One|
0101“Nari nak apa lagi? Joshua tu semua dia ada. Kerja, rumah, kereta. Muka dia pun boleh tahan.”
“Mama, jawapan Nari cliché je. Sebab Nari takde perasaan kat dia. Camne nak jadi isteri kalau Nari tak suka dia?”
“Habis tu? Kalau nak tunggu kamu tu ada perasaan sampai NU’EST disband pun kamu tak kahwin lagi.”
“Hish mama ni. Tetiba NU’EST. Ingat lawak ke.”
Nari mengeluh kecil. Pagi-pagi lagi mamanya dah bising pasal kahwin. Padahal dia baru 23 tahun. Kerja pun baru mula.
PIIIIIINNNNNNNN!
“OH SHIZ!” Sepantas kilat Nari menekan brek, sampai nak tercabut kaki. Tetapi bunyi dentuman kuat merisaukan Nari. Dia segera keluar dari kereta.
Seorang lelaki dah terduduk di atas jalan.
“C...cik tak apa-apa ke?” Tanya Nari walaupun jawapannya semestinya tak. Motosikal milik lelaki itu dah terbaring beberapa meter dari mereka. Nampak macam teruk juga keadaan motor itu.
“Awak ni... bawak kereta guna mata ke guna lutut?” Perlahan tetapi ‘deep’ sekali mukadimah lelaki tersebut. Nari tidak mempedulikan kata-kata lelaki tersebut, dia terus membantu lelaki itu. Beberapa kenderaan yang melintas sekadar melihat ke arah mereka.
“S...sorry cik sebab bawak kereta pakai lutut.” Selamba sahaja jawapan Nari.
“Letak tepi la sorry tu. Kalau saya mati siapa nak bertanggungjawab? Lutut awak?”
“Alaa cik ni kan saya dah kata sorry.” Tanpa mempedulikan Nari, lelaki itu memeriksa keadaan dirinya. Semua anggota
Comments