ACT 1: LAPORAN – KERETA CIKGU HYOYEON DIROSAKKAN.

SEQUEL: Kisah Geng Sekolah (Extended Version)

Selepas upacara Majilis Penutupan Bulan Matematik dan Sains. – Belakang dewan.

            “TAK GUNA!!!” marah Chaeyoung. Hadiah yang mereka menangi terhempas ke lantai macam tu saja.

“Kenapa, kenapa!!” kata Jihyo sambil menendang pasu bunga. Terguling pasu bunga hingga tanah terburai dan mencemarkan kawasan dewan.

“KENAPA BUDAK LABOUM DAPAT MARKAH!!!! GGRRR!!!!!” tempik Sana sambil kakinya menendang pasu bunga.

“CIKGU HYOYEON TU JAHAT!!! BERANI PULAK DIA MANSUHKAN MARKAH AKU!!!!” Chaeyoung memecahkan pasu bunga sambil menjerit.

“RANCANGAN KITA SELALU GAGAL!!! AKU BENCI!!!!” Jihyo menjerit tanpa limit.

“Girls!! Mari kita balas dendam!!” kata Mina dengan geramnya.

“Ha! Aku ada idea,” kata Momo.

“Apedia?” tanya Jeongyeon.

“Mari kita rosakkan kereta cikgu! Hahahaha!!!!” balas Momo sambil ketawa seperti iblis.

“Ok! Kalau begini, kita pergi ke bengkel kemahiran hidup dan ambil alat-alat untuk musnahkan kereta cikgu!” kata Nayeon.

“YA!!!” sahut yang lain.

Di bengkel kemahiran hidup.

“Tepi sikit. Aku nak tendang pintu ni,” kata Dahyun sambil menghampiri pintu bengkel itu.

“Ya. Tendang saja. Bukannya orang nampak pun,” kata Nayeon sambil menoleh kiri kanan.

“HIIIIIYYYAAAA!!!” jerit Dahyun sambil melayangkan kaki kanannya ke arah pintu bengkel itu.

“Braaakkk!!” pintu bengkel dibuka.

“Yeeaayyy!!” jerit yang lain sambil meluru masuk ke dalam bengkel kemahiran hidup.

Mereka membawa beberapa botol semburan yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning. Sana, Dahyun dan Mina membawa alatan tajam yang digunakan untuk tujuan kerja kayu. Ada yang membawa kayu dari kerusi patah (masih ada paku dilekat) dan sebagainya.

“Okey. Kita dah bawak semua alat-alat ni, mari kita balas dendam!” seru Jihyo.

“Ya!!” sahut yang lain.

Tempat kenderaan guru – kereta Cikgu Hyoyeon.

“Jom, kita ‘serang’ kereta dia!!!” laungan Jihyo diikuti oleh permulaan rancangan menyerang kereta cikgu itu. Mereka menyembur secara keseluruhan badan kereta Cikgu Hyoyeon. Momo dan Mina memecahkan cermin depan kereta itu. Sana, Dahyun dan Jihyo mengores keseluruhan badan kereta. Nayeon, Jeongyeon dan Chaeyoung pula memukul bahagian bumper depan dan belakang. Jihyo pula mencucuk semua tayar kereta itu. Habis ‘hancur’ kereta cikgu Hyoyeon.

Selepas itu, Jihyo membuka bonet depan kereta.

“Kita boleh juga putuskan sambungan bateri dan benda lain kat dalam ni,” kata Sana sambil mengeluarkan gunting besar.

“Kita buang bateri kereta ke semak, supaya takde orang yang tahu,” ujar Mina.

“Spare part pun kena buang sekali, jangan lupak!” celah Jeongyeon.

“Apalagi, buatlah sekarang!!” jerit Jihyo dengan mengesa anak buahnya.

Mereka merosakkan bahagian enjin kereta itu dan membuang bahan-bahan ke semak.

Di bilik guru.

“Cikgu, ni buku latihan Add Math kelas kami,” kata N dengan menghulurkan buku latihan yang dikutipnya dari classmate dan dihantar ke tempat Cikgu Siwon.

“Terima kasih,” kata Cikgu Siwon sambil menerima buku latihan pelajarnya.

“Mereka dah hantar semua?” tanya Cikgu Siwon.

“Dah, cikgu. Confirm,” balas N. Tiba-tiba dia terdengar bunyi goresan dan pecah cermin.

“Cikgu, N terdengar sesuatu. Cuba cikgu dengar, ni macam bunyi pecah cermin kereta je.”

“Haa, biar betul?” Cikgu Siwon juga terdengar.

“Kamu nak tengok?” tawar Cikgu Siwon.

“Ermm… takpe, cikgu. N kena masuk kelas. Maaflah tak dapat tolong,” balas N tanpa berfikir panjang.

“Hmm… takpe. Cikgu faham. Ni bukan urusan kamu. Kamu tak suka campur tangan urusan cikgu. Bunyi yang kamu dengar tu macam nak musnah kereta aje,” ujar Cikgu Siwon sambil berdiri.

“Kamu balik kelas jelah. Nanti cikgu uruskan benda ni,” kata Cikgu Siwon sambil meletakkan buku latihan anak murid ke tepi meja.

Setelah N pergi, Cikgu Siwon memandang rakan sekerjanya.

“Awak ada dengar apa-apa tak?”

“Ha – adelah! Cuba tengok kereta cikgu Hyoyeon,” arah Cikgu Seohyun sambil melihat melalui tingkap. Pada masa itu, Cikgu Seohyun baru masuk ke bilik guru dan terdengar sesuatu yang sama seperti N.

“Eh, inikan Cikgu Irene. Dia suruh kita turun sekarang,” kata Cikgu Siwon sambil melihatnya. Dia turut menyelak langsir sedikit. Dia ternampak Cikgu Irene melambaikan tangan untuk melihat sesuatu yang tidak bagus.

“Ya. Jom,” ajak Cikgu Seohyun.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Ini sambungan kepada ff 'Kisah Geng Sekolah'. Kalau nak lebih faham kisah sebenar, bacalah ff 'Kisah Geng Sekolah' terlebih dahulu.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet