Chanyeol bergema di bahagian dapur tanda dia menerima pesanan yang diberikan itu.

 

"Latte!" Di bahagian barista, sunyi sepi. Aku mengintai sebelum menarik nafas lega selepas sesorang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet