c-1

Helper

TAEHYUNG POV

 

“Kau gila ke? Jimin, aku ni lelaki bukannya perempuan” aku tolak cadangan jimin untuk menyamar sebagai seorang perempuan.

Pada saat ini aku perlukan pekerjaan untuk membayar semua hutang-hutang ayah aku. Aku meminta pertolongan dari jimin untuk mencarikan pekerjaan gaji yang cukup mahal.

 

Jimin bekerja dengan makcik nya. Makcik nya mempunyai syarikat/ agent pembantu rumah. Kebetulan pada hari itu, ada seseorang yang kaya perlukan seorang pembantu rumah. Orang itu tawarkan gaji yang agak besar tapi dengan satu syarat terus start kerja hari ini juga. Biasa nya gaji jadi pembantu rumah hanya 1-3k sahaja. Jadi jimin tawarkan pekerjaan ini kepada aku tetapi aku kena menyamar sebagai perempuan.

 

“Taehyung kau ambik je kerja ni, untung siot. Sebulan kau dapat 8-10k. kau ingat senang ke nak dapat gaji besar macam tu. Jadi pembantu rumah saja dah dapat 8-10k. Kalau aku jadi kau, aku dah ambil kerja ni. Lagipun kau perlukam duit untuk bayar hutang ayah kau kan? Ambil jelah” pujuk jimin lagi.

 

Aku geleng kepala “Aku tak nak. Aku takut kantoi. Lagi teruk aku kena dengan majikan tu nanti” aku tolak lagi dengan perasaan yang takut melanda pada diri aku ini.

 

“Taehyung kau pandang aku” jimin memegang kedua-dua pipi aku supaya pandang dia. “Kau tak akan kantoi kalau kau pandai jaga rahsia ni” kata jimin lagi.

 

“Taehyung bayang kan 8-10k, kau ingat sikit ke? Banyak tu. Silap-silap kau boleh bayar hutang ayah kau dengan cepat tapi kalau kau tak nak juga, aku tak tahu lah nak buat macam mana dengan kau ni lagi” sambung jimin lagi dan melepaskan tangan nya pada pipi aku.

 

Aku terdiam seketika dan berfikir, ada betul juga kata jimin itu. Kalau aku terima jadi pembantu rumah ini dengan gaji 8-10k. Aku dapat melunaskan hutang ayah aku dengan secepat yang mungkin walaupun aku terpaksa menjadi seorang perempuan.

 

“Okay aku terima. Nanti kalau aku kantoi, kau akan bertanggujawab” aku setuju tawaran jimin.

 

“Okay no problem tapi aku yakin kau tak akan kantoi punya lah” jimin berkata dengan yakin dan gembira sekali.

 

JISOO POV

 

Aku keluar dari bilik meeting selepas habis meeting dengan beberapa pekerja yang terlibat dalam projek baru aku kali ini.

Aku masuk kedalam pejabat aku dan terus menyemak beberapa dokumen yang perlu aku baca. Semasa tengah baca dokumen tiba-tiba telefon pejabat aku berbunyi. Aku tekan butang F tanda menjawab panggilan itu.

 

“Ada apa seulgi?” aku bertanya sambil membaca dokumen berada dihadapan aku ini.

 

“Miss jisoo, saya dah dapat pembantu rumah perempuan yang miss nak kan tu. Pada petang ini pembantu tu masuk kerja dengan miss. Saya dah beri alamat dan password condo miss jisoo” balas seulgi.

 

“Okay terima kasih seulgi” aku tamatkan panggilan itu dan aku teruskan membaca dokumen itu lagi.

 

FLASHBACK

Aku keluar dari bilik tidur aku ke dapur untuk bersarapan pagi sebelum aku pergi ke pejabat. Aku buka peti, peti kosong hanya ada sebotol air mineral, air dalam botol itu telah separuh. Aku tutup peti dan tengok keadaan rumah aku. Tanpa aku sedari rumah aku dah macam tongkang pecah. Di singki penuh pinggan, mangkuk, cawan, piring dang lain-lain lagi yang tak basuh. Di kaunter dapur pula penuh dengan botol air mineral kosong dan beberapa plastik makanan ringgan terdapat disitu. Aku berjalan kearah ruang tamu pula. Lebih kurang dengan dapur aku, bukan lebih kurang tetapi lebih teruk dari dapur aku. Sampah sarap yang banyak berteraburan di atas lantai. Baju aku juga terdapat di situ, di lantai dan bersidai diatas sofa. Kerana aku sibuk dengan kerja, aku tidak ada masa untuk mengemas rumah. Maklum lah aku bekerja sebagai CEO, mana sempat nak kemas rumah ni. Aku keluar rumah pagi balik larut malam dan letih dah tak sempat nak kemas rumah. Sekali lagi aku tengok sekeliling rumah dan aku mengeleng kan kepala dengan keadaan rumah aku macam ini. Aku keluarkan phone dari beg mahal aku iaitu beg Gucci. Aku cari contact seulgi dan dial number dia. Kang seulgi adalah pembantu peribadi aku, apa yang aku nak minta tolong, aku hanya call saja dia. Dia selalu bantu aku. “Yes miss jisoo, ada apa?” seulgi menjawab panggilan aku. “Saya perlukan seseorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan juga boleh memasak di rumah (condo) saya” bagitahu aku dengan panjang. “Baiklah miss jisoo tapi bila miss nak pakai pembantu rumah ni?” tanya seulgi lagi. “As soon as possible, kalau boleh hari ini juga saya nak” balas aku lagi. “Baiklah tapi miss jisoo bagaimana pula dengan bayaran upah/gaji pembantu itu?”. “Awak letaklah dalam 8-10k”. “Miss jisoo, tak besar sangat ke gaji tu?” seulgi tanya kerana aku letak gaji yang agak mahal. “it’s okay. Saya mapu bayar nya” balas aku.”Baiklah miss jisoo, saya akan sedaya upaya untuk mencari pembantu rumah untuk miss jisoo”. “Okay good tapi ingat saya nak pembantu rumah perempuan sahaya” aku berkata sebelum matikan panggilan tersebut.

 

END OF FLASHBACK

 

TAEHYUNG POV

“Taehyung cepatlah, kita nak beli banyak lagi barang kau ni?” ujar jimin. Sekarang ini kami berada di mall untuk membeli keperluan ku atau keperluan perempuanku.

 

“Betul ke aku buat ni jimin?” aku tanya jimin yang masih ragu-ragu untuk menerima nya.

 

“Betul lah kau buat ni. Dah lah jangan fikir banyak sangat, jom” jimin tarik aku masuk kedalam kedai pakaian perempuan.

 

Jimin tolong aku memilih baju perempuan ku. Aku pandang sekeliling kedai itu hanya aku dan jimin sahaja lelaki disitu yang lain semua nya perempuan. Aku pandang pekerja di situ, dia pandang aku pelik dan senyum-senyum pada aku. Mungkin mereka akan salah anggap, kami berdua nak jadi kunyit pula. Malu aku dibuat nya, mana tak malu nya lelaki beli pakaian perempuan. Part yang aku paling malu sekali adalah beli bra. Aku tak tahu mana nak sorok muka aku ni tapi aku pandang jimin. Dia rilek je pilih bra itu seperti dia tengah pilih boxer dia, yang aku pula malu giler. Apa lah nasib aku. Nak, nak kan lagi aku dapat tahu majikan aku itu perempuan. Aku akan duduk bersama dengan dia. Hanya aku dan dia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Itu dia chapter pertama. Aku harap korang suka membaca cerita ini. Terima kasih kepada yang telah vote dan subscribe cerita ni.. THANK YOU VERY MUCH.. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 5: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1374459/5'>c-4</a></span>
Eunwoooooo ah update soon
Darborjes #2
Chapter 5: Eunwoo sudah muncul.. next please!!!
Darborjes #3
Chapter 4: Chapter 4: Next next next.. tak sabar nak tunggu untuk next chapter. Nasib kau la jisoo dapat abang macam tu. Hahaha. Baling je beg Gucci tu. Hahaha
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 4: aish Kim seokjin ni ..geram je aku..sabar lah jisoo
hwaiting authornim thanks for the update ❤❤
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 3: taehyung jadi perempuan..cantik sangat! goodluck lah tae oii
nice update!
Darborjes #6
Chapter 3: Hahahaha. Nasib kau la taehyung. Waiting for next chapter....
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 2: eiii jimin ni tk malu ke ..hahahahaha saya sendiri malu bila beli benda tu XD nasib kau la taehyung...nice update..tak sabar nk baca chapter seterusnya .. hwaiting!! besttt