Blackout

Villa

TIT…TIT…TIT…

Bunyi yang berulang-ulang itu membuatkan Yongguk terasa annoying dan terjaga. Namun sebaik sahaja dia membuka mata, cahaya lampu yang menyuluh matanya membuatkan kepalanya terasa sakit semula.

“Awak dah sedar?” Suara gemersik yang dikenali itu membuatkan Yongguk menoleh dan melupakan kesakitan kepalanya. “Cik…? Saya ada kat mana ni?”

“Hospital. Tadi lepas awak bersembang dengan saya pasal microwave tiba-tiba je awak pengsan. Nasib baik tunang saya ada tadi, dia yang tolong saya bawa awak pergi hospital.” Balas Nari. Yongguk terdiam seketika dan cuba untuk mengingati apa yang berlaku. Tiba-tiba dia teringat kawan-kawannya.

“Kawan-kawan saya! Diorang tahu tak saya ada kat sini? Handphone… handphone saya mana?” Yongguk tiba-tiba macam orang tak tentu arah.

“Encik, cuba rileks sikit. Sebenarnya, saya sempat ambik pengenalan diri awak je tadi untuk daftar hospital. Handphone awak ada kat villa. By the way, kenalkan ini tunang saya, Minki.” Pada waktu itu, seorang lelaki berbadan sederhana tiba di tepi katilnya. Minki sekadar senyum namun Yongguk tidak sempat untuk membalas senyuman tersebut.

“Jadi, diorang tak tahu saya kat sini?”

“Minki, saya dah suruh awak bagitahu Encik Woojin yang kawan dia ada kat sini kan?” Tanya Nari sambil memandang ke arah Minki.

“Omg sayang, saya lupa lah!” Nari terus buat muka derp. Tunang siapa tak boleh diharap ni? Minki terus mengeluarkan phone nya lalu menghubungi nombor yang diberi oleh Nari tadi. Namun panggilannya tak berjawab.

“Masuk voicemail la pulak.” Kata Minki setelah mencuba untuk kali ketiga.

“Hujan lebat kat luar. Awak tahu je la, kalau diorang kat villa berkemungkinan line takde. Baik awak tinggal mesej je dulu.” Tenang sahaja suara Nari sampai orang yang dengar pun mungkin sakit hati.

“Kalau macam tu, boleh tak kita balik sekarang? Diorang mesti risau kalau saya takde. Please~” Yongguk merayu seolah-olah Nari dan Minki itu penjaganya. Nari dan Minki berpandangan sesama sendiri.

Melihat reaksi mereka berdua, Yongguk cepat-cepat mengalah “Sorry… saya tahu saya menyusahkan korang untuk hantar saya balik… dengan hujan lebat macam ni…”

“Takpe, sebab tunang saya ni pelupa orangnya, jadi kami hantar awak balik sebagai tanda maaf. Tapi, kena tanya doktor dulu sama ada awak boleh discharge atau tak…” Balas Nari. Yongguk hampir melompat kegembiraan mendengar jawapan tersebut.

Beberapa puluh minit kemudian, Yongguk dah pun berada di seat belakang kereta milik Nari.

“Sayang okay drive hujan-hujan ni?” Tanya Minki yang duduk di sebelah Nari yang memandu.

“I’m okay.” Nari menukar gear dari N ke D, menekan pedal minyak dan memulakan perjalanan menuju ke villa yang boleh tahan jauhnya…

*

Memandangkan semua orang masih dalam keadaan risau (dan ketakutan), tiada seorang pun antara mereka yang mempunyai selera untuk makan. Jadi, hanya roti yang dibawa oleh Woojin sahaja menjadi santapan mereka.

DDUNG! Satu kilat yang memancar tiba-tiba memadamkan semua lampu yang menyala dalam villa tersebut. Berderau darah masing-masing apabila blackout berlaku. Sungwoon rasa macam nak pengsan akibat terkejut.

“Korang stay sini jap. Aku cari kotak suis.” Kata Taehyun.

“Aku teman kau hyung.” Balas Woojin pula. Mereka berdua pun berjalan mencari kotak suis utama villa tersebut.

“Haa, tu kotak suis hyung.” Woojin menunjuk ke arah satu kotak yang tergantung pada dinding berdekatan dengan dapur. Taehyun membuka kotak tersebut dan menolak kembali suis utama tetapi villa itu tetap gelap. “Hmm nampaknya memang bekalan elektrik kat kawasan ni yang terputus.”

“Kita cari lilin je la hyung. Kat dapur mesti ada.” Cadang Woojin.

Sementara itu, Sungwoon dan Daehwi statik di tempat masing-masing. Maklumlah kedua-dua mereka bukanlah berani sangat. Tiba-tiba Sungwoon bersuara.

“Daehwi… aku nak minta tolong boleh?”

“Apa dia hyung?”

“Teman aku pergi toilet. Tak tahan sangat ni nak terkencing.” Balas Sungwoon.

“Boleh hyung. Aku pun dari tadi nak kencing ni.” Daehwi terus mencapai handphone nya yang tinggal 12% bateri itu dan memasang flashlight. Handphone Sungwoon awal-awal lagi dah habis bateri dan dia pula lupa nak charge tadi. Dia berasa sedikit menyesal sekarang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
rillakuma9
Hi. My first comeback story after a long hiatus. Are you PD101 stan? Well I can say I stan most of them so I came out with an idea to make a thriller story. Enjoy!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 9: Uish nasib la Nari baik hati kalau tak kesian Yongguk yang inoshen tu takde organ dalaman hahahahahahahaha. Tak sangka pulak yang Minki pun boleh bersepakat sekali dengan tunang gila dia.
ilyinaa #2
I love this strory
lilylunalove
#3
Oh yeahhh I stan PD101 too! XD