satu - bencikah?

Take My Hand *new*

     Baru sahaja kaki Jimin mahu melangkah masuk ke sekolah, bahunya dirangkul Seungcheol kuat sebelum rakan-rakannya yang lain mendekati mereka berdua. Eunbi yang dari tadi mengikuti jejak langkah Jimin akhirnya tersenyum sebelum sangkaan dia yang mereka semua ialah kawan Jimin punah dan serta-merta senyuman tadi pudar. 

"Excuse me! Park Dwaeji (pig) nak lalu." teriak Seungcheol kuat ke arah orang ramai yang berada di hadapan mereka sambil diiringi ketawa rakan-rakannya yang lain.

Semua yang berada di laluan koridor mula berbisik sesama sendiri. Ada yang memberikan pandangan jelik ke arah Jimin. Jimin pula berdiri kaku di lorong tersebut. 

"Tolong alihkan tangan kau." Perlahan sahaja suara Jimin tetapi masih boleh didengari Seungcheol. Tangan Jimin menepis tangan Seungcheol sebelum badan kecil Jimin ditolak kuat pada dinding. Air muka Jimin menunjukkan dia berada dalam kesakitan. Kolar baju Jimin digenggam kuat. 

"Semenjak kau mati hidup semula ni, kau dah berani melawan ye. Kau tak nampak yang kitaorang ni cuba nak jadi 'kawan' kau,"ucap Seungcheol lalu di tergelak sinis. 

Kring! Kring!

Mereka yang berada di laluan koridor tadi mula memasuki kelas memandangkan loceng telah berbunyi. Seongwoo yang setia berada di sebelah Seungcheol menyiku perlahan lengan kanan Seungcheol. 

"Loceng dah bunyi. Baik kita pergi sebelum guru disiplin datang," bisik Seongwoo perlahan. 

Genggamannya dilonggarkan lalu kolar baju Jimin dilepaskan. Baju Jimin yang tadi agak tak terurus disebabkan tindakan Seungcheol, dibetulkan oleh Seungcheol semula. Cermin mata bulat Jimin yang terlorot dinaikkan semula. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga kanan Jimin.

"Nasib kau baik hari ni,"bisiknya. Pipi kanan Jimin sempat ditampar lembut sebelum dia dan gengnya meninggalkan Jimin. "Rehat nanti jumpa ye sayang," ucap Seungcheol sebelum disambut dengan gelakan daripada gengnya.

Eunbi yang dari tadi setia memerhati, menggenggam erat jari-jemarinya kerana geram. Baru sahaja dia ingin mendekati Jimin, Jimin sudah berlari ke tangga. Tanpa memikirkan waktu pembelajaran sudah bermula, Eunbi sekadar mengikut rentak Jimin dan mengekorinya ke rooftop. Dia risau jika Jimin melakukan sesuatu yang tidak diingini.

"Arghhhhhh!"

Beg sandang dicampakkan ke lantai dan dipijak berkali-kali lalu beg itu ditendang ke dinding. Dadanya berombak-ombak menahan amarah. Air mata mengalir laju. Dia cuba mengesat air matanya menggunakan lengan bajunya. 

Kelihatan tangannya menggigil kuat dan kakinya menggeletar laju. Belakang badannya direhatkan pada dinding dan perlahan-lahan badannya dijatuhkan ke lantai. 

"A-aku...tau kau ada kat belakang pintu. Tolong. Tolong berhenti ikut aku. Aku penat!" Nada suaranya yang tinggi mengejutkan Eunbi. Hampir menggeletar tubuh Eunbi mendengar suaranya tapi dia masih lagi memberanikan diri untuk mendekati Jimin.

"Saya cuba nak bantu."

"Apa yang kau boleh bantu aku?!"

"Bawa awak keluar dari masalah awak."

Jimin terdiam. Mulutnya terkunci untuk membalas jawapan Eunbi. 

"Awak nak tahu sesuatu? Setiap orang ada masalah yang berbeza-beza tetapi itu semua bergantung pada cara mereka menangani masalah tu. Macam awak ada masalah juga dan saya juga ada tapi mungkin masalah awak lagi berat dari masalah saya."

Dalam Eunbi berbicara, dia perlahan-lahan mendekati Jimin dan duduk di sebelah Jimin. Jimin hanya membisu sebelum pandangannya dialihkan ke langit. Satu keluhan dilepaskan.

"Patut ke aku percaya kau?"

"Saya sanggup pertaruhkan nyawa saya untuk itu."

Jimin membawa lututnya ke dada dan menikmati angin sejuk yang meniup lembut ke badannya. 

"I have a question. Is being different a crime?"

"Nope. It is not a crime but it is one of a kind. We called it unique."

Sekali lagi Jimin mengeluh.

"Tapi kenapa semua pinggirkan aku semata-mata aku ni lain berbeza daripada mereka? Aku tahu aku ni tak ada rupa. Aku tahu aku ni tak kaya. Aku tahu yang aku bukan daripada keluarga yang baik. Perlukah mereka pinggirkan aku?"

Jimin tergelak sinis sebelum dia menundukkan pandangan. Jari telunjuknya dimainkan pada kepala lututnya.

"Sepuluh tahun aku hidup macam ni. Kadang-kadang aku sabar tapi ada masa aku tak tahan. Tekanan makin hari makin bertambah. Sepuluh tahun aku hidup kesunyian tanpa kawan. Daripada kawan menjadi musuh. Semua bencikan aku..."

Sekali lagi Jimin tertawa. Pandangannya dialihkan ke arah Eunbi.

"Kenapa aku perlu ceritakan semuanya pada kau? Nanti kau pun akan jadi macam mereka yang lain. Kau akan buat perkara yang sama pada aku. Kau akan khianat aku."

Eunbi tergamam. Mereka saling berpandangan dan kedua-dua mereka kaku. Sekali lagi Eunbi dapat merasakan pandangan yang sama diberikan Jimin seperti pada malam kali pertama mereka bertemu. Pandangan yang kosong dan menyedihkan.  

"Aku rasa kau patut masuk kelas sekarang sebelum nama baik kau tercemar sebab temankan orang macam aku." 

Dingin suaranya menghalau Eunbi. Terdetik perasaan sedih dalam diri Eunbi sebab kelakuan Jimin terhadapnya tapi sedikit sebanyak dia sudah tahu yang Jimin sudah mahu bercakap dengannya. 

"Kalau awak ada apa-apa masalah, saya sedia untuk mendengar."

Kakinya perlahan meninggalkan Jimin dan bergerak menuju ke kelas.

"Saya takkan tinggalkan awak. Saya nak tolong awak. Percayalah."

 


 

Adakah masa silam mempengaruhi masa depan kita? Fikir-fikirkanlah.

 


haseungwon's note :

Saya rasa ada typo lagi. Sorry naa 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: pergilah ke jalan yang benar.. mana jimin? xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 5: much better