Part 1

My chubby girl

"Aeri-ahhhh!!!!" Pagi itu sangat tenang tetapi tidak dengan Jung Aeri.  Dia tergopoh-gapah mencari tuala untuk mandi sedangkan ibunya telah menjerit menanti anak perempuannya untuk sarapan bersama.  Bapanya yang sedang membaca surat khabar hanya menggelengkan kepalanya dan sesekali beliau menyesap kopi di hadapannya.  "Mama dah kejutkan banyak kali suruh bangun awal,  ha- sekarang tengok!  Dah pukul berapa baru nak bangun.  Aduhai,  apa nak jadi dengan kamu,  Aeri-ah-" Ibunya membebel sambil menyapu nutella di atas kepingan roti.  Bapanya,  Jung Yunho hanya menahan telinganya daripada bebelan ibunya.  

"Ha!  Yang awak ni pun satu!  Tahu anak dara awak bangun lewat,  kenapa tak bangunkan! Asyik dengan surat khabar tu,  apa yang seronok sangat bacanya-" 

"Eh- kenapa saya pulak yang kena ni?" Terkebil-kebil Yunho melihat isterinya yang tidak ubah seperti singa di pagi hari.  Isterinya,  Jung (Park) Jiyeon hanya menjelingkan matanya tajam ke arah suaminya.  Yunho hanya menelan air liur dan kembali membaca surat khabar yang lebih menarik perhatiannya.  

"Selamat pagi mama,  selamat pagi papa" Aeri muncul dengan senyuman manisnya dan mendaratkan ciuman di pipi Jiyeon dan Yunho.  

"Dah cepat sarapan,  nanti kamu lambat.  Tak pasal-pasal papa yang kena peluru berpandu mama kamu-" Yunho bercakap sambil tersengih, dan dia meringis kecil ketika kakinya dipijak oleh isterinya.

"Awak cakap lagi,  malam ni tidur luar!" Aeri hanya menatap papanya dengan kasihan.  Mamanya memang garang tetapi dia tetap lembut dalam ketegasannya.  
.
.
"Seokjin oppa!!!!!" Seorang lelaki kacak menoleh ke belakang dan mendapat seorang gadis comel molek melihatnya tersipu-sipu.  "Oppa,  hmm- nah!" Dia memberi lunch box untuk Seokjin dan mengigit bibir bawahnya.  

"Saya masak sendiri tau oppa,  harap oppa suka.  Hmm,  saya sukakan oppa.  B-bolehkah oppa jadi namjachigu saya? B-bila saya dekat dengan oppa- s-saya rasa macam saya berada di langit ketujuh. S-saya sangat sukakan oppa, jadi oppa-" belum sempat dia meluahkan kata-katanya,  lelaki itu memgeluarkan earphone yang dipakainya tadi.  Wajah gadis itu memerah memahan malu.  

"Awak cakap apa tadi?" Lelaki itu memandang gadis itu terkebil-kebil sambil memegang lunch box kononnya buatannya sendiri.  

"Oppa,  saya-" 

KRINGGGGGGG

Lelaki bernama Kim Seokjin itu mengeluh perlahan dan memberikan senyuman manisnya untuk gadis itu.  "Dah, pergi masuk kelas.  Nanti awak terlambat" 

"Oppa!" Dia ditinggalkan Seokjin yang sedang bergegas ke kelasnya.  Gadis itu mencebik geram dan menghentakkan kakinya.  

Tiba-tiba seorang menghalang perjalanan Seokjin yang sedang ke kelasnya dengan smirk jahatnya.  

"Hyung,  cepat-cepat nak ke mana? Songsaeng-nim datang lewat harini.  So,  harini dah berapa orang?" Seokjin menjeling matanya ke atas dan bahunya di peluk lelaki itu.  

"Kim Taehyung,  kau stalk aku lagi ke? Pergilah kacau Jimin sana-" 

Taehyung mencebik.  "Tak nak,  dia cepat menangis" 

"Jungkook-" 

"Tak pasal-pasal aku pulak kena smack down dengan dia" 

Seokjin mendecih kecil.  "Yoongi-" 

"Kau nak aku kena bunuh ke,  hyung?" Seokjin ketawa kecil mendengar ketakutan Taehyung.  

"Kau nak apa?" 

"Aku nak jawapan,  sebab hidup hyung lebih menarik diterokai" Seokjin mengeluh dan memberi bungkusan makanan pada Taehyung.  

"Nah,  hyung dah bawak lunch box sendiri.  Aku rasa ni makanan kat restoran samcheon tu,  sebab baunya hampir sama.  Haih,  yeojya tak ada yang tak hipokrit ke" 

Mata Taehyung berbinar-binar melihat lunch box itu.  "Rezekiii!!  Terima kasih hyung sayangg~" usik Taehyung dan terus berlari ke kelasnya dengan membawa bekalan tersebut. Seokjin hanya menggelengkan kepala melihat Taehyung yang berlari keriangan.  Dalam diam dia mendoakan Taehyung selalu berpewatakan begini di hadapan semua orang.  

"Ouch-" dia mengaduh kesakitan apabila dia dilanggar seseorang.  Dia melihat orang yang melanggarnya yang sedang terduduk sambil mencari cermin matanya.  

Seokjin terkedu melihat kecomelan gadis itu,  badannya agak besar tetapi wajahnya comel.  Seokjin melutut dan mengambil cermin mata gadis itu dan dipakaikan di wajahnya.  Gadis itu terkebil-kebil melihat Seokjin yang sedang tersenyum manis melihatnya.  

'Comel' batin Seokjin berkata.  

"Lain kali hati-hati,  jangan tercedera-" Gadis itu terbatuk kecil dan membalas senyuman Seokjin. Dia bangun dengan sendiri dan membongkokkan badan ke arah Seokjin. 

"Terima kasih sunbae-" ucapnya sebelum berlalu pergi.  Seokjin belum sempat bertanya nama gadis itu hanya tercengang.  First time dirinya seperti tertanya-tanya tentang seorang gadis yang baginya orang tidak menarik,  tetapi mengapa detak jantungnya seperti tidak keruan?  

Adakah ini cinta?  

Tanpa Seokjin sangka,  wajah gadis yang melanggarnya tadi memerah dan memukul dirinya kerana memperbodohkan diri sendiri.  
"Jung Aeri,  kenapa kau bodoh sangat,  eeeeee!" Geramnya dan dia mengeluh kesal.  "Malunyaa-" dia meraup wajahnya malu.  

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet