002

My Handsome Husband
Please Subscribe to read the full chapter

 

Di dalam sebuah bilik stor kedai serbaneka tempat Da Bin bekerja , Da bin sedang tertidur . Dia yang baru selesai syifnya tak larat untuk terus pulang dan akhirnya terlena di dalam bilik stor yang sempit itu. 

 

Dia terjaga pun terima kasih kepada pekerja syif malam yang mengejutkannya. Dengan terkocoh -kocoh , dia terus pulang ke rumah . Tutup sahaja pintu , dia dikejutkan dengan keadaan rumah yang bersepah. 

 

Da bin mengetap bibirnya sekuat mungkin sambil dia berjalan kearah ruang tamu yang sudah tak rupa ruang tamu. Ini dah macam rumah tikus . Butir popcorn bersepah , kertas iklan terabur dan air tumpah diatas lantai yang sudah kering dan lekit. 

 

 " Lucas..." keluh Da Bin sebelum meletakkan beg sandangnya lalu mula mengemas. 

 

Mengemas dan mengemas tanpa rungutan. Setelah selesai mengelap tumpahan tadi , Da Bin akhirnya bersandar pada kaki sofa dengan helahan berat. Dia menutup matanya lama . 

 

Tujuan dia berkahwin dengan Lucas terlalu banyak. Anggapan dia selama ini telah banyak menyasar . Dan sedikit sebanyak dia merindui keluarganya yang jauh. 

 

Da bin akhirnya mengalirkan air matanya dalam diam . 

 

♡♡♡

 

Di pagi yang tenang , Lucas orang pertama yang bangun . Dia memandang isterinya yang masih lena memeluk lengannya . Lama dia memandang wajah Da Bin yang semakin cengkung itu sebelum tangannya memegang perutnya yang kosong. 

 

 Papp!

 

Satu jentikan yang agak kuat menimpa dahi Da Bin membuatkan gadis itu terus tersentak dan bangun . Terkebil -kebil Da Bin memandang Lucas yang bersila di hadapannya. 

 

 " Nuna.. lapar.." 

 

°°°

 

Da Bin memandang Lucas yang dari tadi cuba membuka botol jem baru yang ketat itu. Dia mendongak dagu dengan wajah bosan memerhati Lucas yang begitu lembik. 

 

Geram , dia akhirnya merampas botol itu dari Lucas dan membukakannya dengan mudah . Botol jem itu dihulurkan kembali kepada Lucas yang memandang kagum. 

 

Lucas meletakkan botol jem itu berhati -hati diatas meja sebelum dia memandang pisau sapu dan sudu dihadapannya. Bola matanya bergerak -gerak ke kiri dan ke kanan memandang dua alat itu. 

 

 "... Nuna, patutke aku guna pisau sapu atau sudu ?. Mana lebih mudah " soal Lucas menghentikan suapan Da Bin. 

 

Gadis itu memandang kedua alat yang ditayangkan Lucas . " Pisau sapu. Itu lebih mudah " balas Da Bin dengan mendatar.

 

●●●

 

Sedang mereka berdua menunggu ketibaan bas yang lembap macam siput , sebuah kereta tiba -tiba berhenti tepat di hadapan mereka. Cermin tingkap diturunkan dan wajah beberapa orang gadis muncul dengan senyuman mesra. 

 

 " Lucas , marilah tumpang sekali ~.." pelawa Nayeon sudah sedia untuk membukakan pintu bagi lelaki itu. 

 

Lucas tersenyum kecil sebaik melihat rakan kelas sebelahnya itu. Dia mengangguk laju tanpa berfikir panjang dan terus melompat masuk kedalam perut kereta . Meninggalkan Da Bin yang tak sempat beraksi untuk menghalang. 

 

Kereta itu berjalan pergi. Meninggalkan Da Bin yang terpingga -pingga seorang diri. 

 

°°°

Akhirnya Da bin seorang diri menaiki bas menuju ke sekolah . Dia memeluk beg sekolahnya dengan erat sambil mulutnya memaki hamun Lucas yang langsung tak sensitif dengan perasaannya.

 

Da Bin berhenti hanya apabila dia merasakan dirinya dipandang dari tadi. Dia menoleh ke kirinya dan seorang lelaki dengan wajah dingin sedang merenungnya tanpa berkedip. Aura seram lelaki itu membuatkan seluruh bulu badan Da bin berdiri . 

 

Ini kalau mamat ni bangun nak serangnya  , bulu romanya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yeol_Lovers__ARMY #1
Chapter 1: I love it... dah lama x baca romcom cute camni...
WannaBelieve #2
Chapter 1: THUMBS UP ! . HAHAHAHAA... Seriuslah Lucas even nak tekan butang pun ada konfliknya... Update soon Authornim <3