ACT 3: CIKGU TAEYEON

SEQUEL: Kisah Geng Sekolah (Extended Version)

(a): Tuntut pakaian – dress labuh dari omma N

“Ting! ting!” pintu kedai jahit dibuka. Cikgu Taeyeon masuk ke dalam untuk bertemu dengan omma N.

“Annyeonghaseyo, puan,” sapa Cikgu Taeyeon.

“Ha, cikgu rupanya. Sekejap tau,” kata Mrs. Cha sambil mengambil tempahan Cikgu Taeyeon minggu lepas. Dia menghulurkan beg kertas yang berwarna ungu.

“Dress saya dah siap ke?”

“Dah siap, cikgu. Tengoklah.”

Cikgu Taeyeon mengeluarkan dress labuh seperti ditempahnya minggu lepas. Dia begitu gembira.

“Wow, cantiknya! Daebak! Macam beli dari butik jer,” balas Cikgu Taeyeon dengan menayangkan dressnya di hadapan omma N.

“Saya dah agak cikgu suka,” balas Mrs. Cha sambil tersenyum.

“Kejap tau,” kata Cikgu Taeyeon sambil menyimpan kembali dress labuh dalam beg kertas dan mengeluarkan dompet di beg tangannya.

“Berapa, puan?”

“25,000₩, cikgu.”

Cikgu Taeyeon mengeluarkan duit 30,000₩ dari dompetnya dan menghulurkan kepada omma N.

“Nah, puan.” Segera Mrs. Cha memulangkan wang bakinya.

“Terima kasih. Ni wang bakinya,” ujar Mrs. Cha sambil menghulurkan wang baki 5,000₩ kepada Cikgu Taeyeon.

(b): Inform kejadian N

“Puan, kalau saya bagitahu ni, puan jangan terkejut tau,” kata Cikgu Taeyeon sambil menyimpan wang baki ke dalam dompetnya. Dompet itu disimpan dalam beg tangannya. Dan dia duduk bertentangan dengan Mrs. Cha.

“Ya. Adakah cikgu nak bagitahu tentang perkembangan dan kemajuan N dekat sekolah tadi?” teka Mrs. Cha.

“Hmm… yang tu, saya simpan dulu untuk hari permuafakatan Julai nanti. Yang ni penting sangat. Ini tentang tragedi anak lelaki awak,” kata Cikgu Taeyeon.

“Ha, cerita cerita,” balas Mrs. Cha sambil memasang telinga.

“Si Dahyun telah menikam belakang badan anak awak. Kami, cikgu di sana baru nak angkat kaki hendak melapor kepada pengetua. Dia menusuk badan N tanpa was-was. Langsung takde rasa bersalah. Lepas kena tusuk, terus Cikgu Wendy hantar Dahyun kat ofis pengetua. Jadi, Cikgu Seulgi pulak panggil ambulans. Saya ambil tali leher, tag nama, dompet dan handphone N dan bagitahu semua classmate sebab dia ditikam oleh Dahyun dan masuk hospital. Barang N pulak saya sampaikan dekat Leo. Dan Leo pula yang sedih,” cerita Cikgu Taeyeon. Terkedu Mrs. Cha dibuatnya. Dia mengalirkan air matanya mengenangkan peristiwa ini.

“Tak sangka budak tu kejam sangat sampai dia menikam anak saya. Hakyeon alias N satu-satunya anak lelaki saya yang ada. Suami saya meninggal ketika N masih kecil dan kini, saya tak sanggup kehilangan anak saya yang cuma seorang. Dia jadi mangsa pulak,” balas Mrs. Cha sambil mengalirkan air matanya.

“Sabarlah puan. Nanti, saya jenguk dia. Puan boleh jenguk dia esok jelah. Harap-harap dia akan sedar. Buat masa ni, dia masih dirawat,” pujuk Cikgu Taeyeon.

“Baiklah. Esok jelah saya bawa Tzuyu ke sana,” kata Mrs. Cha.

“Saya minta diri, annyeong~” ucap Cikgu Taeyeon sambil mengambil beg kertas mengandungi dress labuh dan meninggalkan kedai jahit itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Ini sambungan kepada ff 'Kisah Geng Sekolah'. Kalau nak lebih faham kisah sebenar, bacalah ff 'Kisah Geng Sekolah' terlebih dahulu.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet