Villa Rose

Villa

“Hai, Park Woojin kan?” Kedatangan mereka disambut mesra oleh seorang wanita muda berambut separas bahu. Woojin yang baru turun kereta terus membalas sapaan tersebut.

“Ya, saya Park Woojin. Cik Kim ya?”

“Panggil je cik Nari. Nasib baik saya tak terlambat. Ini kunci.” Wanita bernama Kim Nari itu menghulurkan segugus kunci kepada Woojin dan sehelai kertas tanda persetujuan mereka untuk menyewa di villa itu.

“Eh takdelah, kitorang yang lambat sebab singgah RnR makan tadi. Thanks cik Nari.” Woojin menyambut kunci tersebut. Jarinya tersentuh tangan cik Nari yang putih itu. Bukan main sejuk lagi tangannya.

“Semua kemudahan yang awak nak guna dalam villa ni, gunalah. Set BBQ ada, indoor games pun ada, semuanya free. Kalau ada apa-apa, call saya ya.” Suara Nari yang lemah gemalai itu membuatkan Woojin berasa seram sedikit. Apahal la minah ni cakap pun nak ayu.

“Okay, cik Nari. Thanks lagi sekali.” Setelah memastikan Nari masuk ke dalam keretanya dan menghilang dari pandangan, Woojin terus mendapatkan rakan-rakannya yang sibuk memunggah barang masing-masing.

“Wah, gempaklah hyung. Cantik gila villa ni. Dah la jauh dari orang, tenang je rasa.” Daehwi melompat-lompat gembira di halaman villa tersebut. Woojin terasa sedikit bangga apabila berjaya mencari villa yang selesa untuk didiami oleh mereka.

“Woojin~! Cepatlah kitorang dah tak sabar ni!” Panggil Sungwoon memandangkan kunci villa masih berada di tangan Woojin, jadi mereka semua tidak dapat masuk.

Yongguk bernafas sedikit lega. Keadaan villa itu tak sama langsung dengan villa dalam mimpinya, malahan catnya yang berwarna hijau muda itu menyejukkan mata yang memandang. Dia mula percaya kata-kata Sungwoon tadi, yang mimpinya hanya sekadar mimpi. Tetapi, rasa seram sejuk masih bersarang dalam tubuhnya.

“Yongguk, kau okay tak ni? Asal kau nampak pucat je?” Tegur Taehyun setelah melihat Yongguk yang terus duduk di atas sofa sebaik sahaja mereka masuk ke dalam villa.

“Eh, kau demam ni.” Kata Sungwoon yang memegang dahi Yongguk. Yongguk yang tak terkata apa-apa, terus memejamkan matanya kerana kepalanya terasa pening. Woojin dan Daehwi yang baru nak masuk ke dalam bilik terus mendapatkan mereka bertiga.

“Kau demam hyung? Kena pergi klinik ni.” Daehwi memberi cadangan. “Haah, kalau biar melarat nanti.” Sambung Woojin pula.

“Eh, tak payah la susah-susah. Lagipun aku ada paracetamol. Nanti aku makan lepas tu rehat. Nanti okay la tu.” Balas Yongguk. Dia tak nak menyusahkan kawan-kawannya terutamanya Taehyun yang dah letih memandu.

“Jangan camtu, Yongguk. Kita datang sini nak bercuti kau kenalah cepat sembuh.” Pujuk Sungwoon. Tapi Yongguk cepat-cepat membantah. “Haa, sebab kita datang sini nak bercuti la korang kena gi tepi pantai sekarang. Nanti takde masa dah.”

“Habis tu camne kau nak gi pantai kalau demam gini hyung?” Tanya Woojin. Yongguk menggeleng. “Aku tinggal dekat sini je, korang pergilah. Aku betul-betul tak larat ni.”

Mereka berempat terdiam seketika mendengar kata-kata Yongguk itu. Masing-masing berat hati nak pergi. Yelah takkan nak tinggal kawan yang sakit sorang-sorang dalam rumah kan?

“Korang… tunggu apa lagi ni? Pergi je lah aku okay je. Gi gi cepat tukar baju mandi. Korang kan dah bawak bikini masing-masing.” Yongguk sempat bergurau untuk menghilangkan rasa bersalah dalam diri kawan-kawannya.

Setengah jam kemudian, walaupun mereka pada asalnya berat hati untuk pergi, akhirnya mengambil keputusan untuk membiarkan Yongguk berehat setelah dia mengambil paracetamol. “Kitorang janji kitorang balik cepat!” Kata Sungwoon sebelum menutup pintu bilik dan Yongguk sudahpun tertidur. Lalu mereka berempat terus menaiki kereta menuju ke pantai yang terletak kira-kira 15 minit dari villa itu.

*

SRRRRETT!!!

Seorang lelaki yang sedang leka bermain game tersentak apabila seseorang menelefonnya.

“Ha, you ada kat mana?” Satu suara halus menyapa sebaik sahaja lelaki itu menjawab panggilan tersebut.

“Rumah. Kenapa?”

“Jom, teman I. Dah ada depan rumah ni.”

“Pergi mana?”

“Villa.”

“Okay. 5 minit.” Panggilan dimatikan. Nari tersenyum kecil. Dia menyanyi-nyanyi sambil menunggu lelaki tadi bersiap.

 

To be continued.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
rillakuma9
Hi. My first comeback story after a long hiatus. Are you PD101 stan? Well I can say I stan most of them so I came out with an idea to make a thriller story. Enjoy!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 9: Uish nasib la Nari baik hati kalau tak kesian Yongguk yang inoshen tu takde organ dalaman hahahahahahahaha. Tak sangka pulak yang Minki pun boleh bersepakat sekali dengan tunang gila dia.
ilyinaa #2
I love this strory
lilylunalove
#3
Oh yeahhh I stan PD101 too! XD