001

My Handsome Husband
Please Subscribe to read the full chapter

 

Pagi -pagi lagi , dapur sebuah apartment di tengah bandar Seoul sudah berasap dengan bau -bau yang sedap. Seorang gadis bertubuh kecil sedang sibuk menyiapkan sarapan untuk suaminya yang masih berdengkur di dalam bilik. 

 

Setelah hampir satu jam bertungkus lumus , meja makan akhirnya penuh dengan pelbagai jenis hidangan. Macam -macam ada. Gayanya dah macam makan tengah hari. 

 

Kenapa masak banyak sangat ?. 

 

Semuanya kerana ... 

 

Tepat pada masanya , seorang lelaki dengan pyjama pisang keluar dari bilik tidur dengan nguapan yang besar. Dia dengan mamai yang tak hilang terhuyung-hayang berjalan mengikut bau . 

 

Da Bin mengeluh perlahan sebelum dengan segera mendapatkan suaminya itu sebelum memimpin Lucas ke bilik air. Sebaik sahaja kaki menyentuh lantai sejuk , mata Lucas terus terbeliak besar. Dia memandang kearah Da Bin yang sudah ada di sisinya. 

 

 " Nak makan !" Bentaknya dan ingin keluar dari bilik air sebelum lengannya dipukul kuat oleh Da Bin. 

 

 " Berus gigi , basuh muka dulu ..baru makan .." arah Da Bin dengan tegas. Tangannya malah dinaikkan ; mencekak pinggang. 

 

Gayanya dah macam ibu yang punyai 10 anak. 

 

Lucas mencebik sebelum sekadar akur. Dia memandang Da Bin yang keluar dari bilik air sebelum kembali memandang wajahnya pada pantulan cermin. Dia tersenyum puas. 

 

Sambil mengusap -ngusap dagu runcingnya , dia mula mengagung-agungkan kekacakkannya itu.

 

Setelah puas memuji -muji Ciptaan Tuhan , dia mencapai berus giginya. Sebaik sahaja sudah pegang berus gigi birunya , dia statik. Matanya memandang pili air dan ubat gigi bersilih ganti dengan pandangan konfius. 

 

Konflik Lucas berlaku sekali lagi. Setiap pagi.. konflik ini pasti akan berlaku . Sebab itu dia kadang -kadang malas basuh gigi.

 

 " NUNA , Macam mana nak berus gigi ni ?. Patutke aku basahkan berus gigi dulu atau terus letakkan ubat gigi sahaja?. Atau patutke aku kumuh dulu..tapi nanti.." 

 

Lucas memulakan sesi soal jawabnya dengan kuat . Mengejutkan Da Bin yang sedang mencedok nasi ke dalam mangkuk . Da Bin menghentakkan senduk diatas meja dengan aura bengang. 

 

Dia menarik nafas panjang. Sudah sebulan mereka berkahwin dan sebulan itu soalan yang sama tetap berulang !. 

 

Lucas mengerutkan dahinya apabila tiada jawapan dari Da Bin. 

 

 " NUNA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Jeritnya dengan nada yang sungguh kuat sehingga boleh bergegar seluruh bangunan. 

 

Da Bin pada masa yang sama sudah sibuk duduk di bawah meja sambil menutup telinga. Mamat ni !. 

 

Apabila masih tiada jawapan , Lucas meletakkan kembali berus giginya. Dia berpaling ingin keluar dari bilik air sebelum dikejutkan dengan kehadiran Da Bin di muka pintu.

 

 " Ouw, Nun--"

 

Da Bin terus melanggar Lucas dan masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil laju berus gigi biru tadi dan membasahkannya dengan air sebelum diletakkan ubat gigi keatasnya. Seusai itu , dia terus menyerahkan kembali kepada Lucas yang terkebil -kebil. 

 

Lucas menerima dengan senang dan dia memandang Da Bin yang mahu keluar sebelum satu lagi soalan bodoh keluar dari mulutnya. 

 

 " Tunggu Nuna . Jadi patutke aku kumuh atau terus berus sahaja.. "

 

Da Bin yang terhenti di muka pintu mengetap bibirnya dengan geram yang teramat. Dia berpaling kembali kearah Lucas sebelum menunjukkan kearah pili air.

  " ...kumuh dulu " jawabnya dengan perlahan. 

 

Lucas tersenyum lebar . Berpuas hati . 

♡♡♡

Setelah selesai memakai pakaian seragam sekolah , Lucas dengan terujanya berlari anak ke meja makan sebelum mengambil tempat biasanya. Dia bertepuk gembira melihat makanan yang banyak di hadapannya. 

 

Lucas = Makan dengan banyak. 

 

Da Bin hanya menggeleng melihat keterujaan lelaki itu di hadapan makanan. Setiap masa makan , makanan yang dimasak kena banyak dan pelbagai. Kenapa ?. Kalau tak jadilah macam bulan lepas..  

 

Lucas mogok makan hanya kerana Da Bin sekadar menghidangkan kokokrunch dan susu semasa sarapan. 

 

Hanya sebab itu, kecomelan lelaki itu terus hilang dan Lucas terus jadi sami yang bertapa di dalam gua. 

 

Lucas terus men

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yeol_Lovers__ARMY #1
Chapter 1: I love it... dah lama x baca romcom cute camni...
WannaBelieve #2
Chapter 1: THUMBS UP ! . HAHAHAHAA... Seriuslah Lucas even nak tekan butang pun ada konfliknya... Update soon Authornim <3