Bab 1

Dear Love

Jam tangan dipandang sekilas, kelihatan jarum jam tepat menunjukkan pukul 7.50 pagi.

"Alamak dah 7.50 ! 10 minit lagi, mati aku kalau sampai lambat dah la ada mesyuarat penting harini." Aku cepat-cepat berlari sambil memeluk beberapa fail penting. Lampu isyarat pejalan kaki pula memberi isyarat merah yang bertanda berhenti. Aku menghentikan langkahku di tepi jalan sambil menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau.

SSWAAHH !!

Bajuku basah terkena lopak air yang dilanggar oleh pemandu kereta Audi r8. 
"Woii !! Adab mana?!" Sempat lagi aku memandang wajah pemandu kereta mewah itu. 
Oh lelaki..patutla main belasah je pandu kereta macam jalan tu ayah dia punya, woi tu jalan aku lah ! 
Baju yang basah tadi kukesat laju sambil berlari. Sudahlah lewat ke tempat kerja, kena lopak air pula. Malang betul nasib.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Yuri-ah, kenapa baju awak?" Tanya seorang pekerja ditempatku dalam keadaan risau. Tanda nama pada bajunya jelas menayangkan nama Kim Nayoung. 
"Tak ada apa la, tadi sebelum datang sini, ada lelaki mana entah pandu laju kereta langgar lopak air, habis terkena baju saya, tu yang basah kuyup" Aduku. 
"Awak pergi lah tukar baju dulu, nanti selsema. Oh ya ! nanti lepas selesai ganti baju, masuk bilik boss ya, Puan nak jumpa" Kata Nayoung. Aku cuma mengangguk lalu bergerak ke bilik persalinan.

Setelah selesai mengganti baju, aku bergerak ke bilik boss seperti yang telah diarahkan oleh Nayoung. Pintu yang berwarna biru muda itu diketuk perlahan beberapa kali sebelum menjejakkan kaki bilik yang besar itu. 
Wangi ! Bau Lavendar memenuhi ruang bilik yang dipenuhi fail-fail penting.

"Selamat pagi Puan Lim." Ucapku dengan senyuman.
"Selamat pagi, duduklah." Arah Puan Lim a.k.a boss muda syarikat ini. Muda-muda dah ada klinik sendiri, untungnya ! 
Aku menarik kerusi lalu melabuhkan punggungku diatasnya. Aku memandang ke arah wanita lingkungan 35 tahun yang berada dihadapanku. Baju kemeja ungu yang sesuai dengan kulit putihnya, bibir kecil itu dihiasi dengan gincu yang berwarna merah jambu lembut. Rambut ikal yang berwarna black brown dibiarkan lepas sehingga paras dada. Perfect ! Lamunanku terhenti.

 

"Ada apa Puan Lim panggil saya?"
"Saya nak tanya pasal client kita yang bernama Jung Mina tu. Ada apa-apa perkembangan ?"
"Oh client tu. Keadaan dia sekarang makin lebih baik, dia pun dah dapat jalani kehidupan dia macam biasa. Cuma... perlu pemantauan lebih la. Biasa la Puan, kehilangan orang yang dia sayang kan, nak dapat semangat baru tu susah." Jelasku tentang pesakit yang telah kehilangan suami dalam sebuah kemalangan. Trauma yang teruk sehingga meracau-racau ! Sangat mencabar bagi aku sebagai psikologi untuk memulihkan semula semangat yang telah hilang itu.
Puan Lim mengangguk faham.

"Saya harap kesihatan dia semakin baik lepas ni dan dapat jalani hidup dengan lebih baik lagi." 
Aku diam mengangguk.
"Kalau macam tu, tak apa lah. Kalau ada apa-apa, bagitahu saya." Kata Puan Lim.
"Baiklah." Aku mengangkat punggung lalu keluar dari bilik itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Encik, ini dokumen yang encik suruh saya siapkan, semua dah settle." Setiausaha perempuan itu meletakkan beberapa fail diatas meja.
"Okay, terima kasih." Ucap lelaki berkulit putih itu sambil menaip komputer riba laju tanpa memandang ke arah setiausahanya.
"Encik ada apa-apa nak pesan ? Kalau tak ada , saya keluar dulu memandangkan jam pun dah tepat pukul 1." Lelaki itu berhenti menaip.
"Dah waktu makan tengahari ke? Tak perasan pulak saya." Kelam kabut lelaki itu melihat jam di tangannya. 
"Ye Encik Wonwoo. Encik kerja kuat sangat, sampai lupa waktu makan."
"Mungkin. Awak pergi la makan dulu." Pesan Wonwoo.
"Hyung ! jom makan." Datang pula lelaki berbadan tegap tinggi lampai masuk ke bilik Wonwoo tanpa mengetuk pintu. Setiausaha perempuan itu senyum sambil keluar dari ruangan Wonwoo.
"Kejap." Wonwoo mengemas segala fail di atas meja, komputer riba ditutup seterusnya dia mengambil iphone X nya di tepi laptop.
"jom."


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet