ACT 2: SURAT AMARAN KEPADA GENG TWICE.

SEQUEL: Kisah Geng Sekolah (Extended Version)

“Tok! Tok! Tok! Tok!” pintu pejabat Cikgu Wendy diketuk.

“Masuk!!” arah Cikgu Wendy sambil menaip. Cikgu Seulgi terus masuk.

“Cikgu Wendy-ssi, sorry sebab kacau awak. Tapi ini serius. Pasal geng TWICE yang durjana tu,” Cikgu Seulgi melabuhkan punggungnya pada kerusi pejabat.

“Ya. Cakaplah,” terus Cikgu Wendy berhenti menaip dan menatap rakan sekerjanya.

“Emm… geng TWICE sudah musnahkan kereta Cikgu Hyoyeon tadi. 1 jam lebih selepas upacara penutupan,” kata Cikgu Seulgi.

“Awak dah tengok keadaan kereta dia? Teruk ke tak?” soal Cikgu Wendy.

“Dah. Teruk habis! Macam kereta tu memang rosak terus. Dah tu, Cikgu Hyoyeon pulak menangis. Hai, kesian pulak dia tu,” balas Cikgu Seulgi.

“Ayoyo… kecut perut saya agaknya. Tergamak betul mereka rosakkan kereta dia. Ade tak enjin kereta tu dihidupkan?”

“Cikgu Irene cakap enjin tu rosak habis! Bateri kereta dan spare part tu hilang entah ke mana! Benda lain macam minyak enjin pun melimpah-limpah. Bocor sudah. Memang kereta tu rosak betul-betul! Enjin dah rosak, jadi dia tak dapat hidupkan kereta itu,” kata Cikgu Seulgi.

“Tayar kereta tu macam mana?”

“Itu lagilah teruk. 4 tayar pancit. Dah hilang sokongan kereta tu,” sambung Cikgu Seulgi. Terlopong Cikgu Wendy.

“Astaga! Tak sangka budak TWICE membuat kerja gila tu. Rasuah dah berlaku, ini pulak yang datang. Nampaknya kena tulis surat amaran mereka semua ni! Haish!!” balas Cikgu Wendy sambil mencari sesuatu dari rak dokumen.

“Yelah. Kena sampaikan kepada parents merekalah jawapannya,” kata Cikgu Seulgi.

“Mestilah. Biarlah parents mereka tahu kerja gila anak masing-masing! Ni mana boleh sorok-sorok dah. Cikgu Kwang Soo tu garang macam singa. Kalau tak lapor, memang kena baham sudah kita semua ni,” balas Cikgu Wendy sambil mencatat sesuatu di dalam kad disiplin untuk geng TWICE.

“Yelah. Sekolah nak runtuh macam gempa bumi.”

“Hmm… dah lebih 10 salinan dengan nama budak TWICE dalam kad disiplin nie. Grup lain macam BTS dah ada kurang 5 salinan. TVXQ takde. Kad masih baru. VIXX pun sama. Tetap kosong kad mereka. Nama mereka je yang timbul; Cha Hakyeon (N), Jung Taekwoon (Leo), Lee Jaehwan (Ken), Kim Wonshik (Ravi), Lee Hongbin (Hongbin) dan Han Sanghyuk (Hyuk),” kata Cikgu Wendy sambil mengeluarkan kad disiplin dari rak untuk disiplin pelajar.

“Baguslah macam nie. Geng TWICE punya tu sentiasa diisi. Macam buku log library,” balas Cikgu Seulgi sambil membelek-belek kad disiplin yang sudah dikeluarkan.

“Adeh, bila lagi mereka berubah? Budak BTS dah tahu berubah,” Cikgu Wendy masih ralit menulis.

“Entahlah. Susah nak cakap pasal mereka,” balas Cikgu Seulgi sambil melihat Cikgu Wendy menulis.

“Nanti kena hantar mereka kat pusat pemulihan anak muda. Unnie saya adalah pengurus di sana. Yang ni, saya aturkan sendiri. Kena bincang dengan unnie saya dulu. Tu je caranya,” kata Cikgu Wendy sambil menyimpan semua kad disiplin geng-geng kecuali TWICE.

“Betul juga. Ni saja caranya untuk membantu mereka yang tiada harga diri dan liar untuk berubah,” balas Cikgu Seulgi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Ini sambungan kepada ff 'Kisah Geng Sekolah'. Kalau nak lebih faham kisah sebenar, bacalah ff 'Kisah Geng Sekolah' terlebih dahulu.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet