제 2 장

Suamiku Encik Idol?!
Please Subscribe to read the full chapter

Mulut Shira terlopong bagaikan ikan tak cukup oksigen. Pernyataan Jungkook tadi memang membuatkan otak Shira berhenti berfikir seketika.

"Op - oppa... Suami... Shi... Ra...?" Shira bertanya sambil tergagap - gagap sambil menunjukkan jarinya ke arah Jungkook.

Jungkook hanya tersengih - sengih macam kerang busuk. Shira bangun dari katilnya tergopoh - gapah sebelum dia berlari turun ke ruang tamu bersama Molly yang terkedek - kedek punggungnya dikaki Shira. Telefon di sebelah televisyen 52 inci diambil Shira sebelum mendail nombor mamanya.

*tut tut... tut tut...*

"Hello?"

"Mama! Mama, mama, mama! Kenapa mama tak bagitahu Shira yang abah dah nikahkan Shira dengan Jungkook?! Wae, wae, wae mama?" Shira bagaikan orang gila, sekejap menjerit, sekejap macam nak nangis.

Memang sah dah gila.

Dia bercakap kalah Chanyeol oppa rap lagu Monster. Jungkook yang risau akan isterinya menjadi sasau, dia segera turun ke bawah sebelum dia mengambil telefon di tangan Shira.

"Yah, oppa! Shira tengah cakap dengan mama ni. Bagi balik telefon tu..." rengek Shira.

Jungkook hanya senyum melihat kerenah isterinya yang tak seberapa nak betul itu sebelum dia bercakap dengan mama mertuanya.

"Assalamualaikum, mama. Jungkook ni."

"Wa'alaikumussalam. Hah, Jungkook. Tolong mama tenangkan Shira tu. Malam ni kita bincang dengan abah pasal benda ni."

"Okay, ma. Mama jangam risau pasal Shira. Jungkook akan tenangkan dia."

"Terima kasih, Jungkook. Jaga Shira tu. Jangan bagi dia keluar rumah, merayau tak tentu hala. Mama letak dulu ya telefon ni?"

"Okay. Assalamualaikum, mama. Kerja elok - elok."

"Wa'alaikumussalam, Jungkook." Jungkook menamatkan panggilan sebelum dia meletakkan telefon itu balik di tempat asalnya.

On the other hand, Shira merajuk. Dia duduk di atas sofa dengan Molly di ribanya, nyenyak tidur.

Jungkook menghampiri isterinya, tersenyum - senyum.

'Comel betullah Shira aku ni bila merajuk. Tapi susah nak pujuk.' Fikir Jungkook.

"Shira, oppa tahu jagiya penat. Apa kata kita berehat dulu dalam bilik. Shira kan baru je sampai. Mesti penat. Kaja. Kita rehat sama - sama dekat atas, arra?" Kata Jungkook.

Shira yang sudah separa sedar itu pun hanya mengikut sahaja kehendak suaminya itu. Tak baik derhaka dekat suami. Tak cium bau syurga nanti.

Jungkook menarik perlahan lengan Shira setelah dia meletakkan Molly di atas sofa bersebelahan dengan Shira. Kemudiannya, apabila Shira berdiri, dia mendukung Shira bridal style memandangkan mata Shira sudah terpejam rapat dan nafasnya menjadi perlahan.

'Tidur dah jagiya aku ni? Hmm... penat sangatlah tu kot.' Kata Jungkook di dalam hatinya.

Apabila mereka sampai ke bilik tidur Shira, Jungkook membaringkan Shira di atas katil sebelum dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

Dia membelai rambut Shira yang hitam keperangan itu dengan lembut sebelum dia juga memejamkan matanya untuk berehat seketika.

TIME SKIP

Shira dan Jungkook turun ke ruang tamu setelah mereka selesai menunaikan solat Isyak. Jungkook memegang tangan Shira dan menuju ke arah mama dan abah Shira.

"Mama. Abah. Boleh kita bincang sekarang?" Jungkook bertanya apabila mereka berdua duduk di atas sofa, berdepan dengan mama dan abah.

Mama dan abah Shira mengangguk sebelum mereka menghalau adik - adik Shira yang berada di ruang tamu untuk naik ke atas.

"Shira. Mama harap Shira tak marah dengan mama dan abah sebab kami buat keputusan untuk nikahkan Shira dengan Jungkook. Janganlah Shira ingat mama dengan abah dah tak sayangkan Shira lagi. Kami cuma nakkan yang terbaik untuk Shira." Jelas mama.

Dia tidak mahu anak sulungnya itu terus - terusan merajuk dengan mereka berdua.

Shira hanya menundukkan kepalanya sambil menggenggam erat tangan suaminya.

"Mama. Bila majlis persandingan kami berdua? Dan nak buat dekat mana?" Jungkook menanyakan mama mertuanya tentang majlis mereka berdua.

"Majlisnya kita buat minggu depan, hari Sabtu dekat Swiss Hotel. Kemudian, esok harinya kamu berdua kena berangkat ke Korea." Mama menjawab soalan Jungkook.

Mama kemudiannya bangun dari sofa sambil menarik lengan abah Shira sebelum memanggil adik - adik Shira untuk turun makan.

Jungkook pun menarik perlahan tangan isterinya menuju ke dapur untuk menikmati makan malam.

Esoknya, Shira dan Jungkook keluar dari rumah pada pukul 10:30 pagi untuk pergi ke Salwa's Bridal Shop.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 2: bestnya jdi shira..sobs sobs..crita ni sweet sgt..ppalli update authornim..hwaiting
Fisha99 #2
Chapter 2: huhuhu, my feelings berterabur jatuh dah ni... best la citer ni(≧∇≦)b
ParkMyeonSeok #3
Chapter 2: That great story.. Palli2 uodate author-nim