War 0-2

The War { REWRITE }
Please Subscribe to read the full chapter

Ikatan erat pada tangan dibuka sebaik sahaja Yi Joo dan yang lain selamat tiba di dalam perkarangan sekolah THE WISE. Setelah itu , gadis itu ditolaknya dengan kasar masuk kedalam barisan . 

 

Yi Joo hanya mampu menerima. Memang dari sewaktu perjalanan lagi , dia dan yang lain telah dilayan dengan kasar bagai mereka ini adalah banduan yang telah melakukan kesalahan besar. 

 

Sedangkan mereka hanya tidak lulus. Gagal. 

Mata Yi Joo meliar memandang ke sekelilingnya . Luas dan sekitar perkarangan sekolah , jika dilihata pada pagar -pagar sekolah , semuanya telaj diletakkan dawai berduri dan terlekat papan tanda mengatakan AWAS! ELEKTRIK.

 

 " Listen !!! Dekat sini ada peraturan !  Sebelum kamu semua masuk kedalam , sila tinggalkan telefon pintar dan semua gadjet ke dalam bakul ini serta duit... Semua duit yang kamu ada!"teriak seorang lelaki berpakaian serba hitam. 

 

Badannya tegap dan tangannya berotot. Dia memberikan arahan bagai seorang komander askar. 

 

 "Duit sekali.. Jadi macam mana kami nak makan?"soal salah seorang dengan beraninya. 

 

'KOMANDER' itu menjeling tajam kearah pelajar tadi sebelum mendekatinya . 

 

 " Jadi tak payahlah makan"balasnya dengan mudah. 

 

Semua yang ada terus diam kecuakkan sebaik melihat wajah bengis 'komander ' itu Tiada yang berani untuk bertanyakan sebarang soalan lagi. 

 

Yi Joo memandang seorang lelaki yang juga berbadan tegap menghampiri mereka semua dengan sebuah kotak yang agak besar. 

 

Diletakkan kotak itu keatas tanah sebelum si pembawanya itu membukanya.

 

"Ambil setiap seorang!"arah si komander tadi dengan lantang membuatkan para pelajar yang naif itu terkocoh -kocoh berlari kearah kotak tersebut yang isinya masih tak diketahui.

 

Yi Joo menyelit di balik yang lain dan apa yang dilihatnya adalah sesuatu yang mengejutkan.

●●●

 

Pada masa yang sama , sembilan orang lelaki sedang sibuk mengunyah sepaket kuaci bersama sambil mereka menyaksikan kedatangan pelajar -pelajar baharu itu beramai -ramai. Satu persatu wajah pelajar -pelajar itu diperhati mereka. Masing -masing menunjukkan riak penuh takut. 

 

Biasalah pengalaman pertama.

 

Ketua mereka , Young Bin menghela malas . Surat merah diselitkannya kembali kebelakang kocek seluar sebelum dia bingkas bangun dari duduknya. Dia memandang rakan -rakannya yang masih asyik mengopek kuaci. 

 

 "Marilah.. nanti kita lambat untuk majlis perkenalan .." ajaknya sebelum dia dihentikan oleh Rowoon . 

 

 " Hyung... perempuan tu ada... perempuan dalam gambar haritu" beritahu Rowoon yang setelah penat lelah meneliti setiap seorang insan baru di situ. 

 

Kata -kata Rowoon yang jelas itu menarik rakan -rakannya yang lain untuk turut terkocoh -kocoh  menghampiri tingkap dan mencari kelibat insan yang dibawangkan.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
Rewr it back..i change the plot..

Comments

You must be logged in to comment
Frisur #1
Chapter 3: Update soon .cerita best sangat !!!~
Please update
aquariusxpisces
#2
Chapter 2: Wah menarik!!! Kesiannya adik Yi Joo mati, tapi macam mana agaknya Yi Joo nak survive dekat sekolah tu ya? Dan kenapa pelajar lama lindungi Yi Joo? OMG Dawon so sweetXD