02

L e p i d e .

Sumin terbatuk-batuk. Sekali lagi, dia terbersin. Tangannya disimpan rapi di dalam poket kot yang dipakainya. Cuaca di taman kampus itu sejuk semacam. Bahunya disentuh perlahan. 

Sumin pantas menoleh. Chup! Pipinya dicium perlahan oleh Woohyun. Dia beku dan terkejut. Woohyun tergelak kecil, hatinya girang lebih lebih lagi melihat pipi Sumin yang kemerahan. 

"Jangan jatuh sakit.." Woohyun, seperti lelaki budiman menarik mafla di leher Sumin dan membetulkannya. 

Woohyun mendekatkan bibirnya ke telinga Sumin, "Awak tak boleh jatuh sakit, awak cuma boleh jatuh cinta je. Itu pun dengan saya, arasseo?" Woohyun menunding ke arah dirinya. Senyumannya yang dalam membuatkan rama rama alah kupu kupu terbang dalam perut Sumin. 

"Err, apa maksudnya tu eh?" 

Woohyun menarik bahagian depan kotnya seluas mungkin. "Apa kata, biar saya hangatkan badan awak?" dengan ragu-ragu, Sumin memeluk Woohyun dan Woohyun memeluknya kembali. Tubuh kecilnya tersorok di dalam kot baju Woohyun. 

Woohyun tersenyum kecil. Tikus sudah masuk perangkap!

"Sumin, I can feel the chemistry between us. Straight to the point, boleh kita jadi lebih dari kawan? I mean, hubungan yang lebih.. urm special?"

Hati Sumin berdebar. Kalau dah Woohyun tu baik orangnya, why not? Wajah Myungsoo tiba tiba mengganggu fikirannya. Dilema menghantui. Dalam masa yang sama, Woohyun mengharapkan respons positif dari Sumin. 

Hakikatnya, ada satu sebab utama kenapa Sumin tolak Myungsoo. Benci.

Dia menghadiahkan senyuman yang paling dalam, lalu mencium pipi Woohyun. Waktu itu, masa seakan terhenti. Sumin dapat lihat Myungsoo di seberang kolam di taman, memerhati mereka dengan kecewa yang teramat. 

'I just hate you damn much, berambus dari hidup aku sekarang, Myungsoo' entah kenapa, dia tak rasa puas sakitkan hati Myungsoo. Hati dia pulak yang tengah sakit sama.



 






"Omma, Sumin dah penat." kanak-kanak bertocang itu mula merengek. Hujan makin lebat. "Meh, naik belakang omma." Sumin didukung oleh ibunya. Tangan kiri ibunya memegang payung. Perlahan, Puan Baek menyusur laluan pejalan kaki. 

Setiap hari, Puan Baek akan berjalan kaki menghantar Sumin dan menjemputnya dari sekolah. 

ZZUUPP! 

Lecak di tepi jalan dipercikkan oleh kereta Nissan yang dipandu laju. "Omo!"

Mereka berdua basah kuyup. Kereta itu berhenti elok di belakang mereka, yang baru beberapa tapak dari pagar sekolah. 

Sumin meradang. Puan Baek memusingkan badan ke belakang. Driver kereta mewah itu keluar dan memayungi anak majikannya supaya tidak terkena hujan.

"Yah! Pakcik!" Puan Baek segera memujuk Sumin supaya bertenang. Anak kecil itu memang baran. Pemandu dan budak lelaki itu menoleh.

"Minta maaf pada omma! Pakcik buat kami basah! Pakcik ni tak baiklah!" jeritnya. "Dah Sumin, dah!" 

Pemandu itu berwajah kosong. Sumin terus melepaskan amarahnya. Pantangnya melihat orang yang buat salah tapi tak minta maaf.

"Yah! Kalau tak nak basah, suruhlah omma awak bawak kereta!!"

Sumin dan Puan Baek terkedu. Sumin memandang tajam tanda nama budak itu. 

Kim Myungsoo, aku takkan lupa penghinaan ni.

 

 

"Itu Myungsoo. Dia pun masuk U saing kita. Tapi dia course bisnes. Anak orang kaya. Dia famous gila, ayah dia selalu masuk tv. Company Kim. Kim Myungsoo."

Dada Sumin berdegup kencang. Kim Myungsoo?

"Kau tak kenal dia ke? Dia pun dari Busan, sama macam kau. Entah entah kau pernah kenal dia.." Yura yang mulut kepoh itu kemudian mengasaknya dengan bertubi-tubi soalan.

Kim Myungsoo, aku takkan lupa penghinaan kau dulu.




 

Dia menangis semahu mahunya. Pakaiannya kehitaman, kain putih dililit di lengannya. Dia tidak tahu hendak ke mana, tidak tahu apa dibuatnya. 

Dia duduk di tebing rooftop universiti pada petang itu. Tak ada lagi orang pada waktu itu, semua orang sudah beransur pulang sejak pagi tadi, sempena cuti sem. 

Mahasiswa lain gembira pulang ke kampung berjumpa ayah dan ibu. Dia pula tiada ayah dan kematian ibu pada hari kelmarin. 

"Omma, Sumin takut..." dia menangis semahunya.  Hatinya sangat berat. 

Dia segera bangun. Dadanya berentak laju. Dia berdiri di tebing hujung rooftop. 'Banyak kereta kat bawah' Nafasnya naik turun.

'Buat apa hidup. Mati lagi senang.' dia dirasuk emosi. Matanya dipejam rapat. Satu langkah kecil. Dia merasakan hujung kasut Converse yang dipakainya tidak berlantai lagi. 'Sikit lagi..'

Dia merasakan pinggangnya dirangkul dan dirinya melayang ke belakang.

"Jangan - buat - kerja - gila." suara itu tegas. Dia membuka matanya perlahan. Kim Myungsoo. Lelaki yang dia ingat  selama ini memeluknya erat.

"Life is hard. But you have to be stronger." dia memandang mata Sumin yang berkaca. Sumin tiba tiba agresif dan memukul-mukul dada Myungsoo kuat. 

"DIAM LAH! KAU TAK RASA APA AKU RASALAH! BERAMBUSLAH KAU!" dia hilang kawalan. Kudrat Myungsoo sebagai lelaki lebih kuat, dia memeluk Sumin erat. 

"Shh.. Saya tak rasa apa awak rasa. Luahkan je semua tu," esakan Sumin di dada Myungsoo makin kuat.

Myungsoo menarik wajah Sumin. "Perempuan cantik, bila nangis pun cantik." dia tersenyum simpul. Dia terdiam, rasanya itu pertama kali dia dipuji oleh lelaki. Pertama kali, dan baru Sumin sedar, hidup dia selama ni kosong.

Myungsoo secara spontan mencium bibir Sumin. Sumin beku, tak menolak atau membantah.

"You will heal."

Dia memeluk semula Sumin. 'Kenapa kau selamatkan aku? Kau bolehlah hidup, kau ada duit, bijak.. Aku tak ada apa dah,'

Dan sejak itu, Myungsoo akan ada sahaja di mata Sumin, dan dia tanpa rasa malu dalam kurungan, dia memang tak tahu malu pun, memberitahu perasaannya terhadap Sumin. Itu ibarat zikir harian baginya.



 





"Yeay full points!" Myungsoo melompat dengan bahagia. Sungyeol dan Sungjong menggeleng kecil. "Kau ni buang tebiatlah. Frust ke apa ni?" Sungyeol berbaring di atas king bed Myungsoo. Sungjong mencabut panah yang mengenai papan dart itu. Paling tak boleh tahan, si Myungsoo pergi tampal muka Woohyun pada papan dart tersebut.

Full point kerana panah itu terkena di lubang hidung Woohyun. "Kau ni, rileks je hyung , kau dah give up ke dengan dia? Kau tak takut ke? Dah 2 minggu dia dengan Woohyun," Sungjong yang 2 tahun lebih muda dari mereka berdua memandang Myungsoo dengan pelik. Pelik kerana Myungsoo tak nampak macam putus harapan.

Mereka bertiga merupakan jiran rapat suatu ketika dahulu hingga kini. "Halah, 2 minggu si mangkuk ayun tu tak boleh lawan 2 tahun, 24 bulan, 96 minggu aku kejar Sumin tu. Aku tak nak melatah sangat. Kalau ikutkan hati, aku nak je belasah mangkuk ayun tu. Dahlah tak kacak, macam goblin, gemok, perasan je lebih.. " 

Dengan mata yang tertutup, Sungyeol membalas, "Noob. Itu taff bukan gemok. Pipi dia je chubby." 

"Argh. kau tengok ah, nanti aku kerjakan si goblin gemok tu." Satu lagi panah terkena pada lubang hidung kiri Woohyun. "Daebak!" Myungsoo memuji diri sendiri. 

"Hyung, kau tak takut ke, Woohyun tu dahlah budak motor, kaki clubbing. Sumin tu pulak cam blur blur je, like anything would happen. Aku rasa Sumin tu pun alat je untuk dia balas dendam." 

Tiba-tiba rasa takut menerpa Myungsoo. Kenapa dia tak pernah terfikir semua tu sebelum ni? Argh bodoh betul!

Sungyeol terus terbangun. "Haahlah! Kenapa aku tak pernah terfikir semua tu? Oh crap! Dia tu dahlah gila!" Sungyeol teringat insiden beberapa tahun lepas. Myungsoo diam membisu. "Aku rasa korang bukan tak terfikir, tapi korang dah fikir yang dia tu dah baik, dah berubah. But the fact, kita yang dah lama tak nampak lifestyle dia lepas habis high school, so kita anggap dia dah baik padahal kita tak selidik apa dia buat."

Jantung Myungsoo berdegup kencang. "Tapi, kita tak ada kaitan dengan dia, kan? Kita tak cari pasal pun dengan dia,"

"Jangan jadi bodoh, Soo. Dia kisah ke kita ni terlibat ke tak? Maksudnya, kau. Dia kisah ke kau tu terlibat ke tak?"






 




Ssup!

Sumin yang menuju ke kafeteria ditarik masuk ke dalam bilik kuliah lama yang tak digunakan kerana dalam proses baik pulih dinding retak. "Apa awak buat ni?"  sedaya upaya dia cuba melepaskan genggaman Myungsoo. "Bercinta dengan si goblin gemok tu benda paling bodoh awak buat, tahu tak?" Sumin nampak kemarahan dalam mata Myungsoo. Kemarahan yang tak pernah dia nampak sebelum ni.

"Clash dengan dia," Sumin menggeleng pantas. "Saya suka. Cinta. Dia," Sumin memandang tepat ke arah mata Myungsoo. "Bull!" dia hilang kawalan, marahnya sudah sampai ke kepala. Jarang dapat lihat Myungsoo meradang. Dia menolaknya ke dinding lalu mendekatkan dahinya dengan Sumin. "Jom buktikan dalam mana cinta awak pada dia,"

Dia mencium bibir Sumin, kali kedua sepanjang perkenalan mereka. Waktu seakan berhenti bagi mereka berdua. Sumin bagai dipukau, dia langsung tidak menolak Myungsoo. Satu perasaan pelik datang menerpa.

Myungsoo tersenyum simpul. Matanya yang penuh dengan kemarahan tadi bertukar menjadi lebih lembut. "See? If you really really love him, you should push me away and reject that kiss. Tapi awak tak buat pun, so, tell me.. awak sebenarnya in love dengan siapa?" Sumin mengalih pandangan lagi. Macam biasa. Entah kenapa matanya berkaca.

Myungsoo menarik dagunya perlahan. "Awak tak ada reason lagi nak tolak saya, Baek Sumin. "

"Clash, breakup dengan dia, he will harm you, dia baru rapat dengan awak dua bulan, saya kejar awak dah dua tahun,awak.. Kenapa awak kedekut peluang dengan saya, sedangkan dia senang senang ambil hati awak? Like seriously, are you nuts?" suaranya lembut, memujuk. "Enough, Myungsoo. Awak tak penat ke kejar saya? I'm sick of you!" mukanya basah dan merah. Hatinya berkecamuk, dilema. Kalaulah lelaki ini tak selamatkan hidup dia dua tahun lepas, mesti dia dah tak payah fikir pasal cinta kejadah semua ni.

"We're done." pintu kuliah dihempas. Myungsoo menggenggam penumbuk kuat. Ada muka yang akan dia pecahkan kelak.






 








hi.
terimakasih kepada yang subs dan baca, yang subs tapi tak baca, tak tak subs tapi baca dan semualah. hiks.

thankyou a lot, comment! meow, leblebleb

kbai /throw hearts/

psst! psst! amacam chapter ni? :3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 3: Oh abang heroku Myungsoo ! ~ ╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯ GO!
lilylunalove
#2
Chapter 2: Oh yeah that's my fab Myungsoo! ~^O^~ You go boy! Jdi gentleman dan grab back what's yours! Muahahaha ㄟ(≧◇≦)ㄏ
Woohyun, you wait and see ˋ▽ˊ
lilylunalove
#3
Chapter 1: Wah so far so good! ~^O^~ Pls update more juseyo~ (*>.<*)