Egg 0-02

Lelaki dari Telur
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hye Na dan Baek Hyun  dengan pakaian tidur masing-masing merenung Chan Yeol yang sedang lena tidur diatas sofa. Mereka berdua masing -masing tenggelam dalam fikiran sendiri. 

 "Aku rasa dia ni alien tak pun cyborg"ujar Baek Hyun membuat kesimpulannya setelah hampir 5 jam memerah otak. 

Matanya sudah nampak macam panda tak kurangnya Hyena yang sama sahaja tidak tidur sepertinya. 

 "Jangan nak kaitkan dunia realiti dengan komik kau "balas Hyena menokak mentah-mentah kesimpulan lelaki itu. 

Dia merenung wajah kacak Chan Yeol itu. Dari mata hinggalah ke mulut,semuanya nampak nyata dan sempurna tercipta. Bagai lelaki ini adalah idol ataupun model. 

  "....Mungkin,dia ini adalah model"ujar Hyena membuatkan Baek Hyun tertawa besar. 

  "Muka macam ni model..Lainlah muka macam aku,kan?kan"bahu Hyena disenggul-senggul . 

Hyena yang jelas tak ada mood untuk melayan sifat perasan lelaki itu memandang Baek Hyun dengan mata kuyu. 

  "Arghhhh"

********

Penkek yang disiapkan Puan Minah itu disumbat kedalam mulut dengan gelojoh oleh Baek Hyun. Puan Minah memandang anak jirannya itu dengan kening terangkat. 

 "Mata kamu kenapa lebam? "

Baek Hyun menjeling kearah Hyena yang buat muka tak bersalah. Gadis itu dengan selamba menikmati secawan teh di pagi hari. 

  "Anak mak ciklah pukul saya "adu Baek Hyun membuatkan Puan Minah bercekak pinggang memandang anak tunggalnya itu.

  "Hyena , kenapa kamu buat begitu kepada kawan kamu hah"marah Puan Minah. 

Hyena menelan penkeknya. 

  "Baek Hyun kata dia layak jadi model"

Kemarahan Puan Minah terus terpadam. Dia pula memandang Baek Hyun dengan mata yang sedang menghukum.

   "Memang patut pun.." balas Puan Minah dua kali lima sahaja dengan anaknya itu. 

Baek Hyun tersedak. "Apa?!.. Apa??..saya memang layak punlah jadi model"bentak Baek Hyun tak puas hati. 

Namun,kedua beranak itu sekadar meng'ehermkan sahaja dengan nada yang sungguh tak ikhlas. 

 "Keji!"

******

Dari jauh lagi Hyena sudah boleh mengesan kelibat seseorang yang dinanti. Pantas dia membetulkan dirinya menjadi lebih kemas walhal hakikaynya dia tetap nampak serabai juga.

Baek Hyun di sisi sekadar menarik muka . Gedik.

"Dia datang,dia datang"bisik Hyena kepada Baek Hyun yang jelas tak ambil kisah pun. 

Beberapa orang lelaki yang sedang bergelak sakan menghampiri tempat Hyena dan Baek Hyun berdiri. Salah seorang daripadanya mencuri pandangan Hyena. 

Apabila menghampiri , Hyena pantas menolak Baek Hyun kearah lelaki -lelaki itu membuatkan berlakunya perlanggaran kecil. 

Kasihan sungguh Baek Hyun menjadi kambing hitam.

 "Alamak,maaf sunbaenim,kami tak nampak"ujar lelaki -lelami itu berkali -kali penuh hormat. 

Hye Na yang berada di sisi langsung tak peduli fasal Baek Hyun,rakan karibnya itu sebaliknya dia tepat memandang kearah Sejun,junior yang diminati ramai itu. 

 "Maaf sunbaenim"ujar Sejun untuk kesekian kali. 

Dia kemudiannya menghalakan pandangannya ke tempat lain sebelum bertembung mata dengan Hyena yang terus statik. 

Se Jun tersenyum manis seperti biasa seraya menundukkan kepalanya sedikit kepada Hyena sebagai tanda hormat. 

  "Selamat pagi Hyena-sunbaenim"sapanya dengan penuh ramah dan sapaannya itu diikuti oleh junior lain tadi.

Namun apa yang melekat pada telinga Hyena hanyalah suara merdu Sejun itu. 

  "Oh,ermm"ucap Hyena acuh tak acuh. 

Baek Hyun hanya membuat muka menyampah dengan lakonan penuh palsu Hyena itu. 

"By the way Baek Hyun sunbaenim, hari ini kita ada latihan tak?"soal Sejun kembali menghalakan pandangan kepada Baek Hyun yang cepat -cepat padam balik reaksi menyampahnya tadi.

Selaku Pengerusi Kelab Muzik, Baek Hyun memang menjadi rujukan ahli lain dan sebab itulah Hyena makin meloncat memandangkan dia ada alasan untuk sentiasa bertemu dengan Sejun.

Setiap kali kelab Muzik ada aktiviti pasti Hyena yang beria ingin menyampaikan sedangkan dia adalah Pengerusi kelab seni.

"Oh hari ni,.. Erm.. Ta---"

Kaki Baek Hyun dipijak Hyena membuatkan lelaki itu terloncat kesakitan.

"Ada.. Macam biasa"balas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lugege_
#1
Chapter 2: Boleh bygkan muke chanyeol yg polos tu ㅠㅠ
lugege_
#2
Chapter 1: Uniknya cite ni xD update soon ♡