Bab 1: Urusan Penting Syarikat

My Pretty Child

En Jimin sedang membuat persiapan kepada para pekerjanya di Syarikat Big Hit Business untuk dibawa di London. Para pekerja pun sedang menyediakan laporan kewangan terkini, laporan pengaliran wang tunai dan lain-lain yang berkaitan. Dia berkata kepada para pekerjanya, termasuk En. Suga dan Pn Irene tentang urusan penting berkenaan syarikat ini dengan syarikat di luar negara. Mereka juga dedahkan dengan pelbagai insentif yang akan dilakukan di masa depan. Semua pekerjanya bersetuju, termasuklah En Suga dan Pn Irene.

Di café pejabat.

          En Suga dan Pn Irene sedang berbincang tentang persiapan untuk urusan penting di London. Tempohnya agak lama, 6 bulan. Akan tetapi, mereka bimbang akan keselamatan anak-anaknya di rumah dalam tempoh itu. Mereka kasihan terhadap Leo dan Sejeong. Pastinya mereka sangat bimbang, lebih-lebih lagi, anak sulungnya, Leo yang mudah pitam, kerana dia tak mampu menunggu mereka pulang dalam tempoh yang lama. “Kalau tinggalkan mereka berdua lebih lama, yeobo takut apa-apa yang berlaku terhadap Leo. Dia ni mudah pitam. Dia juga pernah demam. Ingat lagi tak?” tanya Pn Irene. En Suga mengangguk. “Ya, Leo kadang-kadang dia demam kerana terlalu rindu dengan ommanya. Sejeong pulak yang rawat abangnya. Sejeong pulak memberanikan diri pergi ke farmasi sorang2 untuk membeli ubat demam,” balas En Suga.

#Flashback…

          “Oppa, badan oppa panas ni, Sejeong hantar oppa ke klinik ye,” kata Sejeong.  “Oppa tak mau pergi klinik, oppa mau omma…,” ujar Leo perlahan. “Hmm, omma dan appa masih tak baliklah, oppa. Kalau oppa tak nak pergi klinik, takpe. Biar Sejeong pergi farmasi untuk beli ubat untuk oppa, ok?” “Bawa omma balik,… omma…, omma… baliklah,” terketar-ketar Leo meminta ommanya balik ke rumah. “Nanti Sejeong bawak omma dan appa balik ye, oppa tidurlah dulu. Bila omma dan appa dah balik, Sejeong bangunkan oppa, ye,” pujuk Sejeong. Lepas tu, Sejeong meletakkan tuala yang telah dibasahkan dengan air dan memulaskan tuala itu. Lalu dia meletakkan tuala itu pada dahi abangnya. Kemudian baru Sejeong keluar dari rumah untuk membeli ubat.

#Fashback ends…

          “Patutlah Sejeong  keluar dari rumah sorang-sorang. Nasib baik kita perasan Sejeong jalan sorang-sorang,” balas Pn Irene. “Kamu memang suka manjakan Leo. Iri hati betul saya,” ujar En Suga. “Sebenarnye saya kerap membelai Leo sehingga dia jadi manja,” kata Pn Irene. Dia memang sayangkan Leo. Tapi, dia juga sayangkan Sejeong. Dia tidak pernah pilih kasih. Cuma dia sangat manjakan Leo. Ketika Leo agak takut tidur seorang diri, Pn Irene pun menemankan dan mendodoikannya sehingga dia tidur. Ketika itu dia masih kecil.

Balik dari pejabat.

En Suga dan Pn Irene memberitahu anak-anaknya tentang urusan kerja. “Omma dan appa pergi ke London atas urusan kerja. Namun, omma dan appa agak risau dengan kamu berdua ni. Keselamatan kamu berdua agak membimbangkan omma dan appa,” kata En Suga. “Lamakah omma dan appa pergi?” tanya Sejeong. “6 bulan Sejeong. Nilah omma asyik risaukan abang kamu ni. Tengok keadaan abang kamu ni, tak betah tunggu lama. Nanti pitam pulak,” kata Pn Irene. “Omma, Leo mohon supaya omma dan appa jangan balik lama sangat. Leo perlukan omma, Leo juga perlukan appa,” rayu Leo. Pn Irene tahu benar Leo tak betah tunggu lama.

Malam itu, ketika suaminya tidur, Pn Irene pergi ke bilik Leo. Dia membawa segelas susu segar. “Leo, kamu belum tidur lagi ke?” tanya ommanya. “Omma, Leo tak mahu omma pergi lama sangat, Leo maukan omma,” ujar Leo. Pn Irene duduk di katil Leo. Dia membelai rambut Leo. Dia tak sampai hati melihat anaknya begitu. “Nae~ omma faham. Omma akan rindukan kamu, sayang. Omma juga rindukan adik kamu. Omma begitu manjakan kamu. Omma pernah menjaga kamu ketika kamu sakit,” lembut Pn Irene bersuara. “Omma buatkan susu untuk kamu. Minumlah susu ni,” Dia memberikan segelas susu kepada Leo. Selepas itu, Pn Irene membelai rambut Leo dengan perlahan dan memeluknya. Akhirnya Leo pun tidurlah. Perlahan-lahan Pn Irene meletakan anaknya di posisi tidurnya pada katil dan dia menutup pintu bilik Leo.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet