03

L e p i d e .

" Erm.. awak cantik." dia tersenyum kecil. Sumin mengerling ke arahnya. "Maksud saya, hari-hari awak cantik, tapi hari ni lagi cantik." Woohyun mengetuk-ngetuk stereng keretanya, mengikut rentak lagu Bangtan Boys yang berputar di radio. Kumpulan lelaki itu memang agak popular kebelakangan ini. "Awak pakai skirt,"

"Sebab awak kata saya nampak sesuai dengan skirt," Sumin senyum simpul. "Betul, berbanding pakai jeans, awak nampak feminin, Yeah, skirt sesuai untuk majlis makan malam tu," Woohyun menunjukkan tanda 'bagus' dengan ibu jari. Sudah dekat sebulan sejak kejadian terakhir Sumin dengan Myungsoo di dewan kuliah itu, dan Myungsoo tak lagi muncul di hadapannya.

Sudah menyerah, mungkin.

Berbanding dengan Woohyun, semakin lama semakin pandai mengambil hatinya. 

Dia pun sudah malas hendak fikir pasal perasaan. Lelaki mana yang terbaik, cinta mana yang betul. Hatinya kosong, entah kenapa walaupun dengan Woohyun. 

Kereta itu meluncur lalu, melepasi satu kedai serbaneka 7E berdekatan kampus, ekor matanya menangkap susuk tubuh yang dah lama tidak mengacaunya, iaitu Myungsoo. Sedang leka makan ramen.

Fikirannya menerawang lagi.

Bunyi deruan motor mengganggu leka Sumin. Dua buah motor berada di belakang kereta Woohyun. Sumin menoleh ke tingkap, rasa pelik bertandang. Kata nak pergi bandar, tapi ni kawasan industri lama. Jantungnya tiba tiba berdebar dan nak pecah. Cuak tiba tiba.

Awan mendung. Sumin menoleh ke belakang. "Kawan - kawan saya tu," Woohyun senyum simpul. Sumin mula menyumpah seranah dalam hati. "Woohyun, you are a piece of s h i t ," pintu dibuka gopoh dan dia terjun. mengaduh kesakitan namun dia segera berlari. Lelaki lelaki itu segera memberhantikan motosikal dan mula mengejarnya.

Dia menyumpah seranah dirinya sendiri, kalau dia tak leka, tak adanya dia sampai di kawasan perindustrian lama ini. Dia berlari pantas, dengan skirt. Sesekali dia menoleh belakang, dia kenal lelaki itu semua.Dongwoo dan Sunggyu yang juga satu universiti dengan mereka. Jantungnya berdegup pantas dan dia jatuh.

Ddukk! Dari jauh, Woohyun lari dan menerkam dirinya. Dua lagi rakannya tergelak sambil memerhatikan mereka berdua. Tangan Sumin dikunci ke lantai. "Apa kau fikir ni?" wajah Sumin beku. Woohyun tersengih. "Kau ingat aku suka kau ke? Kau jangan perasan lah, dahlah tak ada perasaan, tak pandai layan lelaki. Apa yang Myungsoo gilakan sangat dengan kau ni?" dia tergelak, penuh sinis.

"Koyaklah baju dia!" Dongwoo tak menahan. ZZraapp! Baju bahagian leher Sumin terkoyak, mendedahkan sedikit dadanya. "Wah, ada tanda lahir lah dekat dada. So cute," Sumin menyepak bahagian sulit Woohyun kuat, segera dia berlari. Airmatanya jatuh deras. Dia segera menyorok dalam almari lama yang dibuang di tempat pembuangan sampah kawasan industri itu. 

Dadanya berdegup laju, entah kenapa dia teringat Myungsoo. Myungsoo, itu sahaja yang dia nampak. Nafasnya turun naik.

"Suminnnn, main nyorok - nyorok pulak, keluarlah," Sunggyu menjerit. "Kau jangan sampai aku call abang hero Myungsoo kau.. Aku belasah dia eah,"

Sumin menarik nafas sedalamnya, cuba bertenang. Sunyi, makin sunyi. Lama.

Sumin menekup wajah ke lutut. Menangis tersedu dalam gelap, dia makin takut. Takut kalau tak diselamatkan, takut kalau Myungsoo tak nak ambil tahu pasal dia lagi, takut Woohyun si hanat itu bawa makin ramai syaitan untuk mencederakannya. Takut kalau...

Bayangannya terhenti saat cahaya menerobos masuk ke dalam almari itu, dia tidak mengangkat kepala, takut itu Woohyun. "Taknak tengok saya ke?"

Myungsoo, itu suara dia. Sumin menangis, makin kuat melihat Myungsoo.

Wajahnya penuh luka, lebam di mata kiri dan bajunya kotor bertanah. Sumin peluk lelaki yang dia marah tu sekuatnya. Myungsoo memeluknya lagi erat, sedikit terhuyung-hayang, "I'm so..rry - sorry,"

"Shh.. kita bincang nanti,"

Perasaan Sumin sama macam kali pertama dia rasa dipeluk Myungsoo di rooftop. Benci tapi selesa. Tenang.







 







short update lewl hiks gdnight :3
any ikonics here? bling bling okbai

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 3: Oh abang heroku Myungsoo ! ~ ╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯ GO!
lilylunalove
#2
Chapter 2: Oh yeah that's my fab Myungsoo! ~^O^~ You go boy! Jdi gentleman dan grab back what's yours! Muahahaha ㄟ(≧◇≦)ㄏ
Woohyun, you wait and see ˋ▽ˊ
lilylunalove
#3
Chapter 1: Wah so far so good! ~^O^~ Pls update more juseyo~ (*>.<*)