Mianhae...

Way For Love

 

“Sungmin.Awak ke itu?”,tanya Minji.

Mi Ran terkejut kerana Sungmin tidak sempat mengatakan apa-apa.

“Ya,ini saya.Minji,hari ini saya ingin memperkenalkan kepada awak kepada seseorang.

“Siapa?”,tanya Minji.

 “Anyonghaesayo.Chonun Park Mi Ran rahgo imnida”,kata Mi Ran yang memperkenalkan dirinya kepada Minji.

“Anyonghaesayo.Sungmin,Ryeowook tak ikut sekali ke?”,tanya Minji.

“Tak.Dia ada hal lain.Sebenarnya,buat pengetahuan awak,Mi Ran telah menyumbangkan sejumlah wang untuk Light House”,jelas Sungmin.

“Awak sungguh baik hati Mi Ran”,kata Minji.

Mi Ran sekadar tersenyum dengan pujian yang diberikan oleh Minji.

“Mi Ran,Minji.Saya nak ke tandas sekejap”,kata Sungmin.

“Baiklah”,Mi Ran dan Minji serentak.

Minji memulakan perbicaraan.

“Awak dah lama berkawan dengan Sungmin ke?”,tanya Minji.

“Takdelah.Kami baru sahaja berkawan.Minji.Boleh saya tanya sesuatu?Tapi,mungkin soalan ni tak masuk akal.Tapi,saya nak tahu juga”,kata Mi Ran dengan bersungguh-sungguh.

“Tanyalah”,kata Minji yang sudah bersedia dengan soalan yang diberikan oleh Mi Ran.

“Macam mana awak boleh tahu kehadiran Sungmin,walaupun Sungmin tak cakap sepatah kata pun.Lagipun,tadi awak membelakangkan kami”,tanya Mi Ran yang ingin mengetahui jawapan dari Minji.

“Naluri hati”,jawab Minji ringkas.

“Apa?”,kata Mi Ran yang tidak faham dengan jawapan yang diberikan Minji.

“Dengan menggunakan naluri hati,kita dapat mengetahui kehadiran seseorang itu walaupun kita tidak dapat mendengar ataupun melihat.Dengan menggunakan naluri hati juga,kita dapat mengenal isi hati mereka walaupun kita tak nampak air muka mereka seperti saya,seorang gadis buta”,jawab Minji dengan penuh makna.

 

“Wow.Awak telah membuka minda saya Minji”,kata Mi Ran yang kagum dengan Minji.

Minji hanya tersenyum kerana tidak menyangka bahawa dia telah mengagumkan Mi Ran.Tiba-tiba Minji bertanya,

“Mi Ran,awak suka dekat Sungmin ke?

Tiba-tiba Sungmin menyergah Mi Ran dan Minji.

“Amboi,rancaknya kamu berdua berbual”,kata Sungmin.

Mi Ran dan Minji hanya ketawa dengan celoteh Sungmin.

“Minji,waktu sudah pun senja.Sudah tiba masa untuk kami pulang”,kata Sungmin.

“Baiklah.Berhati-hati di jalan”,pesan Minji.

 

Di jalan

 

Mi Ran memulakan perbicaraan.

“Sungmin,persahabatan kita tak akan sampai di sini sahaja kan?’,

 “Tentulah.Kita kan kawan.Lagipun kita satu kolej.Betul tak?’,kata Sungmin.

“Tapi,kita bukan satu kuliah.Awak ambil jurusan perundangan.Saya pula ambil jurusan perniagaan.Tentulah kita jarang jumpa”,kata Mi Ran.

Sungmin hanya memandang muka Mi Ran.Mi Ran berasa malu dengan pandangan Sungmin.

 “Sudah sampai pun rumah awak”,kata Sungmin dengan gembiranya.

Mi Ran terus mengambil sebatang pen lalu menulis sesuatu di tangan Sungmin.

“Jangan lupa telefon saya”,kata Mi Ran lalu masuk ke dalam rumahnya.

Sungmin hanya tersengih melihat gelagat Mi Ran.Sungmin tidak dapat menafikan bahawa dia sudah jatuh cinta.

Lama-kelamaan hubungan Mi Ran dan Sungmin menjadi rapat.Kedua-dua mereka tahu kegemaran masing-masing.Setipa hari pasangan ini akan menghabiskan masa mereka dengan keluar makan,bersiar-siar dan sebagainya.Tetapi perkara ini tidak disenangi oleh Yesung sehinggalah pada suatu hari Ye Sung pergi berjumpa sendiri dengan Mi Ran untuk mengetahui hal yang sebenarnya berlaku kerana nampaknya Mi Ran mengelak diri daripadanya.

 

“Jadi,betullah awak ada hubungan sulit dengan Sungmin”,tanya Yesung.

“Apa awak cakap ni?”,tanya Mi Ran.

“Maafkan saya,saya cuma ragu-ragu dengan hubungan kita selama ini.Maafkan saya Mi Ran kalau saya memaksa awak untuk mencintai saya.Cuma,kenapa tak dari dulu awak cakap kat saya yang awak tak suka kat saya?”,tanya Yesung sambil menundukkan mukanya.

“Maafkan saya juga Yesung.Saya sudah cuba untuk mencintai awak tapi,tak boleh”,kata Mi Ran sambil menitiskan air matanya.

“Takpelah Mi Ran.Jadi memang betullah awak mencintai Sungmin”,tanya Yesung sambil memandang tepat ke muka Mi Ran.

Mi Ran sekadar mengangguk sambil air matanya berguguran.

“Buat pengetahuan awak,saya akan ke United Kingdom esok.Saya akan sambung belajar dalam jurusan perniagaan dan satu lagi semoga berbahagia dengan Sungmin.Selamat tinggal Mi Ran”,kata Yesung lalu meninggalkan Mi Ran yang berdiri terpaku di situ.

“Mi Ran”,panggil Yesung.

Mi Ran terus menoleh kearah Yesung.

“Saya tetap akan menunggu awak”,kata Yesung.

Mi Ran sekadar menundukkan mukanya sambil menitiskan air matanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Sandra_91 #1
Chapter 6: i like it event i late to read your story.
yoora_park
#2
Thank you for reading it...
Liyanaa
#3
I love this story and nice story ^_^