Bab 2: Tinggal bersama keluarga uncle

My Pretty Child

Sebelum mereka berangkat ke London pada petang ni, mereka pergi ke rumah En Gary, abang kepada En Suga. Mereka merancang untuk menghantar Leo dan Sejeong tinggal bersama keluarga abangnya sepanjang tempoh 6 bulan. Mereka berbuat demikian demi kebaikan anak-anaknya. Mereka akan menjemput anak-anaknya selepas 6 bulan.

Di rumah En Suga.

          “Changi mencadangkan agar anak-anak kita tinggal bersama keluarga abang changi, Gary. Mereka berdua past akan menjaga anak kita dengan baik. Leo dan Sejeong dapat teman bermain. Mereka juga pastinya dapat pergi sekolah sama-sama,” cadang En Suga. Pn Irene bersetuju. “Baguslah, changi. Yeobo setuju. Nanti yeobo bagitahu mereka berdua. Mereka pasti gembira,” Pn Irene akan memberitahu anak-anaknya. Malam itu, Pn Irene sempat memberitahu anak-anaknya. “Leo sayang, Sejeong sayang, kamu berdua kemaskan barang masing-masing. Kita nak berangkat esok,” arah Pn Irene. “Nak pergi mana, omma?” tanya Leo. “Ke rumah Uncle Gary. Dapatlah kamu berdua bermain bersama sepupu kalian,” jawab Pn Irene. “Omma dan appa hantar kamu berdua pergi ke sana supaya uncle Gary dan auntie Jihyo jaga kamu berdua. Kamu berdua kalau ada apa-apa, bagitahulah mereka. Satu lagi omma nak pesan, jangan bergaduh ya. Berbaiklah dengan mereka,” pesan Pn Irene. “Nae~ kami akan ingat pesan omma,” balas Sejeong. Tanpa membuang masa, mereka berdua pun kemaskan barangan dan pakaian yang perlu dibawa.

Esoknya…

          Mereka sekeluarga pergi ke rumah keluarga abangnya. En Gary dan Pn Jihyo menerima kedatangan keluarga En Suga. Mereka sangat gembira, termasuklah anak-anaknya. “Annyeonghaseyo Gary hyung. Saya dan isteri saya pergi London. Ada urusan kerja. Kami tinggalkan Leo dan Sejeong di bawah jagaan hyung,” kata En Suga. “Berapa lama kamu berdua pergi sana?” tanya Pn Jihyo. “6 bulan, unnie. Saya bimbang dengan Leo nie jer, dia mudah pitam. Kadang-kadang dia demam sebab terlalu rindu,” balas Pn Irene. “Hmm, baguslah. N dan Nayoung sangat suka bermain dengan mereka. Cuma N terlalu suka kawan dengan Leo. Sampai dipaut leher Leo di lengannya. Sampai Leo hampir tercekik dibuatnya,” balas Pn Jihyo. “Omma ni, saya cuma bermain dengan dia jer, takkanlah sampai saya cekik dia,” balas N. Apalagi, dia mencuit pipi anaknya. Nayoung geli hati melihatnya.

          “Omma dan appa nak berangkat ke airport. Kalau ada apa-apa, telefon appa dan omma tau,” kata Pn Irene. Dia mencium pipi anak-anaknya sebelum pergi. Anak-anaknya melambaikan tangannya ke arah omma dan appanya yang akan berangkat. “Bye omma, bye appa!!!” jerit mereka berdua. Pada malam itu, Sejeong tidur bersama Nayoung di biliknya. Leo pula tidur bersama N di bilik sebelah. Mereka masuk tidur. Leo tidur lena di sebelah N. Semasa tidur, N meletakkan tangannya pada perut Leo. Sudah pandai bermanja pula. Nampaknya ada orang kedua yang memanjakan Leo.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet