2nd - Peterpan, Lost Boys & Wendy

The Tales of Reality


Setelah gaun pendek separas lutut berwarna hijau itu disarungkan ke badan, Aihua memusingkan dirinya di hadapan cermin sambil tersenyum suka. 

Cantik benar gaun tersebut, kena dengan citarasanya yang memang menggemari warna hijau. Tepat pilihan ibunya kerana memilih gaun itu untuk Aihua.

Sedang asyik dia melihat pantulan diri sendiri di cermin setinggi 4 kaki itu, tiba tiba sebuah batu kecil dibaling dari luar tingkap sehingga tergolek ke tepi kaki Aihua. Dia mengutip batu kecil tersebut lalu bergerak ke tingkap. 

"Li Aihua!"

Jari telunjuk diletakkan di depan bibir supaya Park Woojin, teman sejak kecilnya menjadi tanda agar memperlahankan sedikit suara. Budak lelaki itu elok sahaja bertenggek di atas dahan pokok yang terletak bersebelahan dengan tingkap bilik Aihua.

"Kenapa kau datang? Kan hari sudah gelap ni?"

Entah dimana lucunya pertanyaan yang dilontarkan tadi, namun kelihatan Woojin seronok benar mentertawakan Aihua. 

"Kenapa kau tertawa? Kenapa kau datang?"

"Alah kau ni, macam tidak biasa sahaja dengan kedatangan aku di malam hari. Sebenarnya, aku hendak mengajak kau ke tempat persembunyian kita."

"Untuk apa?"

Woojin tidak menjawab terus pertanyaan itu sebaliknya dia menghulurkan tangan kepada Aihua. Sebaik sahaja dia mencapai tangan teman baiknya itu, Woojin tersenyum sinis.

"Aku ada sesuatu hendak ditunjukkan kepada kau."

 

 

-----------

 

 

Tangan kecil milik Aihua digenggam erat oleh Woojin. Sejak dari rumah gadis itu tadi, Woojin tidak melepaskan lansung tangan teman baiknya itu. Sambil mereka berdua berjalan, mata Aihua asyik terarah ke tangan mereka yang bertaut.

"Woojin, apakah yang hendak kau tunjukkan kepadaku itu?"

"Rahsia. Kau akan tahu nanti." Walaupun Woojin menyahut, namun dia lansung tidak menoleh ke belakang melihat gadis itu.

"A-apakah h-hanya kita berdua sahaja nanti?" Terketar suara Aihua. Entah kenapa dia agak gementar sewaktu menanyakan soalan tadi.

"Mestilah tidak! Yang lain sudah menunggu kita disana!"

Keluhan lega bercampur kecewa dilepaskan. Lega kerana Woojin seakan tidak menyedari getaran dari suaranya tetapi kecewa kerana dia berfikiran Woojin hendak menunjukkan 'sesuatu' itu kepadanya sahaja.

Terdapat 10 orang budak lelaki remaja berbeza umur telah menunggu di tempat persembunyian itu.

Asalnya, 10 orang budak lelaki tersebut dahulunya adalah rakan-rakan kepada Woojin. Setelah itu, mereka diperkenalkan kepada Aihua kerana gadis itu ialah teman baiknya. Hubungan persahabatan yang terjalin ini telahpun mencecah usia 6 tahun kerana mereka telah berteman sejak dari sekolah rendah.

"Woojin! Aihua! Lambatnya kau orang sampai!" Hwang Minhyun, si pembersih seantero alam menegur mereka sebaik sahaja sampai.

"Itulah! Nasib baik aku tidak menghabiskan semua roti kaya ni."

Itu pula suara sahutan daripada si sengal Ong Seongwoo. Dari tadi mulutnya tidak berhenti mengunyah roti kaya yang diperkatakan.

Park Jihoon si putih melepak melambaikan tangan kepada Woojin dan Aihua sebagai tanda untuk memanggil mereka duduk bersama di sebelahnya.

"Woojin dan Aihua, ambil lah seorang satu. Aku yang bawakan roti kaya itu."

Dua biji roti kaya dihulurkan kepada Woojin dan Aihua. Mereka berdua mengambil roti tersebut lalu mengucapkan terima kasih kepada Yoon Jisung si ketua selaku yang tertua antara mereka. Masih ada beberapa biji roti didalam bakul. Mungkin Jisung sengaja membawa lebih. 

Belum sempat Woojin ingin memasukkan cebisan roti kaya yang telah dicubit ke dalam mulut, Kim Jaehwan si suara lantang menepuk pahanya kuat.

"Eh Woojin, bukankah kau mengajak kami ke sini kerana hendak menunjukkan sesuatu?"

"Sebenarnya, bukan 'sesuatu' yang ingin aku tunjukkan. Ianya seseorang." Woojin meletakkan kembali roti kaya tersebut ke dalam bakul. Dia berdiri lalu beredar ke arah sebuah pokok besar dihujung tempat persembunyian tersebut.

"Kalian, kenalkan ini Han Gaeun. Dia adalah jiran aku."

Gadis bernama Gaeun yang baru ditarik Woojin disebalik pokok besar tersebut terus menundukkan kepala beberapa saat sebelum menghadiahkan senyuman kepada mereka semua. 

"Hai semua. Nama saya Han Gaeun. Kalian boleh panggil saya Gaeun sahaja."

"Tapi Woojin hyung, inikan tempat persembunyian kita. Kenapa kau membawa dia ke sini?" Lee Daehwi si manja mencebikkan bibir tanda kurang setuju dengan tindakan rakannya itu.

Woojin tidak menjawab dahulu pertanyaan Daehwi sebaliknya dia bertindak mengenggam erat tangan Gaeun yang berdiri disebelahnya sambil merenung ke dalam anak mata gadis itu.

"Gaeun bukan sekadar jiran aku. Dia adalah ... kekasih aku."

Rakan-rakannya yang lain kelihatan amat terkejut terutamanya Aihua. Jihoon yang perasan akan perubahan air muka Aihua yang ketara segera memeluk bahu gadis itu memberi sedikit kekuatan.

Tanpa disedari, sebutir air mata jatuh dipipi Aihua. Dia tidak menyangka hatinya akan merasa sesakit ini apabila teman baiknya sudah mempunyai seorang kekasih. 

"Dia cuma teman baik kau Aihua. Tapi kau adalah buah hati aku." 

Aihua tersentak mendengar bisikan dari Jihoon. Dia meleraikan pelukan lalu memandang wajah Jihoon menanti penjelasan namun budak lelaki itu hanya tersenyum tanpa berkata apa apa.

Buah hati? Dia seperti pernah mendengarkan perkataan tersebut malangnya dia tidak pasti bila dan di mana.

 

 

 

Part 2 End

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lilylunalove
Part 2 updated! Hehe kalini ada sedikit hint disitu kekekeke~

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: haaaaaa kenapa woojinnn TuT
dapat rasa betapa heartbrokennya si Aihuaaaa
Seasony
#2
Chapter 1: Woooo toothfairy XD Hahaha! Pencuri hatimu sangat! Nak lagi! nak lagi!
haseungwon
#3
Chapter 1: Pari-pari? Saya terbayangkan sungwoon je tapi sungwoon tinggi 7 kaki ke? XD Haha
aquariusxpisces
#4
Heeeee fighting akak luna~ ( ^∇^)
Seasony
#5
Goodluck awaaaak!