제 1 장

Suamiku Encik Idol?!
Please Subscribe to read the full chapter

Shira baru sahaja habis mengemas barang – barangnya untuk diposkan pada tengah hari itu. Sambil mengesat peluh yang mengalir dari dahinya dengan sehelai tuala, dia menelefon mamanya yang berada di tanah air. 

*tut tut*

"Hello, assalamualaikum." Kedengaran suara mamanya di iPhone 6+ nya.

"Wa'alaikumussalam, mama. Shira ni."

"Oh, Shira. Hah, ni ada apa telefon mama pagi - pagi hari ni? Bukan ke Shira nak balik sini lusa?" Mamanya menyerang Shira dengan soalan seperti peluru berpandu.

"Alah, mama ni. Orang nak telefon pagi - pagi pun salah." Shira merajuk.

"Yelah, yelah. Hah, bagitahulah mama kenapa kamu telefon mama ni?"

"Orang telefon mama sebab nak bagitahu yang orang lepas ni nak pos barang - barang orang." Shira memberitahu mamanya alasan dia menelefon mamanya pada pagi itu.

"Amboi. Siap dah, nampak? Tak sabar nak balik ke?" Mama mengusik.

"Yelah. Kalau orang tak sabar nak balik sana, takde nya orang packing awal - awal semua barang orang. Aish, mama ni. Macam tak kenal pula Shira ni macam mana."

"Herm. Okeylah. Mama nak masak untuk tengah hari ni. Mama letak dulu, erk? Ah, lagi satu. Esok, sebelum naik flight tu, jangan lupa telefon mama, tau? Assalamualaikum."

"Okey, ma. Wa'alaikumussalam." Shira menamatkan panggilan sebelum dia berlalu ke bilik untuk mengecas semula telefonnya dan mengambil baju salinannya untuk dipakai selepas dia membersihkan tubuhnya yang melekit.

Selepas beberapa ketika, dia bersiap untuk keluar mengepos barang - barangnya ke pejabat pos. Dia meminta bantuan daripada rakan sekuliahnya, Suoh Mikoto untuk mengangkat kotak - kotaknya.

"Shira - chan, awak nak bawa kotak - kotak ni semua ke mana?" Tanya Mikoto.

"Saya nak pos kotak - kotak ni ke Malaysia. Awak lupa ke yang saya ni akan balik ke Malaysia lusa?" Shira memberitahu Mikoto.

Mikoto hanya memberikan Shira muka 'oh-yeke?'. Shira dengan muka derpnya itu pun membalas.

"Ye. Esok hari last saya dekat Jepun. Jadi, esok boleh tak awak ajak Reisi - san, Sasuke - san dengan Neko - chan sekali pergi shopping mall? Saya nak beli hadiah kenang - kenangan bila saya balik Malaysia nanti. Boleh?" Shira yang membuat muka comel sambil merayu kepada rakannya untuk meluangkan masa bersamanya esok memandangkan esok ialah hari terakhirnya di negara matahari terbit.

Mikoto berasa serba salah untuk menolak permintaan Shira kerana plannya pada esok hari ialah bergolek - golek atas katil macam badak dalam air.

"Eto... Saya esok tak ada apa - apa. Tapi saya tak tahu plan diorang yang lain." Mikoto memberitahu Shira. Shira mengangguk, faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Mikoto.

Setelah Shira selesai mengepos barangnya, Mikoto meminta diri untuk pulang ke rumahnya kerana dia perlu melakukan sesuatu di rumah. Shira pula mengambil keputusan untuk merayau di bandar Tokyo sehingga malam kerana dia ingin mengingati kembali memori apabila dia pertama kali menjejakkan kaki di bumi Jepun itu.

Flashback

Shira yang bagaikan rusa masuk kampung apabila dia tiba di Narita Airport. Dia tidak menyangka bahawa impiannya untuk belajar di Jepun akhirnya menjadi kenyataan.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana telah memberikannya rezeki dan peluang untuk menjejakkan kakinya di Jepun.

Sedang Shira tengah asyik dan ralit dengan keadaan sekelilingnya, dia tiba - tiba terlanggar seseorang dari depan.

"Ah! Sumimasen! Sumimasen dea! Anata wa daijoubu desuka?" *Ah! Maafkan saya! Maafkan saya! Awak tak apa - apa?* Dia meminta maaf kepada orang yang dilanggarnya.

"Ei. Daijoubu desu. Moshikate anata wa Sakamaki Shirayuuki desuka?" *Tak apa. Saya baik - baik sahaja. Adakah awak Sakamaki Shirayuuki?* Jejaka tersebut bertanya. Shira yang pada ketika itu sedang bingung.

Macam mana pulalah mamat Jepun ni tahu nama Jepun aku? Setahu aku, yang tahu nama aku hanyalah kawan - kawan aku.

Dia hanya menganggukkan kepalanya. Dia ni siapa? Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni?

"Ah. Sumimasen. Saya Suoh Mikoto. Dan ya, saya boleh berbahasa Melayu. Saya ni tourist guide awak sepanjang awak berada di sini. Jadi, boleh tak kita jadi kawan baik?" Dia memberitahu Shira.

'Ooo... Baruku tahu. Ni mesti pihak uni suruh dia jadi tourist guide aku. Hmm, nama pun macam Suoh Mikoto dalam anime K Project.'

"Aha. Ya. Mestilah kita boleh jadi kawan baik. Oh ya, jomlah kita ke universiti dulu." Shira mengajaknya pergi. Mikoto tolong Shira mengheret bagasi - bagasinya ke kereta Mikoto.

"Ah, domo arigatou gozaimasu. Susahkan awak je." Shira berterima kasih kepada jejaka tersebut.

"Ei, tak ada apa - apa pun yang menyusahkan saya. Lagipun, kan tugas lelaki budiman untuk tolong gadis yang cantik macam awak."

'Aip. Mengampu nampak. Nak try tackle saya ke, abang? Maaflah, hati saya ni hanya milik lelaki yang bergelar suami saya sahaja.' Omel Shira di dalam hatinya.

Selepas selesai sahaja urusan Shira di pejabat universitinya dan meletakkan barang - barangnya di hostel, Mikoto mengajak Shira untuk melawat satu bandar Tokyo pada hari itu.

Mereka melawat banyak tempat - tempat menarik di situ sebelum Mikoto menarik Shira untuk pergi ke festival musim panas.

*Shira memulakan pengajiannya selepas cuti musim panas.*

"Wah! Sugoi ne! Hebat betullah festival musim panas korang! Selalunya, saya baca dalam manga je. But in reality, it's really awesome!" Shira sudah terkinja - kinja macam beruk mak nyir di sebelah Mikoto. Mikoto hanya mentertawakan gelagat lucu Shira itu.

End flashback

Hurm...

Apa aku nak buat malam - malam buta kat Tokyo ni?

Shira berfikir sambil menghayunkan kakinya ke mana sahaja, tiada arah tujuan. Inilah cara yang paling mudah untuk membazirkan masa.

Tiba - tiba, Shira mendapat satu idea yang paling bernas yang dapat dia memikirkan pada ketika itu.

'Apa kata aku Skype ngan Falia and Yaya? Sekurang - kurangnya aku tak adalah boring sangat. Hahaha! Bravo, Shira! Bravo! Akhirnya kau dapat juga berfikir perkara yang bernas dikala kau menjadi bengong akibat mereput dalam kebosanan.'

Shira balik semula ke rumah sewanya untuk berskype dengan Falia dan Yaya. Sedang dia menunggu, tiba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 2: bestnya jdi shira..sobs sobs..crita ni sweet sgt..ppalli update authornim..hwaiting
Fisha99 #2
Chapter 2: huhuhu, my feelings berterabur jatuh dah ni... best la citer ni(≧∇≦)b
ParkMyeonSeok #3
Chapter 2: That great story.. Palli2 uodate author-nim