Episode 01

Bukan Aku

 

Aku dan Min So Ah dah kawan lama dah sejak masing" baru je nak belajar meneran taik pun. Dari tadika sampailah ke sekolah menengah ni-kami always melekat bersama sehinggalah So Ah berjumpa dengan Wong Yu Khei ( Lucas ).

 

Tiket wayang itu diserah kembali oleh So Ah kepada Hye Bin. Ternganga member tuh bila kena reject . Bulan ni je dah berapa banyak kali plan dorang tak jadi . Ini pun sama jugak ke .

 

 " Sorry , aku lupa . Malam ni ,aku ngan Lucas ada date " beritahu So Ah sambil mencebik. 

 

Tiket itu diseluk terus ke kocek blazer si Hye Bin. 

 

 " Lah yeke . Kalau macam tu nak wat camner. Takpe , next time ada lagi " balas Hye Bin sambil senyum mengenyit. 

 

Dia tepuk -tepuk bahu si So ah dengan harapan si kawannya itu tak rasa bersalah. So Ah senyum besar , terus dia mengaut lengan Hyebin.

 

 " Jom ! Aku belanja kau susu strawberri ~~"

 

●●●

 

Esoknya, semuanya biasa sahaja . Sepatutnya biasalah.  Alien pun tak datang pun nak takhluk bumi.

 

Di tengah" Hye Bin menikmati masanya berbawang bersama para minah di tempatnya ; Lucas pula tengah menggelabah. Dia membuka tutup zip begnya dan menyelongkar sehabis baik . 

 

 " Yang kau dah kenapa ?. Macam hilang anak?" Si kawan prihatin , Hendery datang menanya. Dia sebenarnya nak ajak Lucas main kat padang. 

 

Lucas meraba -raba badan sendiri sebelum memandang cuak ke Hendery . " Ha ah , anak aku hilang..." . So ah yang perasan si kekasihnya macam beluncas kepanasan pun tanya khabar sekali.  Menghentikan perbualan rancak yang sedang berlangsung. 

 

Bila abang hensem dalam kesusahan , sebagai rakyat prihatin ; kita wajib bantu_So Ah , 2020.

 

 " Telefon saya hilang , So ah , tolong callkan " pinta Lucas. Soah laju keluarkan telefonnya dan terus menelefon. 

 

Sesaat dua detik..kiralah sendiri.

 

Ring ..ring ...ring. 

 

Masing -masing diam dan fokus. Telinga Hendery siap gerak -gerak macam musang.

 

.

 ..

.

 

Hye Bin macam robot menoleh ke belakangnya di mana begnya sedang sedap menyandar pada badan kerusi. Dia kemudian memandang So Ah yang mata terbeliak tengok dia.

 

Macam dilihat berpuluh cctv , Hye Bin mengambil begnya sebelum mula membuka zip . Zreettt... Tangannya menyeluk ke dalam dan mula meraba membabi buta sebelum mencapai sesuatu benda petak yang keras. Dibawanya keluar dan ianya merupakan sebuah telefon. 

 

 " Betullah , itu Lucas punya " Hendery berbunyi. Muka suspens habis . 

 

 " Kenapa kau ada telefon Lucas ?" Soal So Ah memandang terus ke Hye bin yang sendiri masih konfius. 

 

 " Aku pun tak tahu--"

 

 " Macam mana kau boleh tak tahu ? , dah terang-terang ianya dalam beg kau ! . Berzip lagi tu " Yeri berpeluk tubuh. Muka dah penuh dendam - tiber. 

 

Musuh abang hensem musuh ku jua _Yeri, 2020.

 

 " Betullah Yeri cakap . Menakjubkannya Hye Bin , kau dah pandai mencuri pula sekarang . Kenapa ? . Restoran ayah kau dah nak bankrup--" 

 

 " YAH ! " Hye bin bangun dari kerusinya dengan laju. Dia memandang mereka semua yang mula pandang dia macam dia ni penjenayah berbahaya sedangkan dia sendiri keliru dengan apa yang berlaku. 

 

Telefon Lucas diletak didepan So ah. " Aku pun tak tahu pun macam mana telefon dia boleh ada dalam beg aku .. Korang ingat aku ni teruk sangat ke?. Lucas pun kawan aku jugaklah !" Bentak Hye Bin. 

 

Tadi dia tak nak marah tapi bila dah Seulgi sentuh pasal ayahnya , mana dia tak emo. 

 

 " Entah -entah.." Hye Bin menoleh kearah Lucas yang hanya diam membisu . " --Kau yang tersalah letak henfon kau dalam beg aku . Tengoklah, beg kita sama designnya .."

 

 " Yah , Hye Bin!. Jangan nak salahkan Lucas pulak!" So ah laju bangkit dari kerusi. Dia yang diam dari tadi tak boleh nak terus diam bila Lucas dipersalahkan. 

 

So ah menarik nafas panjang sebelum dilepaskan dengan berat. Dia berpeluk tubuh memandang Hyebin yang masih merenung Lucas . 

 

 " Hye Bin, dahlah . Kitaorang tak akan bawa ke disiplin tapi sebelum tu, minta maaf pada Lucas dulu " Hyebin terus berpaling ke So Ah yang nak settlekan dengan mudah. 

 

Dahinya berkerut seribu. 

 

 " kenapa pulak ?. Aku tak salah apa-apa pun--" 

 

 " Hye Bin dah lah tu !.. Kau dah kantoi dah pun , kenapa nak berdrama lagi !" Yeri menyokong So ah. Dia pun tak nak besarkan keadaan memandangkan mereka berkawan. Tapi ini dah lebih. 

 

Hye bin memandang rakan -rakannya . Hatinya rasa terluka pulak sebab tak ada yang nak amik side dia.

 

 " ..aku tetap tak salah--" " apa yang tak salah ni?" Celah Jung Woo yang baru masuk kelas bersama JaeHyun dan Winwin .Dorang baru balik dari main kat padang. 

 

Jung woo sambil hisap popsiclenya berjalan kearah kekecohan yang berlaku. Matanya membundar besar. 

 

Semua terus diam. 

 

Kenalkan ini jungwoo , si anak ikan emas para cikgu. Bahaya kalau mamat uwu ni tahu ,nanti semua sampai ke telinga cikgu. 

 

 " Tak ada apa-apa pun Zeus~~.. So , tadi camne game ?, siapa menang ?" Hendery terus memusingkan semula jungwoo . Membawa si mamat bossy itu jauh.

 

Tak lama lepas tu , cikgu Suho masuk dengan penyembur febreeze sambil membebel bau peluh budak laki . 

 

Yeri dan Seulgi bangun dan berjalan ke tempat mereka . Sempat menjeling ke Hye Bin . So ah pula tak cakap apa -apa. Dia kembali duduk dan buat macam tak ada apa berlaku. Hye bin mengetap bibir. Dia duduk dengan rasa kekok. 

 

dia langsung tak rasa bersalah sebab dia memang tak bersalah pun.

 

____ 

 

Jung Woo menggoyang-goyangkan kakinya sambil memerhatikan para classmatesnya yang mula ambil tempat di dalam bilik seni itu. Senyumannya menyenget dan keningnya menjongket bila melihat Hye Bin dan So Ah yang saling berjauhan. 

 

Dengan laju , dia mencuri tempat di sebelah Hye Bin yang tak kosong itu . Meletakkan barang seninya ke lantai , dia melirik ke Hye bin yang tengah memandang kearah Soah.  

 

 " Pergi pasar nak beli ikan, ikan bau sangat hanyir , korang bergaduh ke ?" Jungwoo menyiku lengannya Hye Bin yang terus menjeling kearahnya. 

 

 " Boleh tak kau kacau manusia lain hari ini, aku tak ada mood " balas Hye bin dengan malas. Dia mula mengasah pensil lakarnya sebaik sahaja melihat guru seni mereka dah masuk. 

 

Jungwoo makin berminat. Senyumannya makin melebar. " Eeehhh..mesti ada sesuatu ni , kenapa ?. Ada apa -apa berlaku ke kat kelas tadi ?" Korek Jungwoo bersungguh. Matanya bersinar memandang Hyebin.

 

Hye Bin melirik sekilas kearah Soah sebelum memandang Jungwoo. 

 

 " Tiada apa " balasnya ringkas dan menjeling tajam. Jung woo mencebik. Baru je dia nak korek lagi , cikgu seni mereka , Cikgu Key dah menyampuk. 

 

 " Sudah" lah membawang holland semua , so harini..kita akan proceed dengan mangsa seterusnya .. " mata Cikgu Key mula beradar sebelum berhenti di Hyebin yang tengah menyorok. 

 

 " Hah , Cik kwon , nampak extra cantik harini..marilah kedepan jadi model " ajak Cikgu Key penuh bernada. Macam tengah menyanyi.

 

Tak nak kena kecam sebab menolak arahan si cikgu , Hye Bin bangun dan bergerak ke bangku disebelah cikgu Key . Dia duduk diatasnya dan cikgu key mula menerangkan kelas mereka hari ini. Untuk menumpu pada struktur wajah seseorang. 

 

Kelas dimulakan. Dan semua orang mula melukis. 

 

Setengah jam berlalu , Hendery mula bosan. Dia bosan dengan papan lukis depannya dengan sekali muka Hye bin yang asyik merenung ke Soah. Dua ekor ni gay betul. Dia pun nak jadi gay kejap bila dia melirik kearah Lucas. 

 

 " Woah.. Kau berbakat " 

 

Lucas menoleh kearah Hendery sebelum menarikan keningnya dengan bangga. 

 

 " Cantik kan ?" 

 

Hendery memandang wajah pada kertas lukis itu sebelum menoleh kearah Hyebin dan Soah bersilih ganti. Dia kemudian mengangguk. 

 

 " Cantik gila "

 


 

See You in the Next Episode 

 

Hendery

Jung Woo

Yeri

Seul Gi 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna