c-2

Helper

 

JIMIN POV

 

Di rumah jimin,

 

“Okay siap” adik aku berkata pada taehyung. Adik aku adalah lisa. Dalam hal ini lisa juga terlibat. Dia telah mengajar taehyung pakai bra, cara meletakan silikon pada dada supaya payudara taehyung nampak besar, letak make up pada muka dan lain-lain lagi lah.

 

Aku tak sangka taehyung ni cantik apabila berpakaian wanita. Sebiji betul macam perempuan. Aku macam dah terjatuh suka dekat dia pula.Hahahaha. Nasib baik dia ni kawan aku kalau tak dah lama aku try dia. Eh aku gay ke? Eh jimin kau tak boleh jadi bengkok kau kena lurus. Kau kena suka pada perempuan bukan lelaki seperti taehyung itu.

 

FLASHBACK

Selepas beli barang kami terus balik ke rumah aku. Aku dan taehyung masuk ke rumah. Kami ternampak lisa di ruang tamu. Pada masa itu lisa sedang menonton kdrama dan dia tegur kami. “Hi jimin oppa, taehyung oppa”. “Hi lisa” aku dan taehyung balas serentak. Aku letak beg shopping di atas meja di depan lisa. Lisa apa lagi tengok lah apa yang ada dalam beg shopping itu. “Jimin oppa? Ni untuk lisa ke?” dia bertanya dengan gembira. Aku gelengkan kepala “Tak” tiba-tiba muka lisa tak gembira apabila barang tu bukan untuk dia. “Kalau bukan untuk lisa, untuk sape?” dia tanya lagi. Aku pandang taehyung dan taehyung pandang aku “Untuk taehyung oppa” aku jawab dengan selamber. Dia terkejut dan mengeluarkan ketawa kecil kepada aku dan taehyung. “Kalau oppa nak tipu lisa pun agak-agaklah. Jimin oppa ingat lisa ni bodoh ke apa? Taehyung oppa tu kan lelaki kenapa pula dia nak pakai pakaian perempuan ni?” dia tidak percaya dan aku terus terang dengan dia tentang taehyung akan bekerja sebagai pembantu rumah dan menyamar sebagai perempuan. Dan aku meminta tolong pada lisa. “So sekarang ni lisa kena tolong oppa dan taehyung oppa”. “Beri lisa sebab, kenapa lisa kena tolong dua oppa’s ni?” dia soal aku balik. “Perlu ke? Nak sebab?” aku tanya dia. “Perlulah” jawab dia lagi. “Kalau tak nak tolong takpe lah, oppa boleh minta tolong dekat sorn kawan kamu itu.” Dia gelengkan kepala nya kerana dia tidak setuju oppa kesayangan nya meminta tolong dari kawan nya. “Yela-yela lisa tolong” Dia setuju untuk membantu kami.”Tapi ada syarat, ingat free ke?” sambung lisa lagi sambil tersenggih-senggih. “Ada syarat la pula, apa syarat nya?” kali ini taehyung pula yang bertanya. “Jimin oppa dan taehyung oppa kena belanja lisa kfc, mcdonald, pizza dan makanan yang mahal” pinta dia. “Amboi, banyak betul kau minta eh?” aku berkata. Aku macam tak percaya dengan adik aku sorang ini, badan kecil tapi selera nya besar nak mampus, ambil kau. “Nak lisa tolong ke tak?” lisa pandang aku dan taehyung. Aku tak ada cara lain lagi terpaksa lah aku setuju “okay no problem”.

 

END OF THE FLASHBACK

 

Taehyung terkejut dengan perubahan pada diri nya sendiri menjadi perempuan. Dia tidak sangka muka dia sebijik jadi perempuan.

 

“Cantik lah taehyung oppa?” puji lisa, dia pun tidak sangka taehyung cantik sebagai perempuan.

 

“Cantik ke?” soal taehyung sambil membelek-belek muka nya pada cermin.

 

“Cantik kan jimin oppa” lisa pandang aku dan aku anggukkan kepala, tanda aku setuju dengan lisa itu. “Tapi taehyung oppa, satu je yang tak cantik” sambung lisa lagi sambil tangan kanan nya memegang dagu.

 

“Apa?” aku dan taehyung cakap serentak dengan dahi berkerut.

 

“Suara tu. Takkan lah nak menyamar sebagai perempuan tapi suara macam jantan. Nanti boss taehyung oppa ingatkan pondan pula” jelasnya dia lagi. Memang betul apa yang lisa katakan. Dah lah suara taehyung tu deep/husky.

 

“Betul tu taehyung, kau kena kecilkan suara kau tu?” aku pinta pada taehyung.

 

“Nak buat macam mana? Suara aku dah macam ni” balas taehyung

 

“Ala cuba jelah dan berlatih”

“Yela-yela” taehyung berkata dalam suara perempuan nya.

“Macam ni lah” aku dan lisa berkata dalam serentak.

 

 

TAEHYUNG POV

 

Sekarang ini aku dan jimin memasuki bangunan condominium mewah majikan aku. Apa nama dia? Aku lupa pula. Ermmmm Kim Jisoo kot.

 

“Taehyung, sebelum aku lupa, kau tak pakai nama asli kau tau” jimin berkata sambil kami tengah mencari no condo itu.

 

Aku berhenti berjalan dan jimin turut berhenti berjalan “Habis tu, aku guna nama apa?” aku bertanya dengan penuh ingin tahu.

 

“Choi taeyeon” balas jimin

 

Aku cuba sebut nama tersebut “Choi taeyeon”. Dan mengingati nya, manalah tahu aku lupa pula nanti.

 

Beberapa minit kemudian, kami telah jumpa condo kim jisoo itu. Kami berdua berdiri dihadapan pintu condo tersebut. Jimin pandang aku dan dia mengeluarkan ketawa.

 

“Kau dah kenapa ketawakan aku ni?” aku bertanya sambil memandang diri sendiri.

“Saja je, tak sangka aku. Kawan baik aku sekarang ini dah tukar jantina” jimin sambung ketawa. Ish dia ni perli aku ke apa?

 

“Jimin kau kena ingat, aku jadi macam ni semua idea kau tau” aku marah dan geram pada jimin. Aku nak je tumbuk muka dia yang hensem tu tetapi aku sabar jelah sebab apa, sebab dia adalah kawan baik aku dan dia jugalah memberi pekerjaan ini kepada aku.

 

“Eh, aku pula yang kena. Okaylah aku hantar kau depan sini je, kau masuklah. Ingat kau kena berlembut, sopan santun seperti perempuan dan suara tu lembut sikit seperti perempuan dan yang terakhir goodluck” untuk kali terakhir jimin memberi nasihat sebelum dia pergi dari situ. Aku pun anggukkan kepala ku tanda faham.

 

Jimin telah pergi meninggalkan aku keseorangan di sini. Aku typing passwords untuk masuk kedalam condo tersebut. Aku melangkah masuk kedalam dan tutup pintu. Aku berjalan menuju kearah ruang tamu. Perjalanan aku terhenti apabila melihat keadaan rumah itu. “OMG!”.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 5: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1374459/5'>c-4</a></span>
Eunwoooooo ah update soon
Darborjes #2
Chapter 5: Eunwoo sudah muncul.. next please!!!
Darborjes #3
Chapter 4: Chapter 4: Next next next.. tak sabar nak tunggu untuk next chapter. Nasib kau la jisoo dapat abang macam tu. Hahaha. Baling je beg Gucci tu. Hahaha
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 4: aish Kim seokjin ni ..geram je aku..sabar lah jisoo
hwaiting authornim thanks for the update ❤❤
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: taehyung jadi perempuan..cantik sangat! goodluck lah tae oii
nice update!
Darborjes #6
Chapter 3: Hahahaha. Nasib kau la taehyung. Waiting for next chapter....
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 2: eiii jimin ni tk malu ke ..hahahahaha saya sendiri malu bila beli benda tu XD nasib kau la taehyung...nice update..tak sabar nk baca chapter seterusnya .. hwaiting!! besttt