Bab 4: Homesick

My Pretty Child

Setelah 2 minggu, Leo mengalami “homesick” kerana dia sangat rindukan omma dan appanya. Tak lama kemudian, dia jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Apabila N mengajak Leo pergi ke internet café bersama, dia memanggil Leo di biliknya. “Leo-ssi, jom main game kat internet café,” ajak N. Tiba-tiba, dia terkejut. Leo terbaring di lantai bilik macam orang mati. “No!!!!! bangunlah Leo!! bangun!! Nayoung! Sejeong! tolong oppa!!!!” jerit N hingga semua orang di rumah dengar jeritannya. Ketika itu omma dan appa tiada di rumah kerana bekerja. Nayoung berasa cemas lalu dia pergi ke bilik abangnya. Sejeong yang sedang basuh pakaian pun terkejut. Sejeong keluar dari bilik air setelah mendengar raungan N. “N oppa, awak kenapa menjerit bagai orang gila ni?” tanya Nayoung, cemas. “Ni, Leo oppa pengsan! Tadi oppa ajak dia, tak sangka Leo oppa pengsan begitu. Mari bawa dia ke klinik,” N mengadu kepada adiknya. Sejeong segera datang mendapatkan Leo. “Oppa, Leo oppa sakit agaknya. Jom bawa dia ke klinik,” kata Sejeong sambil membantu N mengangkat Leo. Nayoung segera mengambil kunci kereta abangnya di tempat letak kunci. Nayoung membuka pintu kereta di belakang membolehkan mereka meletakkan Leo di belakang tempat duduk. Sejeong duduk di sebelah abangnya. Kepala Leo diletakkan di atas paha Sejeong. Lepas itu, Nayoung mengunci rumah dan dia segera masuk ke kereta. “Oppa, drive slow-slow tau. Kita bawa dia ke klinik,” kata Nayoung sambil menutup pintu kereta.

          Semasa dalam perjalanan ke klinik, Sejeong terkejut melihat muka abangnya. “Muka Leo oppa agak pucat. N oppa, selalunya Leo oppa jatuh sakit setelah beberapa lama. Tengok keadaan Leo oppa, mukanya bertukar jadi biru kerana pitam,” terus terang Sejeong beritahu keadaan abangnya. “Sejeong susah hati, dah beberapa kali Leo pitam. Dia mengalami pitam sejak kecil lagi,” kata Sejeong perlahan. “Saya rasa kesian pulak. Kalau keadaan Leo agak membimbangkan, baik telefon auntie Irene jer. Biar dia tahu keadaan Leo sebenarnya,” lembut Nayoung bercakap. Mereka sampai di klinik. Perlahan-lahan Nayoung dan N mengheret Leo keluar dari kereta. Sejeong segera keluar dari kereta lalu menutup semua pintu kereta dan menguncinya.

          Dr Seulgi sedang periksa seluruh badan Leo. Sejeong, N dan Nayoung duduk di ruang menunggu. Mereka menunggu sehingga doktor memberitahu keadaan Leo. 20 minit kemudian, mereka nampak Dr Seulgi keluar dari bilik rawatan. “Nae~ adakah kamu semua ni keluarga Leo?” tanya Dr Seulgi. “Nae, saya adik Leo. Mereka berdua ni sepupu kami,” jawab Sejeong. “Abang kamu mengalami pitam. Doktor merasakan pitam ni berlaku sekejap saja. Doktor pernah merawat abang kamu masa dia kecil lagi. Sudah berkali-kali abang kamu pengsan tiba-tiba. Tulah kalau terlalu lama berdiri atau tunggu orang lama sangat, dia menjadi pengsan. Nanti nurse bekalkan ubat yang sesuai untuk abang kamu. Btw, kamu berikan dia sesuatu yang lembut untuk dimakan, seperti bubur nasi, kacang rebus, dan sebagainya. Sup panas juga digalakkan. Tidak dibenarkan minuman sejuk buat sementara waktu. Bila dia hampir pulih, barulah dibenarkan makan nasi,” terang Dr Seulgi. Sejeong mengangguk tanda faham. “Leo oppa dah sedar atau belum?” tanya Nayoung yang diam sejak tadi. “Belum lagi. Sejak tadi Leo tidak sedarkan dirinya. Kamu semua boleh jenguk Leo lepas ni,” kata Dr Seulgi.

          1 jam kemudian, Leo tersedar. Dia dapati dirinya berada di katil. Dia merasakan tangan kirinya dipegang oleh N. Tangan kanannya dipegang oleh Sejeong. Nayoung pula duduk sebelah Sejeong. Mereka bertiga tidur dengan lena. “Saya dimana ni?” Kenapa saya di sini?” tanya Leo, perlahan. N, Sejeong dan Nayoung bangun. “Oppa, awak kat klinik sekarang. Kami hantar oppa ke klinik. Kami nampak awak pengsan,” jawab Sejeong sambil meraba lengan kanan abangnya. “Nae~ saya risau dengan awak ni. Tadi awak pengsan begitu buat saya terkejut. Saya rasa awak rindukan omma awak kan?” lembut N bersuara. Dia duduk di atas katil Leo. Dia membelai rambut Leo. “Oppa rasa dahaga kan? Saya bawak sebotol air mineral, awak minum yer,” kata Nayoung. Dia mengeluarkan sebotol air mineral dalam begnya lalu memberikan kepada Leo.

          Selepas 2 jam berada di klinik, mereka dibenarkan untuk pulang. Nurse membekalkan beberapa jenis ubat yang sesuai untuk Leo. Mereka balik ke rumah selepas itu. Pn Jihyo dan En Gary menunggu kepulangan anak-anaknya dan anak saudaranya. “Ke manakah kamu semua pergi?” tanya En Gary. “Appa, Leo pengsan pagi tadi. Kami semua bawalah dia ke klinik untuk dirawat,” balas N. “Leo, kamu ok ke?” tanya En Gary. “Saya ok je, uncle. Leo sangat sedih sebab Leo terlalu rindukan omma saya. Saya  mengalami homesick, uncle, auntie. Walaupun N layan saya dengan baik, tapi saya rindukan belaian lembut omma saya. N banyak bersabar dengan saya. Dia tahu keadaan saya yang membimbangkan,” Leo berterus terang dengan pak cik nya. “Kamu masuk bilik dulu ya. Auntie masakkan bubur untuk kamu,” jawab Pn Jihyo.

2 hari kemudian…

“Auntie, blh saya call omma saya,” kata Leo. Pn Jihyo bersetuju. “Boleh, Leo. Call omma kamu untuk melepaskan rasa rindu kamu,” kata Pn Jihyo memberi kebenaran untuk Leo menelefon ommanya.

***************************

Panggilan telefon

Leo: Annyeonghaseyo omma. Leo ni.

Omma: Annyeonghaseyo. Leo sayang. Awak dgn Sejeong baik-baik ke di sana?

Leo: Saya dan Sejeong ok2 je di sana.

Omma: Hmm, baguslah. Macam mana dengan keadaan awak, sayang?

Leo: Omma, Leo tak sihat hari ni. Hari tu Leo dibawa ke klinik kerana pitam.

Omma: (Oh, dia pitam lagi) Siapa hantar awak?

Leo: Nae~ N, Nayoung dan Sejeong hantar saya omma. Doktor kata saya terlalu lama menunggu omma dan appa balik. Doktor cakap saya perlu berehat.

Omma: Oh, begitu. Omma dan appa rindukan awak berdua. Sayang, doktor ade beri ubat tak?

Leo: Ade, omma. Leo makan ubat tu selepas makan.

Omma: (Kalau Leo dah makan ubat, rasa lega sikit) Baguslah awak makan ubat. Good boy.

Leo: Omma, bukan saja uncle Gary dan auntie Jihyo jaga saya, malah N dan Nayoung pun jaga saya pulak. Sejeong pun sama. Sampai kami 4 tidur satu bilik.

Omma: (Prihatinnya) Hmm, Baguslah kalau begitu. Oh ya, awak ade pergi sekolah ke? (Saje nak tanya)

Leo: Nae, Saya ade pergi sekolah, tapi hari ni cikgu benarkan saya berehat di rumah. So, saya cuti hari ni. (N dah bagitahu tadi)

Omma: (Oh, lupa pulak dia kurang sihat) Pasti kerana awak demam. Takpe. Omma nak sambung kerja dulu. Nanti telefon lagi ye. Jalga…

Leo: (Omma sambung kerja ke, takpelah) Leo sayang omma. Leo nak tidur lepas ni. Anyeong~~~ =D

****************************

Selepas itu, Leo pergi ke bilik untuk tidur. Dia perlu berehat secukupnya. Selepas 2 hari, Leo kembali ke sekolah. Chingusnya sangat gembira mendengarnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet