chapter 1

Love You
Please Subscribe to read the full chapter

 

Di dalam bilik.

Jisoo tersedar dari pengsannya. Dia segera bangun dari pembaringannya sambil melihat di sekeliling kerana dia yakin yang sekarang ini dia bukan berada di biliknya. Kepalanya yang terasa sakit itu dipegangnya.

 

" Baguslah awak dah sedar." tegur seseorang yang membuatkan Jisoo terkejut. Lelaki itu menghampiri Jisoo dengan membawa semangkuk bubur untuknya.

 

" Saya kat mana? Macam mana saya boleh ada kat sini? " soal Jisoo sebaik sahaja lelaki itu menghampirinya.

 

" Awak ada kat rumah saya sekarang. Awak tak ingat apa yang berlaku semalam?" soal lelaki itu dan Jisoo hanya menggelengkan kepalanya.

 

FLASHBACK..

 

Jisoo hanya menangis sambil memandu kereta miliknya. Dia betul-betul kecewa dengan sikap Junhui yang berlaku curang dibelakangnya. Tanpa disangka muncul seekor lembu secara tiba-tiba melintas jalan membuatkan Jisoo terkejut dan cuba mengelak dari berlanggar sehinggalah dia sendiri yang hilang kawalan lalu merempuh pokok-pokok disitu.

 

FLASHBACK END.

 

" Maaflah sebab lembu saya awak yang terbabas. Sebagai balasan saya akan jaga awak sampai awak pulih sepenuhnya." kata lelaki itu lagi.

 

" Lagipun ini bukan salah awak sorang,je. Saya pun salah juga sebab memandu dalam keadaan emosi yang tak menentu."

 

" So,sekarang nie kiranya kita seri la kan? Tapi saya akan tetap jaga awak. Awak jangan risau. Makanlah bubur nie supaya badan awak bertenaga sikit." kata lelaki itu lalu menghulurkan mangkuk itu ke arah Jisoo. Jisoo mengambilnya.

 

" Nasib baik masa accident tu awak tak cedera teruk. Kalau tak saya sendiri taktau nak buat apa masa tu. Sebelum tu,nama saya Seungcheol tapi awak boleh panggil saya Cheol saja dan awak?"

 

" Jisoo."

 

" Jisoo? Comel nama tu macam tuan dia" puji Seungcheol membuatkan Jisoo tersedak.

 

" Ma-maaf. Saya tak bermaksud pun..."

 

" Tak-takpa. Saya ok."

 

" Cheol,cepatlah! Nanti lambat pula kita nak ke kebun Tok Dalang tu. Tak pasal-pasal kena marah pula nanti." panggil kawan baiknya Jeonghan dari luar rumahnya. Dia sempat lagi memerhati Jisoo dari luar tingkap bilik SeungCheol.

 

   lebih kurang macam nie la rumah Cheol.

 

" Ye,kejap! Awak rehatlah kat rumah dulu ye. Buat je macam rumah sendiri. Nanti saya datang balik,ok? Saya pergi dulu." kata SeungCheol lalu beredar dari situ meninggalkan Jisoo sendirian.

 

Sebenarnya sekarang ini Jisoo berada di kawasan perkampungan yang sangat indah sekali baginya. Udara di sini dan suasana di sini langsung tak sama macam di bandar SEOUL.

 

Dalam perjalanan ke kebun Tok Dalang.

 

" Siapa lelaki dalam bilik awak tu? Jangan kata kekasih baru awak pula?" soal Jeonghan sedikit cemburu.

 

" Kekasih baru apanya. Saya cuma rasa bersalah sebab buat dia kemalangan semalam. Itu jer."

 

" Kemalangan?? Maksud awak?" soal Jeonghan kurang faham. SeungCheol mula memberitahunya. Kini baru Jeeonghan tahu kenapa Jisoo boleh berada di rumah SeungCheol.

 

" Tapi awak dengan dia bukan kekasih kan?"

 

" Tak. Dahlah. Malas nak layan awak." kata SeungCheol lalu berjalan melepasi Jeonghan. Jeonghan mula mengejarnya. Sebenarnya Jeonghan menyukai SeungCheol tapi SeungCheol langsung tak ada perasaan suka terhadap Jeonghan malah dia tak tahu apa itu ertinya cinta.

 

Setibanya di kebun Tok Dalang. Tok Dalang merupakan ketua kampung disitu.

 

" Tok Dalang kami berdua dah sampai! " jerit Jeonghan kepada Tok Dalang yang berada agak jauh sikit dari tempat mereka berdiri sekarang ini.

 

" Baguslah. Mai la tolong tok kutip sayur kubis,nie!! " jerit Tok Dalang pula. Jeonghan dan SeungCheol mula bertugas mengutip sayur kubis itu.

 

Sementara itu,di rumah SeungCheol.

 

Jisoo hanya duduk di beranda rumah itu sambil menghayati keindahan di situ. Dia tak san

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
NurLofty #2
This looks interesting, looking foward for your update. Thankfully I understand Bahasa a bit ?
me_loveshu
#3
Chapter 1: Im not really good at malay but I got the plot. Quite interesting. Fighting! XD