0 0 5

Alongside Hades | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

Areum menarik hujung baseball cap yang dipakai agar menutupi sebahagian wajahnya semasa mereka berjalan melintasi lautan manusia itu. 

 

 

 

Wajahnya diangkat memandang Baekhyun selepas merasai genggaman Baekhyun semakin erat seakan-akan dia sedang mengatakan tiada apa yang perlu dirisaukan kepada Areum. 

 

 

 

Date yang dimaksudkan oleh Baekhyun merangkumi menghabiskan masa mereka di arcade yang berdekatan dengan motel mereka. Baekhyun kelihatan teruja dengan tempat itu. Serupa seperti budak kecil yang mendapat mainan baru. 

 

 

 

Dan sejujurnya, perkara itu membuat Areum gembira. Dia gembira Baekhyun tidak lagi memikirkan tentang kejadian di rumah agam Jongin.

 

 

 

Kemudian, Baekhyun membawanya makan mee Udon yang dijual di warung kecil yang terdapat di tepi jalan raya yang sibuk. 

 

 

 

"Maaf," ucap Baekhyun semasa Areum sedang meniup-niup mee panas itu. 

 

 

 

Faham benar maksud kata-kata Baekhyun itu. Iyalah, selama bersama Jongin, Areum sering dihidangkan dengan makanan-makanan mewah. Bukan sahaja itu, kehidupannya cukup lengkap dan mewah sebagai isteri Kim Jongin.

 

 

 

Namun- sedikit pun Areum tidak merasai rasa bahagia apabila bersama Jongin. 

 

 

 

Perasaan yang sebaliknya sering menghinggap Areum apabila bersama Baekhyun. Tidak kiralah di mana sahaja Baekhyun membawa Areum, bahagia pasti mengikutnya.

 

 

 

Kebahagian, bagi Areum adalah di sisi Baekhyun. 

 

 

 

Areum menggeleng sambil tersenggih. "Areum tak kisah,"  jawabnya jujur. 

 

 

 

Baekhyun yang kelihatan sedih memaparkan senyuman kecil. Paha Areum yang berada di bawah meja diusap perlahan. 

 

 

 

Selepas makan, mereka berdua bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar kota itu sahaja. Areum juga tidak pasti jika mereka mempunyai duit yang cukup untuk tinggal lebih lama di motel itu.

 

 

 

Risau juga Areum. 

 

 

 

Lamunan Areum terhenti apabila dia merasakan tangannya ditarik akibat Baekhyun secara tiba-tiba memberhentikan langkahnya.

 

 

 

Baru Areum ingin bertanya kepada Baekhyun tetapi dia terhenti apabila dia melihat Baekhyun memandang ke arah aksesori wanita yang dijual itu dengan wajah terpesona. 

 

 

 

"Areum! Areum!" Panggil Baekhyun sambil menarik-narik tangannya. 

 

 

 

Areum yang ingin memarahi Baekhyun kerana berhenti secara mendadak, terus mati api amarahnya. Dia tergelak melihat kelakuan Baekhyun. Comel. 

 

 

 

"Kita mana boleh beli aksesori ni," ujar Areum tegas.

 

 

 

Baekhyun memuncungkan mulutnya yang kemerah-merahan itu. "Tapi Baekhyun nak belikan untuk Areum," jawab Baekhyun.

 

 

 

Areum ingin mengata sesuatu namun terhenti semasa Baekhyun membuka baseball cap yang dipakainya dan dipakaikan pula pin rambut yang dipilihnya. 

 

 

 

"Baekhyun!" Marah Areum. Dia berasa risau. Risau jika ada orang yang mengenali wajahnya. Iyalah, pasti gambarnya dipampang di kaca televisyen sebagai suspek utama pembunuhan Jongin. 

 

 

 

Baekhyun sekadar tersenyum gembira lalu ditarik kedua-dua lengan Areum agar badan mereka saling mendekati. Matanya tajam memerhatikan setiap inci wajah Areum. 

 

 

 

"You are so pretty, my pretty Areum."

 

 

 

Merona merah wajah Areum apabila mendengar bisikan suara Baekhyun itu. Dengan pantas dia menarik lengannya semula daripada pegangan Baekhyun. Pandangan mata Areum turut dilarikan kearah lain.

 

 

 

Setelah perasaan malunya mula reda, baru dia sedar penjual aksesori itu memandangnya dan Baekhyun silih berganti dengan pandangan pelik.

 

 

 

Barangkali pelik dengan perangai mereka yang tidak masuk dek akal ini- andai Areum. 

 

 

 

Baekhyun yang turut sedar akan hal itu dengan segera meletakkan wang di atas meja penjual aksesori itu sebelum berlalu pergi bersama Areum. 

 

 

 

Tangan Baekhyun mengenggam erat pergelanggan tangan Areum. Terlalu erat. 

 

 

 

"S-Sakit!" Decit Areum. 

 

 

 

Baekhyun yang seakan-akan baru tersedar apa yang dia telah lakukan, dengan pantas melepaskan pergelangan tangan Areum. "Areum. . sorry tadi Ba-"

 

 

 

Kata-kata Baekhyun terhenti apabila pandangan matanya bertemu dengan sepasang mata yang dari tadi memerhatikan mer

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
There will be an epilogue posted on Monday :)

Comments

You must be logged in to comment
sya_chocolate
#1
Chapter 7: Wuuu nice plot twist. I love it too when actually there is quite a hint about it like Baekhyun ability to see the dead. If only we can know more about Baekhyun like how do he live if he can't digest human food? Ok with blood but really if it is the case that mean Jongin was the one that providing blood to Baekhyun and god gosh we dont want to know how he able to provide Baekhyun's 'meals'.
There is so many things I want to know like how long Jongin had capture Baekhyun? Why did Jongin even keep Baekhyun? How did even Jongin know about Baekhyun's ability?
But then again... it is not that necessary to know as it didn't hinder much the plot from progressing, but still Im so curious hahah^^
Anyway! I like this short fic~
mizzfiona_ #2
Chapter 7: Plot twist dye mmg win laa.keep it up :)
Seasony
#3
Chapter 3: Banyak benda yang curious!! So jongin 'bela' baekhyun kat rumah tu ke sebelum ni? Ahhhh curiousss! Palli next chapter!!! >. < fighting author <3