prolog - takdir menemukan kita

Take My Hand *new*

Langit malam yang kosong itu ditenung Eunbi lama lalu fikirannya melayang jauh. Satu keluhan dilepaskannya sebelum dia meraup mukanya perlahan. Palang besi beranda dikuis-kuisnya pakai jari telunjuk. Rambutnya yang terurai jatuh ditiup angin malam yang dingin. Lembut saja pukulan angin mengenai mukanya.

"Apa patut aku buat?" monolog Eunbi sendirian lalu rambutnya dikusutkan. Fikirannya terganggu. Perasaan pelik timbul sejak dia bertemu dengan seseorang buat pertama kalinya.

Park Jimin. Dia masih ingat lagi pandangan mata lelaki itu. Penuh dengan kesedihan dan seolah-olah mata itu mengatakan 'tolonglah aku'. Walaupun pertemuan mereka berdua sekadar kebetulan sahaja, Eunbi berasa keliru. Dia merasakan yang dia perlu menolong lelaki tersebut tetapi pada masa yang sama, ada sesuatu yang menghalang dirinya daripada melakukan itu. Kata-kata seseorang melekat di mindanya membuatkan dirinya teragak-agak untuk membantu Jimin.

"Saya ada satu pesanan untuk awak. Jangan dekati dia. Dia gila. Silap-silap hari bulan, awak pun akan jadi gila macam dia."

Kejadian minggu lepas masih menghantui dirinya. Buat pertama kalinya, dia melihat sekujur badan yang terbaring dengan tangannya berdarah dikelar ketika pihak ambulans mahu mengangkat mangsa ke dalam ambulans. Mangsa tersebut ialah Jimin.

Pada masa itu, ramai yang mengerumuni kawasan persekitaran rumah Jimin tapi mereka bukan berduka bahkan seolah-olah menyorakkan apa yang berlaku ke atas Jimin. Tiada satu manusia pun yang menenangkan ibu kepada Jimin malahan mereka berkata berkaitan hal yang tak elok di belakang ibu Jimin.

"Anak dengan bapa sama je. Dua-dua gila. Ibu tak pandai jaga keluarga betul."

"Betul tu. Nasib baiklah aku tak bagi anak aku berkawan dengan Si Jimin tu. Kalau tak...hmm. Memang dia bagi pengaruh tak baik pada anak aku tu."

"Kenapa tak pindah je dari sini? Mereka duduk sini lama-lama, jatuh nama baik taman sini. Mati lebih baik."

Eunbi yang mendengar sekadar mampu mendiamkan diri memandangkan dia tak tahu akan hal sebenar kerana dia baru berpindah ke kawasan kejiranan tersebut. Eunbi tak mahu dirinya dianggap biadap disebabkan dia menyampuk kata-kata makcik tersebut.

Niatnya yang mahu berjalan-jalan sekitar taman dengan Taehyung, kawan barunya di taman itu, terbantut apabila melihat ambulans berhenti di sebelah rumahnya. Serta-merta dirinya menjadi berani untuk memunculkan diri pada barisan paling hadapan kerumunan tadi. Wajah pucat yang disorong pihak ambulans ditatapnya sebelum cecair merah likat yang setia mengalir keluar pada pergelangan tangan itu dia terpandang. Eunbi menutup mulutnya kerana dia hampir muntah. Eunbi takut darah.

"Saya ada satu pesanan untuk awak. Jangan dekati dia. Dia gila. Silap-silap hari bulan, awak pun akan jadi gila macam dia."

Satu suara menyapa gegendang telinga Eunbi sebelum dia memandang gerangan tersebut dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Keningnya bertaut dan dahinya berkerut.

"Taehyung, awak cakap apa ni?"

"Yang ada dalam ambulans tu Park Jimin. Jangan dekati dia kalau awak tak nak terluka. Dia berbahaya."

Eunbi mengalihkan pandangannya ke arah pintu ambulans tersebut. Puan Park pun sudah sama mengikut pihak ambulans ke hospital. Orang ramai pun mulai meninggalkan kawasan tersebut manakala Eunbi berdiri kaku di tempatnya sambil matanya setia melihat ambulans tersebut membawa Jimin.

"Awak nak tunggu sampai dia balik ke? Kata nak suruh saya bawa awak bersiar-siar sekitar taman." ucap Taehyung seolah-olah terdapat unsur perlian. Taehyung memegang lengan Eunbi untuk membawa Eunbi pergi dari situ tapi Eunbi membatukan dirinya.

"Maaf awak. Saya tak boleh. Saya rasa kita pergi hari lain lah."
Perlahan-lahan pegangan tangan Taehyung terlerai. Eunbi melangkah masuk ke dalam rumahnya kembali, meninggalkan Taehyung keseorangan.

"Bi-ah! Jom makan!"

Satu suara memecahkan lamunannya. Bahunya dirangkul sebelum rambutnya dikusutkan. Eunbi menenung pemilik suara tersebut dengan pandangan yang kosong.

"Kenapa termenung ni? Dah berangan nak kahwin eh?"

"Eh! Apalah abang ni! Bukanlah!"

Usikan abangnya membuatkan dirinya sedar sepenuhnya dari lamunan. Naik merah wajah Eunbi kerana kata-kata abangnya membuatkan abangnya, Kim Minseok tertawa kecil melihat telatah satu-satunya adiknya itu.

"Comel adik abang ni."

Hidung kecil Eunbi dicuitnya, membuatkan Eunbi memuncungkan mulut kerana geram. Tangan Minseok yang merangkul bahunya ditolak ketepi.

"Lah! Marah ke? Abang gurau je. Rilekslah!"

Minseok sekali lagi merangkul bahu Eunbi tapi lebih kuat.

"Ish! Rimaslah. Abang ni."

Minseok tergelak kuat sebelum ketawanya terlerai disebabkan persoalan yang meletus keluar dari mulut Eunbi.

"Apa perasaan abang kalau ada orang panggil abang orang gila?"

"Ofcourse abang marah."

"Kalau orang tu kata keluarga kita gila. Kata mak tak pandang jaga keluarga kita. Mengata kita di belakang...apa abang rasa?"

"Tertekan?"

"Jadi bukan salah orang tu lah kan? Tapi orang sekeliling yang salah sebab menjadikan orang tu macam tu."

"Macamlah tu lah kot. Kenapa Eunbi tanya? Ada sesuatu berlaku ke?"

"Eunbi cuma tiba-tiba terpikirkan hal tu."

"Sebelum Eunbi fikirkan hal dunia, baik kita selamatkan dulu perut kita. Mak masak nasi goreng kimchi dan sup abalone. Tu kan makanan favourite Eunbi."

"Tapi Eunbi takde selera."

"Ah! Kalau kau tengok makanan tu, mesti datang selera tu."

"Eh! Abang!"

Kolar baju bahagian belakang Eunbi ditarik membuatkan Eunbi terdorong ke belakang dan mengikut Minseok untuk berjalan keluar, turun ke tempat makan.

"Adik tak nak makan lah!"

 

***

 

"Jimin...mama pulang."

Baru sahaja Puan Park mahu meninggalkan kawasan bilik itu untuk ke biliknya, dia berasa tidak sedap hati kerana Jimin tidak menyahut. Dia kembali berdiri di hadapan pintu bilik dan pintu bilik itu diketuk.

"Jimin-ah? Park Jimin."

Tiada sahutan. Puan Park mencuba lagi.

"Jimin! Buka pintu ni!"

Sekali pulas, pintu bilik itu terbuka luas dan apa yang Puan Park lihat amatlah mengejutkannya. Jimin hilang!

 

***

 

"Awak perlukan teman?"

Satu suara menyapa Jimin daripada belakang membuatkan Jimin tersentak dan terdorong ke belakang. Perlahan-lahan kakinya melangkah setapak dan setapak ke belakang. Apabila si pemilik suara melihat anak mata Jimin, terserlah ketakutan melalui anak mata itu.

"Awak...tenang. Saya takkan apa-apakan awak. Saya baik. Percayalah."

"Kau siapa?!"

Dia melangkah setapak ke belakang.

"Saya Eunbi. Kim Eunbi. Saya nak jadi kawan awak. Boleh bukan?"

Senyuman manis diberikan membuatkan Jimin berhenti melangkah ke belakang. Entah kenapa dirinya seakan-akan terpedaya dengan senyuman tersebut. Senyuman tersebut nampak ikhlas. Jimin mengeluh perlahan sebelum dia kembali memandang langit malam tersebut. 

Kedua-dua tangan diletakkan di atas palang besi penghadang. Bunyi cengkerik dan air sungai mengalir deras bertukar harmoni dan menemani mereka berdua di bawah langit malam yang kosong. Eunbi berdiri di sebelah Jimin dan masih berharap yang Jimin membalas pertanyaannya tetapi hampa kerana Jimin membisu. Seminit. Dua minit. Tiga minit. Eunbi mulai bosan. 

"Mungkin awak tak suka kehadiran saya di sini. Jadi-"

Baru saja dia mahu meninggalkan kawasan tersebut, tangan kanannya diraih oleh Jimin membuatkan sepasang anak mata coklat Eunbi menatap tepat ke arah anak mata hitam Jimin.

'Mata tu...penuh dengan kesedihan...dan kesengsaraan.' detik hati Eunbi sebelum dia terpandang bekas jahitan pada pergelangan tangan Jimin. Hal ini menyebabkan kejadian beberapa hari yang lepas kembali menujah masuk ke dalam fikirannya. Setelah sedar jahitannya dipandang, Jimin melepaskan pegangan dan melangkah ke belakang. Dia melangkah setapak dan setapak lalu lari meninggalkan Eunbi yang kebingungan.

"Aku ada buat salah ke?" Eunbi menggeleng sebelum dia mengikut Jimin dari belakang memandangkan rumah mereka bersebelahan sahaja.

 

***

 

Loceng rumah ditekan, serta-merta tersengul keluar muka Puan Park. Matanya yang bengkak dan merah kerana menangis itu menatap wajah yang ditunggu-tunggu pulang. Tangannya segera didepakan lalu dipeluk tubuh anaknya itu. 

"Jimin. Jangan buat mak risau. Mak taknak Jimin pergi. Mak sayang Jimin."

Pelukan itu tidak dibalas. Jimin hanya berdiri kaku sambil menangis.

"Maafkan Jimin kerana menyusahkan mak."

Tanpa mereka berdua sedari, sepasang mata hanya memerhati gelagat mereka berdua dengan pandangan yang sayu. 

 

 


 

Manusia menghukum tanpa mengetahui kebenaran sebenar. Manusia menghukum sehingga menghancurkan hidup seorang kanak-kanak biasa. Benarkah tindakan mereka? Fikir-fikirkanlah.

 


 

haseungwon's note :

Maaf kalau ada typo untuk chapter kali ni ye~Mianhae

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: pergilah ke jalan yang benar.. mana jimin? xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 5: much better