Part 1

The Uncertain Future
Please Subscribe to read the full chapter

Positif

 

Baekhyun menatap alat ujian kehamilan yang berada dalam tangannya beberapa kali untuk memastikan dia benar-benar tidak salah lihat. Debaran di dada terus terasa melihat hasil keputusan alat itu. Mindanya terus menerawang pada kejadian bulan lalu di mana suaminya, Chanyeol yang pulang dari tempat kerja dengan keadaan yang mabuk. Langsung tidak disangka, hanya kerana satu malam lelaki itu tidak memakai kondom mampu menanam benih dalam dirinya. Selama ini, mereka cukup berhati-hati dalam melakukan seks kerana mahu mengelakkan perkara ini terjadi. Baekhyun seperti mahu menghentakkan sahaja kepalanya pada dinding ketika ini.

 

Setelah agak lama berada di dalam bilik air mengenang nasib diri, Baekhyun akhirnya membuat keputusan untuk melangkah keluar menuju ke biliknya. Jam di dinding dikerlingnya seketika. Masih ada beberapa jam berbaki sebelum Chanyeol pulang dari tempa kerja. Malas mahu memikirkan mengenai kehamilannya, Baekhyun membuat keputusan untuk menunggu kepulangan suaminya dengan menonton televisyen. Drama yang sedang ditayangkan berjaya menarik minatnya membuatkan dia larut dalam perasaan menghayati penceritaan drama tersebut. Tidak lama matanya mampu fokus pada skrin televisyen sebelum akhirnya kantuk menguasai diri.

 

Tidak pelik jika sejak kebelakangan ini Baekhyun sering sahaja terasa cepat penat dan letih. Mudah sahaja dia melelapkan mata setelah kepala dilentokkan tidak kira pada bantal atau di sofa, seperti sekarang ini.

 

 

 

***

 

 

 

Chanyeol melangkahkan kaki memasuki rumahnya dengan badan yang lenguh akibat terlalu lama berdiri melayan pelanggan di restoran yang merupakan tempat dia mencari rezeki. Hanya bayangan katil dan makanan hasil air tangan isterinya berada di minda. Sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu, matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang lena diulit mimpi di atas sofa. Senyuman terus menghiasi wajahnya melihat Baekhyun yang kelihatan begitu comel di matanya sedang tertidur pulas sehingga kedengaran dengkuran halus. Chanyeol mengusap lembut wajah kecil lelaki itu. Kemudian, matanya mendarat pula pada bibir nipis milik Baekhyun yang sentiasa mampu menggodanya.

 

Tanpa menunggu lama lagi, bibir nipis itu terus menjadi sasarannya. Kucupan yang lembut dihadiahkan buat Baekhyun yang kelihatan menggerakkan sedikit kelopak matanya tanda dia berjaya menganggu lena lelaki itu.

 

“Yeol” panggil Baekhyun sebaik sahaja dia membuka matanya. Terpisat-pisat Baekhyun membuka matanya setelah menyedari Chanyeol sudah pun pulang ke rumah dan kini sedang duduk elok di atas lantai.

 

Baekhyun bangkit daripada pembaringannya memberi ruang pada Chanyeol untuk turut melabuhkan punggung bersebelahan dengannya di atas sofa. Tanpa memerlukan sebarang arahan, Chanyeol dengan pantas duduk di sisi suaminya sebelum mengucup ringan dahi Baekhyun. Sebelah tangannya didepakan untuk memeluk bahu Baekhyun agar lelaki itu duduk lebih rapat dengannya.

 

“I miss you, sayang” ucap Chanyeol romantis sehingga mampu membuatkan jantung Baekhyun berdetak dengan lebih laju daripada biasa.

 

“I miss you more” balas Baekhyun sambil melentokkan kepalanya pada bahu Chanyeol.

 

Baekhyun memejamkan matanya menikmati saat-saat manis begini kerana sudah lama mereka tidak bermanja-manja memandangkan Chanyeol sering pulang lewat malam ke rumah. Sebaik sahaja lelaki itu selesai makan malam, mereka akan terus tidur. Jujur, Baekhyun amat merindui suaminya. Masa yang mereka luangkan bersama menjadi terlalu singkat membuatkan Baekhyun benar-benar terasa kehilangan suaminya. Waktu hujung minggu juga kadangkala Chanyeol tidak lekat di rumah kerana tetap mahu keluar bagi mencari wang. Baekhyun tahu dan sedar bahawa suaminya itu sedang bekerja keras untuk membina kehidupan dengannya.

 

Dia benar-benar terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan Chanyeol sehingga mampu mewujudkan rasa bersalah dalam dirinya. Bukan dia tidak mahu membantu suaminya itu untuk mencari wang namun, Chanyeol tidak pernah mahu mengizinkannya untuk keluar bekerja. Sewaktu di awal perkahwinan mereka, Baekhyun pernah membuat keputusan untuk mendapatkan kerja separuh masa secara diam-diam di sebuah kedai buku namun, hal itu tidak lama mampu disorokkan daripada pengetahuan Chanyeol. Setelah suaminya mengetahui mengenai kerja sambilannya, lelaki itu benar-benar marah dan mereka bertengkar untuk beberapa ketika sebelum akhirnya Baekhyun mengalah. Itu merupakan kali pertama dan terakhir dia akan mengingkari arahan suaminya.

 

“Chanyeol, saya ada benda nak bagitau” ucap Baekhyun perlahan sambil menatap kedua-dua pasang mata suaminya. Kening suaminya kelihatan bertaut tertanya-tanya perkara apa yang bakal disampaikan Baekhyun.

 

Tanpa menunggu lama lagi, Baekhyun pantas bangkit menuju ke bilik tidur mereka sebelum keluar dengan mengenggam sesuatu. Chanyeol yang hanya menerima huluran Baekhyun terus terbeliak matanya melihat alat ujian kehamilan yang berada di tangannya. Chanyeol yang terlalu bahagia dengan khabar ini terus memeluk erat isterinya diiringi kucupan bertalu di sekitar wajah Baekhyun. Ucapan terima kasih juga tidak henti-henti keluar daripada mulut suaminya.

 

Baekhyun benar-benar tergamam terkejut dengan reaksi Chanyeol yang jauh berbeza dengan ekspetasinya. Dia langsung tidak menyangka Chanyeol akan menerima berita ini dengan begitu positif sekali membuatkan Baekhyun begitu terharu namun pada yang sama dia tetap khuatir akan kemungkinan yang bakal berlaku.

 

“Sayang, why you look so sad? Sayang tak bersedia lagi ke?” soal Chanyeol setelah menyedari wajah sugul isterinya itu. Tangannya memegang dagu Baekhyun agar lelaki itu menatap wajahnya.

 

Air mata kelihatan bergenang di tubir mata Baekhyun membuat Chanyeol terus dikuasai perasaan panik. Baekhyun memeluk erat suaminya dan membenamkan wajahnya di dada bidang Chanyeol. Esakan yang agak kuat daripada Baekhyun kedengaran memenuhi segenap ruang rumah mereka yang tidaklah terlalu besar. Rumah itu benar-benar hanya cukup untuk mereka berdua. Sebuah ruang tamu dan dapur yang kecil berserta sebuah bilik tidur dan bilik air. Baekhyun sedar bahawa keadaan rumah mereka ini bukanlah suasana yang sesuai untuk membesar dan menjaga seorang bayi.

 

Chanyeol mengusap lembut belakang badan Baekhyun dengan harapan dapat menghapus pergi segala perasaan negatif yang sedang merundung lelaki cantik itu.

 

“Sayang, tell me. Are you not ready yet for this?” soal Chanyeol setelah Baekhyun kelihatan lebih tenang berbanding tadi.

 

“Bukan. I’m more than happy to have a child with you. Tapi, bukan sekarang, Chanyeol. We barely can support ourselves and with baby on the way is not helping at all. Family is expensive, Yeol” perlahan sahaja suara Baekhyun menampar gegendang telinganya.

 

Sudah diagak pasti soal ini yang dirisaukan Baekhyun. Chanyeol meletakkan kedua-dua belah tangannya pada pipi Baekhyun sebelum menghadiahkan sebuah kucupan pada bibir nipis isterinya itu.

 

“Saya akan pastikan yang semuanya berjalan dengan lancar. You don’t have to worry. I will work harder for both of you”

 

“No, Chanyeol! Saya tak izinkan. You have worked so hard for the past few months, what do you mean by work harder? Saya tak mampu tengok awak hari-hari pulang lambat dengan muka penat. Saya tak sampai hati, Yeol. And you know what, I need you. I need my husband back. I feel like losing you since you’re barely home” adu Baekhyun dan sekali lagi air mata membasahi pipinya.

 

“Do.. do.. you want to get rid of our baby, don’t you?” soal Chanyeol dengan wajah yang serius.

 

Baekhyun terkedu dengan soalan yang meluntur keluar daripada mulut Chanyeol. Dengan pantas dia menundukkan pandangannya daripada terus menatap wajah kecewa suaminya. Jujur, langsung tidak sedikit pun meskipun sebesar zarah untuk hal itu terlintas dalam fikirannya. Menggugurkan bayinya itu sama sahaja seperti dia mahu membunuh hasil cinta antara dia dan Chanyeol. Walau bagaimana sekali pun, mempunyai seorang anak untuk menghiasi kehidupan mereka berdua sudah lama menjadi impian Baekhyun namun, terpaksa dia kuburkan buat sementara memandangkan keadaan hidup mereka benar-benar tidak sesuai untuk mereka membesarkan seorang bayi.

 

Baekhyun hanya menjatuhkan badannya ke atas sofa kembali. Tangannya mengelus lembut perutnya yang masih rata cuba merasai kehadiran sebuah nyawa baru di dalam badannya.

 

“Yeol, saya… saya takkan gugurkan kandungan ni sebab ini anak kita dan bukti cinta kita berdua. Tapi, dengan keadaan macam ni, mustahil sangat-sangat untuk kita ada anak. Kita dah bincangkan sebelum ni?” soal Baekhyun dengan suara yang perlahan. Terlalu banyak yang menganggu fikirannya tika ini.

 

Chanyeol sekali lagi membawa lelaki cantik itu ke dalam dakapannya. Dengan erat dia memeluk Baekhyun untuk menyalurkan sedikit keyakinan pada isterinya itu. “Baek, we’re gonna get through this together. It’s gonna be alright. We’re gonna be okay as long as we’re together” perlahan sahaja ayat itu dibisikkan Chanyeol.

 

Ya, mereka tidak punyai sesiapa lagi melainkan sesama sendiri. Dia seharusnya meletakkan kepercayaan dan kebergantungannya kepada Chanyeol sepenuhnya dan sentiasa berada di belakang lelaki itu untuk memberi kekuatan demi keluarga kecil mereka. Baekhyun harus yakin dan memegang erat kata-kata suaminya itu kerana pada akhirnya, mereka tiada orang lain untuk menagih simpati.

 

 

 

***

 

 

 

Chanyeol mencelikkan sedikit matanya apabila terdengar suara seseorang yang sedang muntah berjaya menganggu lenanya. Matanya diliarkan ke arah pintu bilik air yang kelihatan terbuka sedikit menunjukkan bahawa pasti Baekhyun yang berada di dalam sana. Dengan pantas Chanyeol bangkit daripada pembaringannya dan menuju ke dalam bilik air.

 

Sebaik sahaja dia menguak luas pintu bilik air, Baekhyun yang sedang mengeluarkan seluruh isi perut di mangkuk tandas memenuhi ruang matanya. Chanyeol terus menadapatkan isterinya itu. Perasaan kasihan dan bersalah apabila melihat keadaan isterinya ketika ini berjaya menguasai dirinya. Dengan lembut Chanyeol mengelus tengkuk dan belakang Baekhyun untuk membantu melegakan sedikit isterinya itu. Dia sudah cukup bersedia untuk berhadapan saat-saat begini setelah mengetahui bahawa Baekhyun mengandungkan anaknya.

 

Sudah hampir seminggu sejak malam Baekhyun memberitahunya berita gembira ini. Sehingga saat ini, isterinya tidak pernah membangkitkan lagi soal wang kerana Chanyeol sudah berjanji untuk menyelesaikan semuanya sebelum isterinya melahirkan. Baekhyun ada menawarkan diri untuk membuat kerja sambilan namun, Chanyeol tidak akan pernah sekali pun mengizinkan. Jika sebelum ini pun dia tidak memberi izin, tambah pula dengan keadaan Baekhyun yang sedang berbadan dua.

 

Meskipun tidak yakin sama ada dia mampu atau tidak untuk menampung keluarga kecilnya yang bakal bertambah seorang lagi ahli, membiarkan Baekhyun bersusah payah mencari kerja tidak akan pernah menjadi pilihannya. Jujur, perasaan takut berjaya mencuri ruang di pinggir hatinya namun, Chanyeol cuba bersikap positif demi Baekhyun dan bakal anaknya. Dia langsung tidak peduli harus membanting tulang bermati-matian asalkan keluarga kecilnya hidup senang. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk membahagiakan Baekhyun dan bakal anak-anak mereka sejak di awal perkahwinan.

 

“Dah lega ke?” soal Chanyeol ketika melihat Baekhyun menyandarkan badan padanya. Sebuah anggukan yang lemah Baekhyun berikan pada suaminya tanda dia sudah selesai muntah.

 

Sekali lagi, Chanyeol terus diasak perasaan bersalah terpaksa membiarkan Baekhyun menanggung kesakitan ini sendirian. Chanyeol menatap wajah Baekhyun yang pucat setelah memuntahkan segala isi perut sebentar tadi. Tanpa arahan, Chanyeol mengangkat badan Baekhyun sebelum dibaringkan ke atas katil mereka. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil sambil menatap wajah Baekhyun yang kembali melelapkan matanya. Tangannya dibawa ke perut rata Baekhyun sebelum mengusapnya lembut. Masih sukar untuk dipercayai bahawa kurang dari 9 bulan dari sekarang, rumah kecil mereka akan dihiasi dengan tangisan dan gelak tawa seorang bayi.

 

Chanyeol tersenyum membayangkan perkara tersebut. Sudah lama dia menunggu saat ini. Matanya kemudian dilirikkan pada jam di dinding. Nampaknya, dia harus bersiap untuk ke tempat kerja sekarang. Selimut ditariknya ke paras dada Baekhyun sebelum kucupan halus diberikan tepat pada dahi isterinya. Kemudian, dia bangkit menuju ke bilik air untuk membersihkan badan.

 

 

 

***

 

 

 

Matanya sedari tadi tidak henti-henti meliar ke pintu masuk ruangan menunggu itu mencari gerangan suaminya. Jam tangan dikerlingnya buat kesekian kali sebelum keluhan yang panjang dilepaskan kasar. Tinggal lagi beberapa minit sebelum namanya dipanggil untuk menemui doktor kandungan bagi pemeriksaan bulanan kehamilannya. Dengan kasar Baekhyun menarik telefon pintar yang tersimpan kemas di dalam poket seluarnya sebelum jarinya menekan kasar nombor telefon Chanyeol.

 

Setelah beberapa kali cubaan, tiada jawapan daripada suaminya. Jika kali ini Chanyeol gagal juga memunculkan diri ke hospital untuk bersama dengannya bagi melihat perkembangan bayi mereka, bermakna sudah kali ketiga suaminya memungkiri janji untuk datang ke hospital menemaninya berjumpa doktor kandungan. Bukannya Baekhyun tidak memahami kerja Chanyeol namun, dia mahu suaminya mengetahui perkembangan bayi mereka.

 

“Park Baekhyun” kedengaran namanya dipanggil oleh seorang jururawat.

 

Baekhyun bangkit untuk menuju ke bilik doktor namun, baru beberapa langkah menapak, kakinya terhenti seketika sebelum dia memusingkan badan. Matanya sekali lagi singgah di pintu masuk ruangan menunggu itu namun hanya untuk beberapa saat. Sekali lagi, Chanyeol tidak menepati janjinya. Kecewa. Ya, Baekhyun benar-benar kecewa kerana sudah acap kali dia mengingatkan suaminya namun tetap sahaja perkara itu tidak lekat di memori suaminya.

 

“Silakan duduk, Park Baekhyun” pelawa doktor yang sentiasa mempamerkan senyuman manis kepadanya sehingga terlihat susunan giginya yang rapi.

 

“Apa khabar Encik Park?” soal doktor muda itu sekadar berbasa-basi.

 

Baekhyun hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum menjawab soalan doktor lelaki muda itu. Oh Luhan merupakan nama doktor yang bakal menguruskannya sehingga proses kelahiran.

 

“Encik Park boleh baring atas katil tu sekarang, ya?”

 

Baekhyun hanya akur dengan arahan yang diberikan doktor Oh Luhan. Setelah selesai dia membaringkan diri di atas katil, bajunya diselak dan seluarnya ditarik ke bawah sedikit untuk memperlihatkan bah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
femaleda
#1
Chapter 1: This is my first time reading malay fanfic? thank for writing this, author nim.
mpreggoland
#2
Chapter 3: Omg! Comeiinyer family diorang.. Huhu i like^^
BabyJongHyol
#3
Chapter 2: Wahhhhh I love how fluffy is it
mpreggoland
#4
Chapter 2: So perfect!!! Amazing story ever!
Feeling kot smpai tiak2 abis ni...huhu
*thumbs up*
FikakhanGD #5
Chapter 2: Comel sgt pls nak sequel mcmana atok park jumpa cucu dan kehidupan diorg dgn babies park pls omo omo
baekchan92
#6
Chapter 2: AWWWW BEEN SO LONG SINCE I READ A MALAY FIC AND THIS IS MPREG OMG! ITS SO BEAUTIFUL. I USUALLY CRINGE SO MUCH BUT THE MIX OF MALAY-ENGLISH IN HERE MAKE IT JUST RIGHT HEHEHEH EXCUSE MY CAPLOCKS BUT YOU DID A REALLY GOOD JOB!
SAYA SUKA SAYA SUKA HEHEHHE ❤️
mellow22haru
#7
Chapter 1: Wow.. a good story. And i hope everything gonna be okay. Well done authornim!!!