1st - Pari pari Gigi

The Tales of Reality


Uncang kecil berwarna merah jambu itu dikelek sebentar dengan senyuman lebar. Walaupun gusi bahagian belakang mulut Li Aihua masih lagi terasa ngilu dan berdenyut denyut setelah gigi susunya tercabut, namun gadis tersebut tetap berasa gembira apabila terkenang kembali sebuah kisah tentang pari pari gigi.

Kisah itu dahulunya diceritakan oleh nainai-nya (neneknya) sewaktu dia masih kecil. Dongeng tentang pari pari gigi yang kononnya akan mengutip setiap gigi susu yang tercabut di malam hari dan menggantikannya dengan hadiah yang dihajati.

Dan sehingga kini, Aihua tetap percaya dengan kewujudan pari pari gigi tersebut walaupun usianya telah mencecah 16 tahun. 

Justeru, uncang kecil yang terdapat gigi susu tersebut disimpan kemas dibawah bantal sebelum Aihua melelapkan mata dengan hati yang penuh berharap agar pari pari gigi mendengarkan hajatnya.

 

-----------

 

"Selamat malam, buah hati." 

Suara garau yang berbisik perlahan ditelinga Aihua membuatkan lenanya terganggu lalu terjaga.

"Suara siapakah tadi? Pari pari gigi?"

"Hey, saya disini!"

Matanya yang terbuka luas mencari pemilik suara tadi tertacap di bahagian tingkap tepi biliknya yang terbuka mendedahkan kegelapan malam. Terdapat seseorang yang berukuran dalam 7 kaki tinggi mencangkung disitu. Suasana bilik yang turut gelap hanya bertemankan lampu meja lansung tidak membantu penglihatan Aihua. 

Wajah seseorang itu tidak kelihatan namun Aihua tahu dia adalah seorang budak lelaki yang mungkin berumur sebaya dia.

"Jumpa lagi Aihua!"

"Tunggu! Jangan pergi dulu."

Tindakan Aihua yang ingin bangun dari katil dan menuju ke arah budak lelaki itu ditahan dengan isyarat tangan. 

"Katakan sahaja pertanyaanmu, aku akan mendengarkannya." Di dalam samar samar cahaya, Aihua dapat melihat budak lelaki itu mengukirkan senyuman manis. 

"Siapa kau? Kau, pari pari gigi?"

Tawa halus kedengaran selepas soalan diutarakan oleh Aihua. Budak lelaki itu menggeleng perlahan.

"Sangkaku, hanya kanak-kanak sahaja yang mempercayai kewujudan pari pari gigi."

"Jadi, kalau kau bukan pari pari gigi katakan siapa dirimu? Adakah kau seorang pencuri?" Aihua membentak. Dia berasa geram kerana soalan yang dilemparkan tadi dijawab dengan tidak serius.

"Cukuplah sekadar kau tahu yang aku bukannya pari pari gigi seperti yang kau sangkakan. Pencuri? Ya, mungkin juga aku seorang pencuri."

"Apa? Akan ku panggilkan bapaku untuk menangkapmu!"

Jeritan panik Aihua tidak menggentarkan budak lelaki tadi. Dia hanya tertawa halus sebelum berkata dan terjun dari tingkap bilik Aihua yang berada di tingkat dua itu.

"Ya, Aihua. Aku seorang pencuri. Aku pencuri hatimu! Selamat tinggal!"

 

 

 

 

 

Part 1 End

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lilylunalove
Part 2 updated! Hehe kalini ada sedikit hint disitu kekekeke~

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: haaaaaa kenapa woojinnn TuT
dapat rasa betapa heartbrokennya si Aihuaaaa
Seasony
#2
Chapter 1: Woooo toothfairy XD Hahaha! Pencuri hatimu sangat! Nak lagi! nak lagi!
haseungwon
#3
Chapter 1: Pari-pari? Saya terbayangkan sungwoon je tapi sungwoon tinggi 7 kaki ke? XD Haha
aquariusxpisces
#4
Heeeee fighting akak luna~ ( ^∇^)
Seasony
#5
Goodluck awaaaak!