002

Sekolah Roh
Please Subscribe to read the full chapter

 

Derapan kaki para pelajar jelas kedengaran tatkala Min Soo menjejakkan kakinya masuk ke dalam bangunan utama sekolah itu. Bagaikan tertarik dengan suatu daya ,dia dengan sendiri berjalan menyelusuri bangunan itu. Melepasi beberapa orang pelajar yang  tergesa -gesa. 

 "Yah!! Goo Min Soo!"teriak satu suara menghentikan langkah Min Soo. 

Pantas gadis itu menoleh dan matanya terus terbeliak besar. Suatu entiti dengan wajh yang rentung sepenuhnya sedang memandang kearahnya dengan bebola mata yang terkeluar . Dengan automatik Min Soo memejamkan matanya rapat sambil bibirnya dikemam . 

 "Mereka masih hidup..."ayat itu dibisik beberapa kali...Dia perlu yakinkan mindanya ...

 "Yah!.."sergah entiti tadi yang kini sudah di hadapan Min Soo . 

Dengan jantung yang berdegup kencang ,Min Soo membuka matanya . Wajah entiti tadi kini sudah kembali biasa. Wajah yang sepatutnya manusia masih hidup ada. 

 "Apa yang kau tenung kat muka aku?. Aisshhh, sebab itu aku patut topeng wajah. Kau pun tak boleh tolak tentang kekacakkan aku kan?"lelaki itu mula membebel panjang. Dia menyisir rambutnya yang panjang itu ke belakang sambil tersenyum bangga.

Min Soo masih keliru. Dia memandang lelaki di hadapannya itu yang nampak sungguh mesra terhadapnya bagai mereka sudah lama berkenalan. "Siap.. siapa awak?"persoalan Min Soo itu membuatkan lelaki itu terus senyap.

 

Wajahnya terus mendingin untuk beberapa ketika sebelum menukarnya kepada senyuman yang lebar. "Hey~~kita baru tak berjumpa beberapa jam ,kau dah lupa aku.. Aku Kim Tae Hyunglah.. Kim Tae Hyung! ,kawan seidup semati kau.."balas lelaki itu sambil menepuk -nepuk dadanya. 

Tanpa mendengar apa -apa kekeliruan dari Min Soo, dia meletakkan tangannya ke bahu Min Soo itu lalu menarik gadis itu rapat ke badannya. "Jom! ,kelas dah nak mula"sambil tersenyum manis ,dia mengheret Min Soo bersamanya berlari ke kelasnya. 

  "Pagi Min Soo!!"sapa beberapa orang pelajar lain sebaik sahaja dia dan Tae Hyung tiba di sebuah kelas yang agak riuh . 

Tae Hyung meleraikan pelukan pada bahu Min Soo lalu pantas bergerak ke tempatnya yang terletak di tengah -tengah kelas. Dia dengan selesanya mendaratkan punggungnya diatas kerusi plastik itu sebelum berpaling semula kearah Min Soo yang masih tercegat di hadapan kelas. 

Dengan ceria,dia melambai ke gadis itu lalu menunjuk kearah tempat di sebelahnya yang kosong. Menandakan bahawa tempat itu adalah untuk gadis itu. 

Min Soo hanya mampu memandang dengan fikiran bercelaru. Dia memandang ke sekeliling kelas yang nampak biasa dan normal. Tiada seorang pun yang pelik akan kehadirannya di situ. Bagai dia adalah salah seorang  pelajar Sekolah Tinggi Rollex. 

 

Susu kocak itu dilontar ringan oleh Chan Yeol kepada seorang lelaki yang sedang bersandar rehat di bawah sebatang pokok di padang sekolah. Dengan cekap , lelaki itu menangkapnya sambil tersenyum . 

 "Thanks"ucapnya ringkas sambil mencucuk straw kecil itu ke dalam susu tadi. Dengan laju , dia menghirup susu tersebut . 

Matanya memandang kearah padang di mana rakan -rakan sekelasnya sedabg bersukan aktif. Dilihat Suho sedang digolek -golek diatas padang oleh yang lain. 

 "Kau tak nak join?"soal Chan Yeol untuk kesekian kali sambil dia mengelap peluhnya yang menitik dengan lengan baju gymnya. 

Lelaki tadi hanya tersenyum sebelum menggeleng. Entah kenapa dia rasa letih untuk menyertai yang lain. Ya ,semakin hari , badannya semakin lesu tanpa sebab. 

Kelas tamat dan diganti dengan masa rehat antara kelas. Tae hyung menggeliat penat sebelum dia melentokkan kepalanya dengan manja ke bahu Min Soo membuatkan gadis itu terkejut. Min Soo terus duduk tegak apabila merasa beban yang sungguh sejuk di bahunya. 

Ya , suhu yang sungguh sejuk. Suhu yang dimiliki oleh mana -mana hantu. 

 "Aaaa~penatnya Min Soo"rungutnya sambil menju

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
Chapter 1: Gotta to look up another chapter ^^
LittleMeigeni #2
Chapter 1: Part sekolah tu terus sy teringat kat movie Thai 'midnight university' hehehee even cerita xsama. Good luck utk next chap~