Maaf.

Luahan Hati ✨

Maaf. 

 

Perkataan yang mudah, tapi susah nak diterbitkan oleh mulut manusia. 

 

Perkataan yang yang mempunyai hanya dua suku kata, tapi berat nak dilakukan oleh manusia.

 

Perkataan yang tidak mengambil sesaat untuk mengucapnya, tapi mengambil beribu tahun untuk manusia mengungkapkanya.

 

Pada aku, aku tak kisah sedikit pun kalau orang tak nak maafkan aku. Sebab aku tahu, nak maafkan orang bukan perkara yang mudah. Aku tahu bukan senang nak bagi orang peluang yang kedua sebab apa? Sebab tak nak dilukakan, tak nak dikecewakan. Selagi tak kacau hidup aku yang telah pun macam lahanat, aku tak kisah. Yang penting, aku dah jalankan tanggungjawab aku ; iaitu meminta maaf.

 

Aku pun tak pelik kalau orang berat mulut nak meminta maaf. Sebab apa? Sebab manusia tak pernah lari daripada ke-egoan masing masing. Manusia tak pernah lari daripada sifat yang obses untuk menang sesuatu perkara walaupun benda itu hanyalah membuatkan mereka nampak bodoh. 

 

Maaf, perkataan yang nampak paling mudah di dunia tapi paling sukar buat hati semua manusia. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
UglyBeauty #1
Chapter 1: betul do. ada gak spesis ego yang nak kita je mintak maaf, meanwhile dia tak pernah nak cakap perkataan tu kat kita. at the end of the day, kita sendiri yang jadi exhausted dengan orang tu and eventually walks away from his/her life. bukan sebab dah tak sayang tapi penat. penat asyik nak rendahkan ego untuk orang yang tak pernah nak appreciate. hmz.

ok saja nak share hehe.