0 0 1

Alongside Hades | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

Areum menghembuskan nafasnya dengan kasar sebelum menarik lagi nafasnya dalam-dalam. Dengan teragak-agak, dia cuba menggerakkan tubuhnya yang terasa sakit.

 

 

 

Lebih-lebih lagi di bahagian pingangnya.

 

 

 

 

Setelah beberapa cubaan, Areum akhirnya berjaya bangun daripada posisi baring di atas katil King Size Bed itu. Mulut munggil Areum berdecit apabila badannya terasa sakit. 

 

 

 

 

Jari-jari langsing milik Areum dilarikan ke permukaan mukanya yang mempunyai tanda-tanda biru. Lebam. . Areum berbisik sendiri. 

 

 

 

 

Kalaulah ini Areum yang dahulu, sudah lama air matanya akan menitik dan badannya akan rebah kerana kakinya yang terasa terlalu lemah dan tak mampu lagi menampung berat badannya itu. 

 

 

 

 

Namun, perkara ini, perasaan sedih ini, tanda-tanda lebam ini. . . sudah menjadi kebiasaan untuk Areum sejak dia dipasangkan dengan Kim Jongin. Anak kepada salah satu rakan niaga ayahnya. 

 

 

 

Arranged marriage. Itulah apa yang ayahnya arahnya lakukan demi membayar semula hutang-hutang ayah Areum apabila syarikat ayahnya itu lingkup. 

 

 

 

Kehidupan perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga ini tidaklah seindah yang Areum sangka. Dan lebih sedih lagi, lelaki yang kelihatan begitu penyayang dan baik di mata keluarganya melayan Areum bagaikan binatang!

 

 

 

 

Setiap malam. . . Areum menggenggam hujung robe satin yang dipakai dengan kuat. Muka Areum terasa hangat akibat amarah. Setiap malam- dia akan menggunakan badan Areum untuk melepaskan kemarahannya dan tempat melepaskan nafsunya.

 

 

 

 

Semua lamunan Areum terhenti disaat telinganya menangkap bunyi jeritan nyaring yang datang di tingkat bawah. Liurnya terasa kelat. 

 

 

 

 

"J-Jongin?" Panggil Areum takut-takut. 

 

 

 

 

Tiada yang menyahut. Areum mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik tidur itu- "Jongin!" Panggilnya dengan lebih kuat kali ini. 

 

 

 

 

"Tolong!" Jerit suara yang amat Areum kenali.

 

 

 

 

Cumanya kali ini, nada suara itu tidak sedikit pun kedengaran bongkak dan angkuh. "Jongin!" Dengan langkah yang pantas Areum menuruni tangga.

 

 

 

Kakinya masih terasa lemah dan lebam-lebam di badannya tidak membantu pergerakkan Areum. Terpaksa juga dia menampung badannya di permukaan dinding. 

 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
There will be an epilogue posted on Monday :)

Comments

You must be logged in to comment
sya_chocolate
#1
Chapter 7: Wuuu nice plot twist. I love it too when actually there is quite a hint about it like Baekhyun ability to see the dead. If only we can know more about Baekhyun like how do he live if he can't digest human food? Ok with blood but really if it is the case that mean Jongin was the one that providing blood to Baekhyun and god gosh we dont want to know how he able to provide Baekhyun's 'meals'.
There is so many things I want to know like how long Jongin had capture Baekhyun? Why did Jongin even keep Baekhyun? How did even Jongin know about Baekhyun's ability?
But then again... it is not that necessary to know as it didn't hinder much the plot from progressing, but still Im so curious hahah^^
Anyway! I like this short fic~
mizzfiona_ #2
Chapter 7: Plot twist dye mmg win laa.keep it up :)
Seasony
#3
Chapter 3: Banyak benda yang curious!! So jongin 'bela' baekhyun kat rumah tu ke sebelum ni? Ahhhh curiousss! Palli next chapter!!! >. < fighting author <3