End

The Uncertain Future
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

“Encik Park, berat badan encik masih tidak mencapai berat badan yang sesuai untuk seseorang yang sedang hamil kembar di bulan ke 5. Saya khuatir nutrisi yang ada dalam badan encik tidak cukup untuk bayi” ujar Doktor Oh Luhan dengan lembut.

 

Baekhyun hanya menganggukkan kepalanya. Selera makannya sejak kebelakangan ini benar-benar merosot. Jangan ditanya kenapa kerana dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya kini. Sangkanya, dia akan seperti kebanyakan orang hamil lain yang sentiasa mahu mengisi perut namun, dirinya benar-benar jauh berbeza. Nafsu makannya seakan-akan mula hilang apabila dia sering muntah setelah memaksa tekaknya untuk menjamah sedikit makanan. Dia tahu dia harus mendapatkan nutrisi yang cukup demi anak-anaknya namun dia benar-benar sudah tidak larat untuk memuntahkan segala isi perut setelah makan.

 

“Encik Park ada apa-apa nak tanya ke?”

 

“Minggu lepas saya dapat rasa first kick dari baby tapi lepas tu jarang-jarang. Itu normal je kan, doktor?” soal Baekhyun.

 

Baru sahaja minggu lepas dia dapat merasakan pergerakan yang agak ketara oleh bayi-bayinya membuatkan dia amat teruja untuk memberitahu suaminya namun, setelah itu dia tidak dapat merasakannya lagi. Beberapa hari setelah itu barulah dia dapat merasakan sekali lagi tendangan daripada bayinya dan nasib menyebelahi Chanyeol ketika itu kerana suaminya turut dapat merasakan tendangan anak mereka dalam perutnya.

 

“Normal je. Encik Park jangan risau. Di awal 20 minggu, memang pergerakan bayi masih tidak terlalu aktif tapi selepas ini, hampir setiap hari dia akan menendang” jawab doktor muda itu.

 

Pulang sahaja daripada hospital, Baekhyun menerima panggilan daripada suaminya. Lelaki itu mengajaknya untuk berjumpa di sebuah restoran. Baekhyun agak pelik dengan suaminya yang tiba-tiba sahaja mengajaknya berjumpa padahal boleh sahaja mereka bertemu di rumah. Entah apalah yang terlalu penting untuk dibincangkan sehingga lelaki itu mahu bertemunya sekarang.

 

Sampai sahaja di restoran yang dikatakan suaminya, Baekhyun dengan pantas melangkah masuk sebelum matanya menangkap figura badan suaminya di suatu sudut. Dia menapak menuju ke arah suaminya sebelum melabuhkan punggung berhadapan dengan Chanyeol. Baekhyun mengerutkan dahinya setelah menyedari bahawa suaminya itu seperti tidak menyedari kehadirannya itu.

 

“Yeol” dengan lembut dia menepuk lengan suaminya untuk menyedarkan lelaki itu daripada lamunan panjangnya.

 

“Baek. Dah lama ke sampai?” soal Chanyeol agak terkejut sedangkan sudah beberapa saat dia di situ.

 

“Yeol, awak okey ke tak ni?” Baekhyun menyoal dengan nada khuatir jelas kedengaran. Keadaan suaminya ini benar-benar merisaukan dirinya.

 

“Kita order makan dulu, eh? Sayang mesti dah lapar kan?” ujar Chanyeol seraya membuka menu makanan namun dengan pantas Baekhyun menggeleng.

 

“Kenapa tak nak makan? Sayang dah makan eh?”

 

“Saya makan nanti jelah. Takut lepas makan sini nanti saya muntah. Nanti tak larat nak balik. Saya teman awak makan je” ujar Baekhyun.

 

“Betul tak nak makan? Janji dengan saya awak makan nanti”

 

Baekhyun hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

 

“Tadi macam mana appointment dengan doktor? Baby okay? By the way, I’m so sorry for breaking my promise again. Guess I should never make any promises again since I keep breaking them” ujar Chanyeol sambil tersenyum kelat jelas kesal dengan sikap dirinya. Dia benar-benar terasa bagaikan seorang ayah yang gagal kerana sudah beberapa kali dia terlepas untuk melihat perkembangan anaknya sendiri.

 

“It’s okay, sayang. Saya faham. Baby okey je” jawab Baekhyun.

 

“Bila kita boleh tahu gender baby?”

 

“Dah tahu but Yeol, saya nak jadikan surprise untuk awak” ucap Baekhyun sambil tersenyum nakal kepada suaminya.

 

“Alaaaa… mana adil macam tu. Saya nak tahu jugak”

 

“Itu hukuman untuk awak” balas Baekhyun dengan wajah yang sengaja kelihatan tegas sebelum akhirnya dia ketawa kecil melihat suaminya yang memuncungkan bibir tanda merajuk.

 

Perbualan mereka terganggu sebentar apabila seorang pelayan menghidang makanan yang dipesan Chanyeol. Setelah itu, Chanyeol memulakan santapannya. Hati Baekhyun semakin tidak sabar untuk mengetahui perkara apa yang mahu dibincangkan suaminya namun, dengan sabar dia menanti Chanyeol untuk menghabiskan makanannya.

 

“Tadi Junmyeon hyung datang jumpa saya” Chanyeol memulakan bicara setelah selesai menjamu selera.

 

Baekhyun yang mendengarnya agak terkejut akan perkara itu. Dia tidaklah begitu mengenali Kim Junmyeon secara dekat namun, pernah beberapa kali dia bertemu dengan lelaki itu sewaktu di awal perkahwinan mereka. Setahunya, Kim Junmyeon merupakan setiausaha kepada CEO Park merangkap orang yang paling dipercayai oleh keluarga suaminya. Chanyeol juga boleh dikatakan rapat dengan lelaki itu yang sudah hampir 10 tahun berkhidmat untuk SKY Empire.

 

“Dia datang buat apa? Cakap pasal appa?”

 

Chanyeol mengangguk perlahan sebelum menatap tepat matanya. Dapat dilihat dengan jelas olehnya dalam mata Chanyeol yang kini sedang sarat dengan perasaan.

 

“Dia ajak kita balik” balas Chanyeol namun cukup membuatkan Baekhyun terlopong.

 

“Kita?” Baekhyun menyoal untuk memastikan yang dia tidak salah dengar.

 

Chanyeol menganggukkan kepalanya sebelum melepaskan keluhan. Baekhyun tahu suaminya benar-benar dalam keadaan dilema. Dia mahu suaminya membaiki semula hubungan dengan bapanya yang semakin keruh itu. Dia tidak mahu anak-anaknya lahir dalam keadaan suaminya masih bermasam muka dengan lelaki tua itu. Tambahan pula, dia sedar bahawa hubungan anak beranak itu berantakan gara-gara dia jadi, Baekhyun benar-benar rasa bertanggungjawab untuk memulihkan semula keadaan. Jika bukan sekarang, bila lagi waktu yang sesuai.

 

“Yeol, awak tak rasa ke dah tiba masanya untuk awak lupakan apa yang dah berlaku? Dah hampir 2 tahun awak tak balik rumah. Saya yakin, Yeol. Appa sangat rindukan awak tapi dia macam awak jugak, ego. Dia dah jatuhkan ego dengan ajak awak balik jadi, sekarang awak jalankan pulak bahagian awak. Appa dah sebulan sakit” pujuk Baekhyun sambil memegang erat tangan suaminya cuba meyakinkan.

 

“Sayang yakin ke ni keputusan yang betul?”

 

Baekhyun tersenyum manis sebelum menganggukkan kepalanya. “Yeol, kita sendiri lepasni nak jadi parents. Apa perasaan awak kalau anak kita sendiri yang tak balik jenguk awak sakit?”

 

Kelihatan air muka Chanyeol berubah sedikit. Baekhyun benar-benar berharap kali ini hati suaminya akan lembut untuk memaafkan perbuatan bapa mertuanya itu. Dia yakin bahawa sewaktu bapa mertuanya mengusir Chanyeol daripada rumah, lelaki tua itu pasti merasa bersalah namun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Chanyeol pula setelah diusir keluar, tidak pernah sekalipun dia menjejakkan kaki kembali ke kediaman orang tuanya itu.

 

“Janji dengan saya, apa pun jadi awak akan tetap ada dengan saya”

 

“Saya janji”

 

 

 

***

 

 

 

Baekhyun hanya mengikuti langkah suaminya yang baru sahaja menjejakkan kaki memasuki banglo besar itu. Jujur, jantungnya berdetak sangat laju daripada biasa kerana dia benar-benar gementar untuk bertemu pemilik rumah ini. Kelihatan barisan pembantu rumah sedang tunduk hormat sebaik sahaja dia dan Chanyeol melangkah masuk ke dalam membuatkan Baekhyun agak terkejut kerana tidak pernah menerima layanan seperti itu. Dia benar-benar terasa kecil berada di samping suaminya. Terasa dirinya tidak layak untuk berdampingan dengan seorang yang bernama Park Chanyeol.

 

Ya, selama perkahwinan mereka, Baekhyun bagaikan terlupa siapa suaminya yang sebenar.

 

“Sayang, awak tunggu apa lagi tu? Jom naik atas” panggil suaminya membuatkan dia sedikit tersentak. Baekhyun hanya menyunggingkan senyuman malu dengan dirinya yang sempat lagi mengelamun.

 

Sebaik sahaja mereka menjejak masuk sebuah bilik yang Baekhyun dapat agak pasti milik suaminya, dengan pantas dia melabuhkan punggung di atas katil. Kelihatan Chanyeol meletakkan bagasi milik mereka berdua di suatu sudut. Tanpa menunggu lagi, dengan pantas Baekhyun mendapatkan bagasi tersebut untuk mengemas pakaian mereka ke dalam almari namun, belum sempat dia berbuat demikian, namanya diseru Chanyeol.

 

“Sayang, awak nak buat apa tu?”

 

“Kemas baju”

 

“No need, sayang. Awak rehat je. Nanti akan ada maid yang tolong. Meh sini duduk dengan saya” ujar Chanyeol seraya menepuk-nepuk tilam mengarahkannya untuk kembali duduk ke atas katil membuatkan Baekhyun hanya mampu menurut.

 

“Baek, betul ke apa yang saya buat ni?”

 

Baekhyun tersenyum kecil sambil mengusap lembut pipi suaminya. Tali leher yang dipakai lelaki itu dikemasnya. Suaminya itu kini lengkap berpakaian kemeje dan sut lagaknya seperti seorang CEO berjaya. Terkadang, Baekhyun lupa betapa segaknya suaminya yang satu ini. Terasa bangga kerana dalam banyak-banyak lelaki atau perempuan di luar sana, dia yang terpilih untuk mendampingi lelaki tinggi lampai ini. Dia, Byun Baekhyun yang tidak mempunyai apa-apa, malah tidak jelas asal-usul mampu memiliki satu-satunya pewaris SKY Empire. Kisahnya ini persis sekali dongeng sewaktu dia masih kecil.

 

“Park Chanyeol, you need to believe in yourself. Ini bukan kali pertama kali awak masuk office, kan? It might take some time for you to adapt since awak dah lama tak masuk kerja but believe me, you can do this. If you believe yourself enough and know what you want, you’re gonna make it happen” dengan lembut Baekhyun meyakinkan suaminya. Kedua-dua tangan Chanyeol digenggamnya erat cuba menyalurkan sedikit kekuatan buat suaminya.

 

“You know that I’ll be extra busy after this, kan? Saya akan balik lambat, saya mungkin akan terlepas appointment baby lagi, saya-“ belum sempat dia menghabiskan ayatnya, terasa basah sedikit bibirnya apabila Baekhun tiba-tiba sahaja menciumnya.

 

“You’re talking too much, sayang. Macamlah sebelum ni awak balik awal. Saya faham, Yeol. You’re doing this for us and for your dad. Awak kena buktikan pada appa yang awak boleh selamatkan syarikat dia. You have to make your dad proud of you”

 

Baekhyun faham bahawa tanggungjawab suaminya itu kini besar kerana masa depan syarikat berada di tangannya. Nasib pekerja dalam syarikatnya berada dalam genggamannya. Tugas yang disandang suaminya kini bukan mudah dan lelaki itu pasti memerlukan sokongan daripada ramai pihak. SKY Empire sedang menghadapi waktu-waktu sukar sejak pemimpin mereka jatuh sakit maka, kini sudah tiba masanya Chanyeol menunjukkan kebolehannya untuk memperbaiki keadaan.

 

“You never failed to comfort me, Park Baekhyun. What kind of power that you have, love? Guess I make the right decision by marrying you” kata-kata Chanyeol cukup romantis membuatkan Baekhyun tersipu malu dan sekali lagi, dia semakin mencintai lelaki itu. Hatinya benar-benar cair seperti di awal perkenalan mereka. Sebelum dia makin larut dalam melayan perasaan, cepat-cepat dia menyedarkan diri.

 

“Dah, jom breakfast. Nanti awak lambat pulak. Ni dahlah hari pertama awak masuk kerja”

 

Chanyeol hanya menganggukkan kepalanya sebelum mereka bergandingan berjalan menuju ke ruang makan. Sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung, Baekhyun dengan pantas melayan suaminya dengan menyapu jem pada roti yang teah dibakar pembantu rumah. Sarapan pagi mereka berlalu dengan lancar. Sudah lama mereka berdua tidak menikmati sarapan pagi bersama-sama memandangkan kebiasaannya Chanyeol sudah berangkat ke tempat kerja sebelum dia sempat bangkit daripada tidur.

 

“Take care, sayang. And you little one, stop giving hard times to mommy” Chanyeol menundukkan sedikit badannya untuk bercakap dengan anak mereka sebelum mengucup dahinya. Baekhyun menghantar suaminya keluar dari

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
femaleda
#1
Chapter 1: This is my first time reading malay fanfic? thank for writing this, author nim.
mpreggoland
#2
Chapter 3: Omg! Comeiinyer family diorang.. Huhu i like^^
BabyJongHyol
#3
Chapter 2: Wahhhhh I love how fluffy is it
mpreggoland
#4
Chapter 2: So perfect!!! Amazing story ever!
Feeling kot smpai tiak2 abis ni...huhu
*thumbs up*
FikakhanGD #5
Chapter 2: Comel sgt pls nak sequel mcmana atok park jumpa cucu dan kehidupan diorg dgn babies park pls omo omo
baekchan92
#6
Chapter 2: AWWWW BEEN SO LONG SINCE I READ A MALAY FIC AND THIS IS MPREG OMG! ITS SO BEAUTIFUL. I USUALLY CRINGE SO MUCH BUT THE MIX OF MALAY-ENGLISH IN HERE MAKE IT JUST RIGHT HEHEHEH EXCUSE MY CAPLOCKS BUT YOU DID A REALLY GOOD JOB!
SAYA SUKA SAYA SUKA HEHEHHE ❤️
mellow22haru
#7
Chapter 1: Wow.. a good story. And i hope everything gonna be okay. Well done authornim!!!